Friday, December 2, 2016

MAKLUMAN BARISAN KEPIMPINAN KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN SATU INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA 9 KESATU ) SESI 2016 /2018



Pihak Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, International Islamic University Malaysia
( KESATU ) telah mengadakan Mesyuarat Agung KESATU kali Ke-5 pada 29hb.November 2016 dan telah bersetuju melantik barisan kepimpinan KESATU seperti berikut :
  

No.
Name
Jawatan
K/C/D/I
1.
Mohd. Yazid Bin Ahmad
Presiden
KOE
2.
Naib Presiden
OSHBE
3.
Setiausaha
KOE
4.
Bendahari
RSD
5.
Penolong Setiausaha
CCD
6.
AJK
KOE
7.
AJK
KOE
8.
AJK
IO
9.
Maliza Azrain Sham Mohd Azmi
AJK
KOS
10.
Yusni Bin Yusop
AJK
KOE
11.
Erdawatie Abdul Rahman
AJK
KIRKH
12.
Saiful Azam Wan Chik
AJK
RSD
13.
Zakaria Mohd Zain
AJK
KOE
14.
Khalid Bin Muhammad
AJK
KOE
15.
Salmah Binti Md.Shah
AJK
LIBRARY

Monday, November 14, 2016

NOTIS KEDUA PEMBERITAHUAN UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA DAN PEMILIHAN PEGAWAI BAGI PENGGAL KALI KE- LIMA SESI 2016-2018

Tarikh : 14hb. November 2016


SEMUA AHLI KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN SATU (KESATU)
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

Tuan/Puan,


NOTIS KEDUA PEMBERITAHUAN UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA DAN PEMILIHAN PEGAWAI BAGI PENGGAL KALI KE- LIMA SESI 2016-2018

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya dengan hormatnya diarah memaklumkan kepada Tuan/Puan bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Pemilihan Pegawai bagi Penggal Kali Ke-Lima Sesi 2016-2018 seperti dalam notis permulaan bertarikh 14hb. Oktober 2016 adalah seperti ketetapan berikut:

TARIKH / HARI : 29HB. NOVEMBER 2016 (SELASA)

MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT : MINI AUDITORIUM ( CENTRAL),

UIAM GOMBAK


2. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Aturcara Majlis/Agenda Mesyuarat untuk perhatian tuan/puan.



3- Laporan Setiausaha dan Laporan Kewangan Tahunan akan diedarkan pada hari mesyuarat. Tuan/Puan adalah dijemput hadir demi faedah dan manfaat kita bersama.



Sekian, terima kasih.


Ahmad Suhairi Bin Mat Jebah
Penolong Setiausaha
KESATU

NOTIS KEDUA PEMBERITAHUAN UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA DAN PEMILIHAN PEGAWAI BAGI PENGGAL KALI KE- LIMA SESI 2016-2018

Tarikh : 14hb. November 2016


SEMUA AHLI KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN SATU (KESATU)
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

Tuan/Puan,


NOTIS KEDUA PEMBERITAHUAN UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA DAN PEMILIHAN PEGAWAI BAGI PENGGAL KALI KE- LIMA SESI 2016-2018

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya dengan hormatnya diarah memaklumkan kepada Tuan/Puan bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Pemilihan Pegawai bagi Penggal Kali Ke-Lima Sesi 2016-2018 seperti dalam notis permulaan bertarikh 14hb. Oktober 2016 adalah seperti ketetapan berikut:

TARIKH / HARI : 29HB. NOVEMBER 2016 (SELASA)

MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT : MINI AUDITORIUM ( CENTRAL),

UIAM GOMBAK


2. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Aturcara Majlis/Agenda Mesyuarat untuk perhatian tuan/puan.



3- Laporan Setiausaha dan Laporan Kewangan Tahunan akan diedarkan pada hari mesyuarat. Tuan/Puan adalah dijemput hadir demi faedah dan manfaat kita bersama.





Sekian, terima kasih.

Friday, November 11, 2016

Pertemuan dengan Pegarah Eksekutif MSD UIAM

11hb.November 2016,MSD Bilik Mesyuarat MSD -UIAM Gombak:
Perjumpaan bersama Dato' Abdul Rahim Ahmad (Pengarah Eksekutif MSD, UIAM) berlangsung dengan jayanya dan dengan penuh mesra.



