Saturday, May 19, 2018

Tahniah atas perlantikan Dr.Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidika

KESATU mengucapkan Tahniah atas perlantikan Dr.Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang baru.Beliau merupakan mantan Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian,UIAM Gombak.


Tahniah YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali


Tahniah YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali atas perlantikan sebagai Menteri Besar Selangor,Semoga UIAM mendapat rahmat dari terbentuknya Selangor dibawah Kerajaan Persekutuan kini (Pakatan Harapan).

Harapan Malaysia Baru

Tuesday, May 1, 2018

Perutusan Hari Pekerja 2018 - Presiden KESATU

Assalamualikum W.B.T.
Selamat menyambut Hari Pekerja 2018 kepada semua ahli KESATU yang dihormati dan juga kepada semua warga UIAM khususnya. Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada taraf kehidupan kita seharian.Semoga pengumuman kerajaan baru-baru ini akan pemberian kenaikan khas 1 KGT kepada semua Pejawat Awam berkuat kuasa mulai 1hb.Julai 2018 dan pemendekkan tempoh Time Based kali ke 2 daripada 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa pada 1hb.Januari 2018 memberi sedikit kelegaan dan sinar buat kakitangan Pejawat Awam. Oleh itu berjimat dan berbelanja hanya keperluan mungkin dapat menolong kita dalam mengawal perbelanjaan .Berhutang dan menguruskan hutang secara berkhemah adalah sangat perlu dimasa kegawatan seperti ini agar kita tidak terperangkap dalam keadaan hutang yang tidak terkawal dan menyebabkan kita berkeadaan muflis.

Setiap masa berlalu, kemajuan yang dihasilkan semakin pantas. Kini, kita berada dipermulaan Revolusi Perindustian Keempat (IR 4.0) yang akan mengubah cara manusia hidup dan bekerja. Kita masih tidak tahu bagaimana kesudahannya, tetapi apa yang pasti kita harus bertindak dengan cara komprehensif, melibatkan semua pihak seluruh dunia, dari sektor awam dan swasta kepada akademik serta masyarakat keseluruhannya. Pada revolusi keempat ini, ramai pakar melihat tugas hakiki manusia akan digantikan oleh tenaga robotik, jutaan manusia hilang kerja terutamanya di sektor pengilangan.

Justeru itu, semua pihak perlu bersedia dengan reskill supaya pekerja-pekerja ini terus memberi sumbangan. Berdasarkan sejarah, Malaysia dan negara-negara Asean sebelum ini bersandarkan kepada pekerja berkemahiran rendah dan murah sebagai tarikan pasaran mereka. Menyebabkan Asean terdedah kepada pengangguran jika segalanya bertukar kepada automatik pada revolusi perindustrian keempat.

Pakar ekonomi menjangkakan impak paling nyata daripada ledakan revolusi industri keempat ini ialah kesan pelebaran jurang kekayaan dan pendapatan antara penduduk.

Prof Emeritus, Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) berkata, Revolusi Industri 4.0 ini menekankan kepada keupayaan melabur dan pemilikan teknologi.Menurut Barjoyai, kumpulan menengah rendah akan menjadi kumpulan paling terjejas kerana secara perlahan menjadi kelompok yang tidak diperlukan dalam ekonomi.

“Kumpulan menengah rendah ini lebih mudah diganti dengan robot dan sistem kerana mereka tidak mempunyai ‘tacit knowledge’ yang boleh ditawarkan kepada majikan dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi kelompok ini akhirnya terpinggir dalam ekonomi.

“Bagaimanapun kumpulan berpendapatan rendah meskipun statusnya sama dengan kumpulan berpendapatan sederhana tetap mempunyai beberapa perbezaan positif.

