Thursday, August 16, 2018

21KM VIRTUAL RUN


Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,International Islamic University Malaysia (KESATU) adalah salah sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan dibawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, No. Pendaftaran 1039 dan telah secara rasminya bergabung didalam Kongress Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) direkodkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan,Putrajaya(JHEKS) pada 5hb.April 2018 Bagi melahirkan masyarakat khususnya bagi kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agar menjalani kehidupan sihat dan cergas, dengan besar hati KESATU ingin menjemput anda semua menyertai Program Larian KESATU secara maya yang diberi nama “GARDEN OF KNOWLEDGE 21KM VIRTUAL RUN”.

Larian bertemakan moto UIAM ini juga memberi inspirasi kepada pelari dengan memilih misi “I AM BRILLIANT RUNNER” adalah bagi menghargai setiap peserta yang bijak memilih larian sebagai salah satu cara hidup yang sihat.

YA! ANDA MEMANG BIJAK!

KESATU juga ingin menjadikan program ini sebagai platform permulaan bagi perkenalkan Larian KESATU Kuantan sebagai program tahunan, menggalakkan setiap organisasi, komuniti dan masyarakat yang sihat dan sekaligus menanam minat secara sukalera dan bersantai dalam menjalani kehidupan yang sihat melalui larian.

Jom! Mulakan aktiviti larian sebagai cara hidup sihat dan menamatkan larian separuh marathon pertama 21km anda sebagai pencapaian peribadi terutama yang baru berjinak dengan dunia larian.
Pendaftaran boleh dilakukan di http://adhambikecentre.net/events/index.html
                                                 




Monday, August 13, 2018

Bengkel Sara Hidup dan Kajian Sisten Saraan Baru Penjawat Awam Anjuran Ahli Majlis Kongres & Kesatuan Gabungan CUEPACS

5hb. - 7hb. Ogos 2018,- Bengkel Sara Hidup dan Kajian Sisten Saraan Baru Penjawat Awam Anjuran Ahli Majlis Kongres & Kesatuan Gabungan CUEPACS bertempat di Hotel Grand Continental, Langkawi, Kedah.








Mesyuarat GAKUM Bil.3/2017-2019,Bilik Senat USIM, Bangunan Canselori USIM.

5hb.Julai 2018-USIM Nilai,N.Sembilan : Mesyuarat GAKUM Bil.3/2017-2019,Bilik Senat USIM, Bangunan Canselori USIM.



Majlis perasmian pergabungan KESATU dibawah CUEPACS dan Sambutan hari raya KESATU 2018


3hb.Julai 2018,Dewan Zabedah ,Komplex Azman Hashim,IIUM,Majlis perasmian pergabungan KESATU dibawah CUEPACS dan Sambutan hari raya KESATU 2018 , turut serta menyaksikan dan memeriahkan majlis ialah YB Tuan Haji Ismail Ahmad, Exco & Adun Labu N. Sembilan.CUEPACS Diwakili oleh Tuan Haji Mohd Shaman Jaes (Tim.Presiden 1 CUEPACS),saudara Zainal Ismail (Tim.Presiden II CUEPACS),Abdul Rahman Haji Mohd Nordin (Tim.Setiausaha Agung 1 CUEPACS) dan Mohd Razali Singah (Tim.Setiausaha Kewangan CUEPACS).