Presiden KESATU Konvokasyen



6hb.November 2016 - CAC,UIAM Gombak,
Tahniah!! kepada Presiden KESATU ( Sdr. Fakhrurrazi Danial) yang menamatkan pegajian dalam " Bachelor in Business Management" dimajlis Konvokasyen UIAM kali ke 32.




 Bergambar bersama Ahli dan AJK KESATU



Friday, October 21, 2016

Majlis Doa Selamat Saudara Megat Samsul (Setiausaha KESATU )


18hb.Oktober 2016, Mahallah Bilal- UIAM Gombak-

Dimajlis doa selamat Sdr.Megat Samsul(Setiausaha KESATU) yang akan bertugas di Kedutaan Malaysia di Indonesia dan insyallah akan bertolak esok- kita sama- sama doakan keselamatan dan kejayaan buat beliau. Amin!!


Sunday, October 16, 2016

NOTIS MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA KALI KE- LIMA SESI 2016-2018

Assalamualaikum wrt wbt,

Tarikh  : 14hb. Oktober 2016
SEMUA AHLI KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN SATU INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY, MALAYSIA (KESATU)

Tuan/Puan,

NOTIS MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA KALI KE- LIMA
SESI 2016-2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman, Mesyuarat Agung Kali ke-Lima Sesi 2016-2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

TARIKH / HARI : 29HB. NOVEMBER 2016 (SELASA) 

MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG 

TEMPAT : MINI AUDITORIUM ( CENTRAL), UIAM GOMBAK

Bersama-sama ini disertakan "Notis Surat Panggilan Mesyuarat Agung"  “Borang Penamaan Calon”, “Borang Usul” dan “Surat Jawapan Kehadiran” yang perlu dikembalikan kepada Setiausaha KESATU selewat-lewatnya pada 7hb November 2016. Mana-mana borang pencalonan dan usul yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan akan dianggap terbatal.

Harap Maklum

Saturday, September 17, 2016

Jom Makan Durian



Jom kenduri durian di IIUM Kuantan- Semua Ahli KESATU terutama ahli KESATU IIUM Kuantan dijemput ke program "jom makan durian " yang akan diadakan pada :

Tarikh : 9hb. Sept. 2016 ( Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : IIUM Kuantan - Stadium Foyer

Jangan lepas peluang ini bagi " hantu durian " sambil mengeratkan sillaturrahim antara kita- Berminat menjadi ahli KESATU juga dijemput hadir-







Konvensyen Kepimpinan Perdana anjuran GAKUM



8hb.Ogos -11hb.Ogos 2016 - AKEPT Nilai,Negeri Sembilan. KESATU menyertai Konvensyen Kepimpinan Perdana Anjuran GAKUM yang dirasmikan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal -(Ketua Pengarah. JPA),Manakala Majlis penutup pula dengan meriahnya di rasmikan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan Tinggi) .Pelbagai hala tuju Pendidikan Tinggi Universiti Awam
dibentangkan kepada para peserta diantara Penceramah ialah ; YBhg Datuk Prof.Dr.Asma Ismail (Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi),En.No'man Hj Ahmad,(Pendaftar UMS), YBhg. Prof. Dr.Mohamad Kamal Hj. Harun ( Pengarah Akademik Kepimpinan Pendidikan Pendidikan Tinggi (AKEPT) ,Puan Mohana Sundari A/P Selvaraj- Ketua Penolong Pengarah- KPPK(P)- Unit Piawaian, YBhg Prof.Datuk Noor Azlan Ghazali dan ramai lagi.







Friday, July 29, 2016

Sehari Penuh Aktiviti

22hb.Julai 2016 - UIAM Gombak.

KESATU memberi penuh komitmen dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Pihak Pengurusan UIAM,Pada 20hb.Julai 2016 sehari penuh Exco KESATU terlibat dalam sesi penerangan,Mesyurat bersama Jabatan dan juga Sambutan Hari Raya bersama para Eksekutif UIAM.

