BELANJAWAN PRIHATIN
2021
Pembentangan
Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021) yang bertemakan “ Teguh kita,
Menang Bersama” oleh YB Senator Tengku
Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdu Aziz (Menteri Kewangan) memang dinantikan oleh
rakyat Malaysia. Saya mewakili Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, Internatonal
Islamic University Malaysia (KESATU) mewakili
Pekerja Kumpulan Perlaksana Gred 27 hingga 40 di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) merakamkan setinggi-tinggi terimakasih kepada YB
Menteri Kewangan dan kerajaan diatas keprihatinan terhadap perkhidmatan awam
dan penjawat awam didalam ucapan pembentangan Belanjawan 2021.
Untuk makluman
sebahagian daripada ahli KESATU merupakan
frontliners yang berbakti membantu memutuskan rantaian COVID-19 yang telah
banyak menjejaskan ekonomi akibat pendemik ini.Sedikit sebanyak sumbangan ahli
KESATU yang komited, sabar dan teguh setia menjalankan amanah yang diberi tanpa
mengenal penat lelah untuk melindungi rakyat amatlah saya hargai.Sumbangan Khas
Kewangan RM600 untuk kakitangan awam bagi Gred 56 dan ke bawah melegakan semua
seperti tahun – tahun sebelumnya.Elaun Khas Covid-19 iaitu sebanyak RM600
sebulan akan diteruskan sehingga ancaman pandemic Covid-19 berjaya diatasi dan
RM500 pemberian one-off merupakan belanjawan prihatin kepada frontliners yang
tidak mengenal penat lelah bagi memutuskan rantaikan Covid-19 .
Caruman minimum
KWSP pekerja turut dikurangkan daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021
untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home
pay.KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan
April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dengan keseluruhan sehingga
RM6000 setahun.Pengeluaran Akaun 1 KWSP juga boleh dilakukan sebanyak RM500
sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi ahli yang kehilangan pekerjaan.
Belanjawan 2021
buat pertama kali menyelaras belanjawannya sejajar dengan 17 Matlamat
Pembangunan Lestari (SDG) bagi membolehkan rakyat negara ini melangkah ke masa
depan yang lebih makmur, lestari dan inklusif.Peruntukan Belanjawan Agenda
Matlamat Pembangunan Lestari diharap membuka peluang kepada program-program SDG
yang akan dan sedang dilaksanakan. UIAM telah menerima matlamat agenda 2030 dan
17 Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) tersebut , dimana ia telah mula
dilaksanakan diperingkat universiti bermula
pada 2 tahun yang lepas. Belanjawan 2021 bersama Agenda Matlamat Pembangunan Lestari dan Penerimaan Anugerah Green Gown
Antarabangsa dalam ketegori Institusi Lestari Terbaik Dunia baru-baru ini dapat
memberi perangsang dalam membantu matlamat kelestarian di UIAM.
Akhir Kata
kepada –Mu YA Allah kami memohon doa agar kita semua dijauhi bala’ bencana
COVID -19 dan kepada ahli KESATU UIAM marilah kita bersama-sama berganding bahu
memberi perkhidmatan yang terbaik dalam norma baharu ini bagi kesejahteraan
UIAM dan rakyat Malaysia hendaknya.
Wabiilahi Taufik Wal Hidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
HJ.MOHD.YAZID BIN AHMAD