“Kumpulan ini akan terus mendapat simpati kerajaan dan industri. Mereka juga dianggap agak murah dan masih boleh diambil bekerja bagi mengisi kekosongan yang boleh dilakukan manusia. Mereka masih diperlukan untuk pekerjaan yang tidak dapat dilakukan robot. Robot tidak boleh kutip sampah atau cuci tandas dengan baik,” katanya.

Peranan Kesatuan bukan sekadar mengumpul ahli dan menjalankan aktiviti social,malah ia adalah satu organisasi yang bertanggungjawap bagi membela ahlinya serta memastikan hubungan baik antara Kesatuan dan majikan agar UIAM diurus tadbir dengan baik.Sebagai rakan kongsi dalam struktur UIAM,KESATU akan sentiasa memastikan UIAM sihat dalam semua aspek perjalanannya.Ini akan memastikan bahawa pekerja di UIAM akan mendapat keselesaan dalam pekerjaan,keharmonian majikan dan KESATU akan sentiasa menjadi rakan kongsi bagi pengurusan UIAM,supaya semua pekerja,perasarana dan persekitaran berada dalam keadaan baik. Keharmonian bersama majikan haruslah kita terus pelihara dan merupakan tanggungjawap kita bersama

Bagi kakitangan Gred 27 hingga 40 yang belum menjadi ahli KESATU ,marilah menyertai keluarga KESATU supaya suara saudara/ saudari boleh diketengahkan mengikut saluran, bukan dilontar diluar sana tanpa saluran yang betul.Kelulusan yang diberi oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Putrajaya pada 5hb.April 2018 bagi Pergabungan KESATU dibawah Kongress Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini adalah satu kelebihan bagi KESATU menyampaikan terus idea ,kehendak dan menyelesaikan permasalahan bagi keperluan dan kebajikan pekerja-pekerja  terus keperingkat tertinggi Kerajaan Malaysia melalui CUEPACS.Sokongan anda semua amat diperlukan bagi meningkatkan keahlian KESATU ,penambahan ahli KESATU secara tidak langsung juga menambahkan keahlian CUEPACS dan ia akan disegani oleh Kerajaan Malaysia sebagai wakil pekerja diperkhidmatan awam.

Pilihanraya yang dijangkakan akan berlangsung tidak lama lagi adalah merupakan landasan dan tanggungjawap kita menentukan pemimpin-pemimpin dalam Negara kita.Oleh itu saya menyeru semua ahli KESATU yang telah berdaftar sebagai pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya agar kita bertanggungjawap keluar mengundai menentukan hala tuju Negara kita.Kami menyeru agar semua Ahli KESATU yang berdaftar keluar mengundi pada 9hb.Mei 2018. Kami MJK KESATU mendoakan tuan/puan selamat pulang mengundi dan selamat kembali bekerja nanti.Undi anda sangat berharga tunaikanlah tanggungjawap anda hanya lima tahun sekali.

Di samping itu marilah kita kekalkan iltizam berintegriti di dalam diri kita. Berilah ruang kepada KESATU untuk menyelesaikan permasalahan,membentangkan idea secara berhemah dan harmoni demi menjaga hubungan baik antara majikan, kesatuan dan pekerja.Saya menyeru sekali lagi kepada semua staf dari Gred 27 hingga Gred 40 agar menjadi ahli KESATU untuk menunjukan kesepakatan dan kekuatan suara kita di Kumpulan Pelaksana I. Pepatah ada menyatakan "Bersatu kita teguh bercerai kita roboh". Begitulah juga ibaratnya kita berkesatuan.

Akhir kata sebagai Presiden KESATU saya mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan gunakan cuti yang ada dengan penuh berkualiti bersama keluarga dan masyarakat. Terimakasih atas segala bakti anda ahli KESATU terhadap UIAM yang kita cintai.

Selamat Hari Pekerja

“ PEKERJA BERKEMAHIRAN,PENERAJU KECEMERLANGAN NEGARA “



HJ MOHD YAZID BIN AHMAD
Presiden KESATU UIAM
1 Mei 2018