Sesi 1 - Sharing Session With Kesatu Iium & Kurnia Iium on Adoption of the Government Service No.1/2016

Sesi 2 - Joint Collaborative Council Meeting No.2/2016

Sesi 3 - Shawwal Gathering for Top Management With Executive Committee Members of Staff Unions & Associations






Sambutan Hari Raya KESATU


UIAM Gombak -27hb.Julai 2016 -Banquet Hall Ractory Building

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KESATU telah diadakan dengan jayanya baru-baru ini.Majlis di adakan pada : Tarikh /Hari : 27hb. Julai 2016 / Rabu.,Masa : 11.00 Pagi ~ 2.00 Petang. Tempat : Banquet Hall,Ractory Bulding.Level 5 ,UIAM Gombak.Alhamdulilah seramai 60 ke 70 Ahll KESATU sempat bersama merayakan Aidilfitri sambil bertanya khabar antara satu sama lain.Ahli Majlis JawatanKuasa mengucapkan ribuuan terimaksih kepada VIP yang sudi hadir iaitu Dato' Haji Ahmad Zailan Shaari (Executive Director, Finance Division),Dato' Haji Wan Mohd Hilmi Wan Kamal , Cik Nor Aminah Kostor ,juga tidak dilupakan kepada warga UIAM yang hadir.

Pada Majlis tersebut juga Saudara Fakhurazi Danial (Presiden KESATU ) sempat melancarkan "Tabung Pembesaran Kubur Sungai Pusu" .Semoga sumbangan yang sedikit dari ahli KESATU dapat membantu pembesaran kubur sungai Pusu tersebut.Untuk pengetahunan Kubur tersebut sering diguna oleh Warga UIAM jika ada kematian di persekitaran Kampus.

MJK berharap pada tahun hadapan Majlis seperti ini dapat diadakan lagi demi mengeratkan sIlauturahim antara ahli-ahli KESATU.







Friday, May 13, 2016

PERUTUSAN HARI PEKERJA 2016


Assalamualikum wrt. wbh.,
Selamat menyambut Hari Pekerja 2016 khususnya kepada semua ahli KESATU yang dihormati dan juga kepada semua warga UIAM yang lain. Marilah kita bersama-sama meningkatkan produktiviti kerja walaupun mengalami kekangan belanjawan di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita. Hubungan baik sesama jabatan haruslah kita terus pelihara dan merupakan tanggungjawap kita bersama. Di samping itu marilah kita kekalkan iltizam berintegriti di dalam diri kita. Berilah ruang kepada KESATU untuk menyelesaikan permasalahan secara berhemah dan harmoni demi menjaga hubungan baik antara majikan, kesatuan dan pekerja. Kami menyeru kepada semua staf dari Gred 27 hingga Gred 40 agar menjadi ahli KESATU untuk menunjukan kesepakatan dan kekuatan suara kita di Kumpulan Pelaksana I. Pepatah ada menyatakan "Lidi sebatang pasti senang dipatah, tetapi jika lidi bersatu bagai penyapu agak sukar untuk ia digugat". Begitulah ibaratnya berkesatuan.
Akhir kata sebagai Presiden KESATU saya mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan gunakan cuti yang ada dengan penuh berkualiti bersama keluarga dan masyarakat. Terimakasih.


FAKHRURRAZI DANIAL
Presiden KESATU
UIAM
1 Mei 2016

Monday, March 21, 2016

Hari Kualiti UIAM 2016


Pulut Kuning Dihias Rendang,
Untuk jamuan  mereka yang datang,
Terima kasih kerana bertandang,
Budi baik  tuan  sentiasa dikenang.

Gombak -17 Mac - 18 Mac 2016.
KESATU sekali lagi bersama warga UIAM memeriahkan hari Kualiti UIAM 2016 yang berlangsung pada 17hb (Khamis ) -18hb.Mac 2016 (Jumaat) bertempat di Dewan Aktiviti Kebudayaan (CAC) ,yang dihadiri oleh Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (Presiden UIAM ),Y. Bhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin (Rector UIAM) ,Datuk Dr. Mizan Bin Hitam - Deputy Rector (Student Affairs) dan tetamu kehormat yang lain .
KESATU telah terlibat secara langsung majlis Hari Kualiti UIAM ini buat kali ketiga,Namun kali ini agak istimewa kerana kehadiran Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (Presiden UIAM ) ke Booth KESATU untuk bersama memotong Pulut Kuning Tanda adat budaya melayu meraikan tetamu ,juga kemenangan Saudara Megat Mohd Samsul Bin Mohd Ismail (Setiausaha KESATU) mengungguli anugerah "Quality Administrative Staff Award ,Support Group I" serta penyertaan Bacaaan Ikrar dari wakil KESATU amat membanggakan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Kualiti UIAM pada tahun ini.
Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (Presiden UIAM ) memotong Pulut Kuning di Booth KESATU
Saudara Megat Mohd Samsul Bin Mohd Ismail (Setiausaha KESATU) mengungguli anugerah "Quality Administrative Staff Award ,Support Group I"

