Wednesday, December 30, 2020

Mesyuarat Agung Luar Biasa Dwi Tahunan KESATU kali ke-7, Sesi 2020-2022


30hb. Disember 2020, Experimental Hall, UIAM Gombak, Terimakasih kepada tetamu kehormat Tuan Haji Adnan bin Mat (Presiden CUEPACS), Tuan Hj.Zulkifli Bin Mohamed (Presiden GAKUM@Timbalan Presiden CUEPACS 2) dan YB.Tuan Haji Ismail Bin Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Exco dan Adun Labu merupakan perasmi Mesyuarat Agung Luar Biasa Dwi Tahunan KESATU Kali Ke-7 Sesi 2020-2022 . Juga tidak lupa kepada Tuan Abdul Rahman Mohd. Nordin(Setiausaha CUEPACS), Tuan Hj. Roslan Bin Nordin (Setiausaha Kewangan CUEPACS) , Sdr. Saupi Azran Bin Muhamad Tamjis (Presiden Kurnia) dan tetamu kehormat yang hadir di Mesyuarat Agung Luar Biasa Dwi Tahunan KESATU kali- ke-7.Kehadiran anda memberi semangat kepada barisan Exco KESATU yang baru Sesi 20220-2022.





















Mesyuarat Agung Luar Biasa Dwi Tahunan KESATU Kali Ke-7 Sesi 2020-2022

Taklimat Isu-Isu Semasa Penjawat Awam Sempena Mesyuarat Agung Luar Biasa Dwitahunan Ke 7 KESATU






















Sunday, November 8, 2020

Belanjawan Prihatin 2021


BELANJAWAN PRIHATIN 2021

Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021) yang bertemakan “ Teguh kita, Menang Bersama” oleh YB  Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdu Aziz (Menteri Kewangan) memang dinantikan oleh rakyat Malaysia. Saya mewakili Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, Internatonal Islamic University Malaysia (KESATU) mewakili  Pekerja Kumpulan Perlaksana Gred 27 hingga 40 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merakamkan setinggi-tinggi terimakasih kepada YB Menteri Kewangan dan kerajaan diatas keprihatinan terhadap perkhidmatan awam dan penjawat awam didalam ucapan pembentangan Belanjawan 2021.

Untuk makluman sebahagian daripada ahli KESATU  merupakan frontliners yang berbakti membantu memutuskan rantaian COVID-19 yang telah banyak menjejaskan ekonomi akibat pendemik ini.Sedikit sebanyak sumbangan ahli KESATU yang komited, sabar dan teguh setia menjalankan amanah yang diberi tanpa mengenal penat lelah untuk melindungi rakyat amatlah saya hargai.Sumbangan Khas Kewangan RM600 untuk kakitangan awam bagi Gred 56 dan ke bawah melegakan semua seperti tahun – tahun sebelumnya.Elaun Khas Covid-19 iaitu sebanyak RM600 sebulan akan diteruskan sehingga ancaman pandemic Covid-19 berjaya diatasi dan RM500 pemberian one-off merupakan belanjawan prihatin kepada frontliners yang tidak mengenal penat lelah bagi memutuskan rantaikan Covid-19 .

Caruman minimum KWSP pekerja turut dikurangkan daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay.KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan  selama 12 bulan dengan keseluruhan sehingga RM6000 setahun.Pengeluaran Akaun 1 KWSP juga boleh dilakukan sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi ahli yang kehilangan pekerjaan.

Belanjawan 2021 buat pertama kali menyelaras belanjawannya sejajar dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) bagi membolehkan rakyat negara ini melangkah ke masa depan yang lebih makmur, lestari dan inklusif.Peruntukan Belanjawan Agenda Matlamat Pembangunan Lestari diharap membuka peluang kepada program-program SDG yang akan dan sedang dilaksanakan. UIAM telah menerima matlamat agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals  (SDG) tersebut , dimana ia telah mula dilaksanakan diperingkat universiti  bermula pada 2 tahun yang lepas. Belanjawan 2021 bersama  Agenda Matlamat Pembangunan Lestari  dan Penerimaan Anugerah Green Gown Antarabangsa dalam ketegori Institusi Lestari Terbaik Dunia baru-baru ini dapat memberi perangsang dalam membantu matlamat kelestarian di UIAM.

Akhir Kata kepada –Mu YA Allah kami memohon doa agar kita semua dijauhi bala’ bencana COVID -19 dan kepada ahli KESATU UIAM marilah kita bersama-sama berganding bahu memberi perkhidmatan yang terbaik dalam norma baharu ini bagi kesejahteraan UIAM dan rakyat Malaysia hendaknya.

Wabiilahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


HJ.MOHD.YAZID BIN AHMAD
Presiden KESATU IIUM
08 November 2021

 


Thursday, November 5, 2020

Wakil AJK Gred Pentadbiran & Sokongan, Bakat dan Sosial CUEPACS.

Tahniah!! Aznita Ahmad Zaini ( Timbalan Presiden II KESATU) atas perlantikan sebagai wakil AJK Gred Pentadbiran & Sokongan, Bakat dan Sosial CUEPACS.







IIUM Safety & Health Main Commitee Meeting

02 hb. Julai 2020 : Senate Hall IIUM - IIUM Safety & Health Main Commitee Meeting.






Majlis lawatan ke Hab pendidikan tinggi Pagoh-bersama YB Dato Dr. Noraini Ahmad - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

29hb. Jun 2020 : Bangunan KPT Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh: Hj. Mohd Yazid Ahmad dan Ahmad Suhairi Bin Mat Jebah (Presiden KESATU& SU KESATU) di majlis lawatan ke Hab pendidikan tinggi Pagoh-bersama YB Dato Dr. Noraini Ahmad - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia , Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi -Y.Bhg. Prof.Dato Seri Dr. Muhamed Mustafa Bin Ishak ,KSU KPT:- Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff , YBhg. Datin Maizatul Akma Binti Hj Alawi@Ab Badawi (Setiausaha Politik SUPOL) dan Prof. Emeratus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak(Rektor UIAM )serta delagasi UIAM.



 












Terimakasih Frontliners IIUM dari KESATU IIUM

15hb.Jun 2020 /23 Syawwal 1441 : Salam Syawwal@Terimakasih Frontliners IIUM dari KESATU IIUM, Disempurnakan oleh Hj. Mohd Yazid(Presiden KESATU) kepada Dr. Siti Masitah Jamaludin (Chief Medical Officer) dan En. Shahrul Ariffin Bin Maskuri (Director Osem- Office Of Security Management).