Friday, March 11, 2011

Susulan perjumpaan dengan Rector dan Educare Management.

Assalammu ‘alaykum wrt wbh,


Berikut adalah hujah-hujah yang telah dikemukan oleh KESATU, Parent Committee, KURNIA dan ASA semasa mesyuarat dengan Rektor pada 9hb Jan 2011, Jam : 2.00 Petang,( Khamis ) :
1. UIAM mesti mengekalkan kadar yuran yang sedia ada
2. Mengembalikan pengurusan Educare kepada UIAM
3. Meminta Educare UIAM membuat perbandingan harga yuran dengan IPTA yang lain
4. UIAM perlu mengambilkira keputusan “survey online” dimana 76.8% tidak bersetuju dengan kenaikan
    yuran
5. UIAM perlu mengambil kira keutamaan, penghargaan dan toleransi kepada staf
6. Staf yang berpendapatan sederhana akan terjejas dengan kenaikan ini
7. Mempersoalkan status dari segi undang-undang samada UIAM boleh memotong gaji staf dan membuat bayaran kepada Educare sebagai sebuah syarikat TANPA terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis/perjanjian dari staf yang terbabit

  Bagaimanapun, hujah-hujah ini telah diketepikan begitu sahaja oleh pengurusan UIAM dengan mengekalkan kenaikan yuran RM350. Untuk bayaran bulan April (pemotongan gaji bulan Mac) sebanyak RM250 seorang dengan subsidi dari Universiti sebanyak RM100. Namun tidak dinyatakan oleh UIAM sampai bila tempoh subsidi ini akan dikekalkan.

Di pihak UIAM pula, dibawah adalah intipati yang disampaikan kepada kami:
1. UIAM memberi subsidi kepada Educare dalam bentuk sewa bangunan, bil air, bil elektrik yang berjumlah RM450,000 setahun
2. UIAM bersetuju memberi subsidi RM70 + RM 30 ( ihsan-Maintenance ,bil api/air letrik di educare )
    kepada staf
3. PERMATA hanya memberikan geran dalam bentuk peralatan berjumlah RM600,00 kepada Educare
   Gombak (one-off).
4. Memberitahu kadar gaji staf Educare dinaikan daripada RM400 kepada RM600.
5. Mencabar Parent Committee untuk menjalankan Educare sendiri sekiranya tidak bersetuju dengan kadar
     kenaikan yuran
6. Isi rumah yang berpendapatan RM3,000 kebawah boleh memohon subsidi bayaran yuran berdasarkan
    pekeliling Kerajaan sebanyak RM180. Staf hanya perlu bayar RM70.
7. Enggan membincangkan kebajikan pelajar yang juga terlibat dalam menghantar anak ke Educare

Wassalam.