Bacaaan Ikrar dari wakil KESATU

MJK KESATU sempat bertanya sesuatu padaTan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
 (Presiden UIAM )


Sebahagian Ahli Majlis Jawatan Kuasa yang terlibat dalam Hari Kualiti UIAM 2016










.




Thursday, January 28, 2016

Pengubahsuaian Bajet 2016

Kejatuhan harga minyak mentah dunia memaksa kerajaan untuk menjalankan apa yang dinamakan sebagai ‘pengubahsuaian Bajet 2016'.
Dengan kata lain, kerajaan terpaksa membuat pemotongan bajet untuk menyesuaikan diri dengan kejatuhan pendapatan.
Kerajaan juga menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus berbanding sasaran awal pertumbuhan ekonomi sebanyak 4 hingga 5 peratus.
Berikut, antara butiran penting yang sedang dibacakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini:
1-Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja akan dikurangkan sebanyak 3 peratus dari Mac 2016 hingga Disember 2017. Sumbangan majikan kekal;
2-Pengecualian cukai individu sehingga RM2,000 bagi mereka yang berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah bagi tahun taksiran 2015;
3-Liberalisasi permit import bagi produk pertanian terpilih termasuk kopi dan daging;
4-Pasar tani baru yang dikenali sebagai MyFarm Outlet untuk menjual produk makanan pada harga 5-20 peratus lebih rendah daripada harga runcit;
5-Subsidi tunai RM50 bagi setiap satu tan padi mentah sebagai insentif kepada petani untuk menghasilkan beras;
6-Keluarga miskin tegar yang berdaftar akan menerima 20 kilogram beras setiap bulan;
7-Semua rumah baru berharga RM300,000 dan ke bawah hanya boleh dijual kepada pembeli rumah kali pertama;
8-Penerusan pinjaman rumah pada kadar faedah 4 peratus kepada 10,000 pembeli rumah yang membeli rumah berharga RM35,000 dan ke bawah.
9-Program pemberian BR1M & bantuan kebajikan terus dilaksana.
10-Kerajaan mengekalkan kadar GST seperti sedia ada.
Tiada pemberhentian penjawat awam termasuk kakitangan lantikan secara kontrak.
11-Pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016 diteruskan.

Sunday, January 10, 2016

Amanat Tahun Baru 2016

 

10hb. januari 2016 -UIAM Gombak.

Ahli Majlis Jawatan Kuasa KESATU ( AMJKK ) ingin mengucapkan selamat tahun baru 2016 kepada semua Warga Kerja Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM ) semoga pada tahun ini kita akan bersama berkhidmat dengan penuh tanggungjawap dan  amanah.Marilah kita bersama menyumbang bagi memacu kejayaan UIAM pada tahun 2016 .KESATU memainkan peranan dalam menjaga kebajikan pekerja didalam ruang lingkup gred gaji Gred 27 - Gred 40.Tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi KESATU malah bagi semua Kulliyah,Department dan Centre (K/D/E) di UIAM malah bagi semua Universiti Awam di Malaysia akibat kemelesetan ekonomi dalam negara kita.Pengurangan budget di semua K/D/E di UIAM bukanlah satu alasan untuk kita tidak berdaya saing dan terus maju kehadapan,kita perlulah kreatif dan inovatif dalam
 mengurus dan  melaksanakan tugas hakiki  agar  pengurangan budget tersebut tidaklah begitu terasa.
      KESATU menyeru semua ahli agar berjimat cermat dalam pengurusan kewangan akibat inflasi yang semakin meningkat,nilai ringgit malaysia yang makin merosot berbanding dollar Amerika,harga minyak yang semakin rendah,harga barang yang makin meningkat,kenaikan harga tol dilembah klang dan juga ditambah lagi dengan peningkatan tambang kenderaan-kenderaan Awam.
     Penjimatan dan pengurusan yang berhemah mengelakkan kita dari terperangkap dalam hutang yang tidak terkawal dan menjejaskan prestasi kerja kita.Bagi KESATU pengurangan budget bukanlah alasan kebajikan para pekerja di UIAM diabaikan dan Kami AMJKK sentiasa cuba menjadi perantaraan diantara pekerja dan Majikan di UIAM.Sebab itu kami terus memperjuangkan pengurangan yuran EDUCARE mengikut gred gaji kakitangan ,memantau kenaikan pangkat mengikut timebase,memikirkan  penyelesaian permasalahan Medical semasa dan selepas bersara, , meneruskan perjuangan permohonan pencen dan pelbagai lagi .Perjuangan bukan terhasil oleh sehari dua  tapi ia mungkin akan dipertimbangkan setelah pucuk pimpinan yang sentiasa berubah-rubah.
KESATU memohon ahli sentiasa memberi sokongan padu agar segala perjuangan akan menjadi mudah dan memberi semangat kepada AMJKK menguruskan kesatuan bagi kebaikan bersama.
    Kepada  yang belum menjadi ahli mana-mana kesatuan kami menyeru agar segera menjadi ahli bagi mengambarkan kekuatan suara  kita sebagai kakitangan UIAM,Semoga dengan cara itu lebih mudah SUARA kita didengar dan permohonan kita dipertimbangkan.KESATU sentiasa terbuka menerima aduan ahli-ahli dengan terus berurusan dengan semua AMJKK  atau email terus kepada Presiden KESATU ( Sdr.Fakhurazi ) ke razi@iium.edu.my atau ke Email KESATU ; kesatu_iium@iium.edu.my atau layari blog kesatu untuk mendapatkan borang ahli dan borang aduan di http://kesatuiium.blogspot.my/


Akhir kata Selamat Tahun Baru 2016,Marilah kita berdoa agar perjuangan kita dipermudahkan.Amin!!.

Terimakasih

Ahli Majlis Jawatan Kuasa KESATU



Thursday, January 7, 2016

APPOINTMENT OF THIRD PARTY ADMINISTRATOR FOR OUTPATIENT SERVICES (PANEL CLINICS) 201 6 FOR IIUM STAFF AND THEIR ELIGIBLE DEPENDENTS



To all Staff
All Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes/Offices/Units
International Islamic University Malaysia

APPOINTMENT OF THIRD PARTY ADMINISTRATOR FOR OUTPATIENT SERVICES (PANEL CLINICS) 2016 FOR IIUM STAFF AND THEIR ELIGIBLE DEPENDENTS

Duration : 1st January 2016 until 31st December 2016
Third Party Administrator (TPA) : PM Care Sdn Bhd.

We wish to inform all IIUM staff that the University has agreed to appoint PMCare Sdn. Bhd. as our TPA for year 2016 replacing CompuMed Sdn. Bhd. During this transition period we anticipate many queries and confusion. While stabilizing the process with PMCare, staff may need to pay during their visits to the panel clinics and any reimbursement of claims can be directly managed by Office of the Health and Wellness Centre.

TPA will mainly be responsible for the following :

1. Reimbursement claims of staff i.e. at RM45 per head per visit at non-panel clinics

2. Reimbursement claims of staff I.e. RM45 or 30% per head per visit at specialist

clinics or hospitals for outpatient treatment

3. Payment process to panel clinics

IIUM is currently transferring data of staff and their eligible dependents from HURIS to PMCare Sdn. Bhd. data system. We would highly appreciate if all IIUM staff can update their personal details and their eligible dependents (only children below 24 years of age and still pursuing undergraduate studies) in the HURIS. Failure to update the above data will cause panel clinics to reject treatment or you would have to pay for the visits.

We hope services rendered this year will improve compared to the past years. We welcome any positive comments and queries from all staff. Staff in-charge of outpatient services is Sr. Nur Aimi Md. Ramlan ext. 3272.

Your cooperation is highly appreciated.

Thank you. Wassalam.

Office of Health and Wellness Centre