Tuesday, September 27, 2011

152,000 bersara " miskin "

PETALING JAYA 26 Sept. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan seramai 152,000 pencarum yang akan bersara wajib tahun ini memiliki simpanan persaraan kurang daripada RM50,000.

Jumlah simpanan itu adalah di bawah paras caruman minimum yang disasarkan kerajaan iaitu sebanyak RM120,000.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya turut mendapati golongan pencarum tidak aktif berusia 54 tahun yang mempunyai baki simpanan purata serendah RM23,000, tahun lalu, tiga kali ganda lebih ramai berbanding jumlah pencarum aktif lain.
Katanya, jumlah simpanan yang rendah itu dikhuatiri menyebabkan individu terbabit akan hidup di bawah paras kemiskinan apabila bersara.
Beliau berkata, golongan yang mempunyai simpanan kurang RM50,000 itu meliputi 73 peratus pencarum KWSP dalam kategori pencarum tidak aktif.
Katanya, hanya 17 peratus daripada pencarum kumpulan ini mempunyai simpanan di dalam KWSP melebihi RM100,000 sewaktu bersara nanti.
''Selain itu, ramai juga pencarum yang membelanjakan wang persaraan terlalu cepat sehingga menyebabkan mereka tergolong di bawah paras kemiskinan dalam tempoh yang singkat,'' ujarnya.
Tambah Azlan, dalam kajian KWSP pada 2003, pihaknya mendapati sebanyak 14 peratus daripada pencarum menghabiskan simpanan dalam tempoh tiga tahun selepas persaraan.
Katanya, sebanyak 50 peratus pencarum lagi didapati menghabiskan simpanan dalam tempoh lima tahun dan 70 peratus dalam tempoh 10 tahun.
''Kadar purata jangka hayat penduduk Malaysia dijangka terus meningkat sehingga 75 tahun berbanding 60 tahun.
''Sehubungan itu, setiap individu perlu mempunyai caruman dalam tempoh 20 tahun sewaktu dalam tempoh perkhidmatan,'' ujarnya.

 Sumber Utusan Malaysia.

Thursday, September 22, 2011

Elak 'Muflis' cepat

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mengkaji semula kepentingan  kebajikan lebih 100,000 pejawat awam yang berada dibawah tujuh agensi badan berkanun di negara ini.
 Presiden Datuk Haji Omar Bin Osman berkata,empat cadangan sudah dikemukakan kepada kerajaan yang diharapkan dapat membantu penjawat awam dalam soal kebajikan mereka.Katanya,Cuepacs mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan dana pencen berkala untuk memastikan mereka mempunyai wang selepas bersara.
 Kini, mereka menggunakan hasil daripada simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) yang tidak seberapa untuk menyara kehidupan selepas pencen dan ia tidak mampu bertahan lama,akhirnya terpaksa membuat kerja sampingan lain.Adanya pencen seperti pejawat awam lain,kehidupan hari tua mereka lebih terjamin.
 "Kini Cuepacs sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan mengenai cadangan itu dan sekiranya diluluskan semua atau sebahagian daripada cadangan,ia akan dijangka dikuat kuasa awal tahun depan" katanya. Tujuh agensi terbabit yang mengemukakan permohonan ialah,Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT),Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Lembaga Tabung Haji (LTH),Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat ).
Suntingan dari merto - khamis 22 sept. 2011 m/s 39A.

Tuesday, September 20, 2011

Desak lulus tuntutan Kesatuan Sekerja Badan Berkanun

 Kuala Lumpur 19 sept ; - Seketeriat Pekerja Muda,Pegerakkan Pemuda UMNO berharap kerajaan akan meluluskan tuntutan Kesatuan Sekerja Badan-badan Berkanun bagi  memberi jaminan saraan hidup yang lebih baik kepada ahlinya selepas mereka bersara.
  Pengerusinya,Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata,pihak sekreteriat telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanjangkan memorandum tuntutan kesatuan tersebut dan mendapat reaksi positif.Jesteru,beliau berharap,kerajaan akan menyegerakana proses meluluskan tuntutan-tuntutan kesatuan berkenaan kerana ia dipercayai akan meringankan beban hidup kira-kira 40,000 ahlinya.Kesatuan Pekerja Badan-badan Berkanun terdiri daripada Kesatuan Kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),Kesatuan Kakitangan  Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Haji,Kesatuan Kakitangan  Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT),Kesatuan Pegawai-Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Sokongan LHDN dan Kesatuan Kakitangan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat ).
 Antara tuntutan-tuntutan dibuat oleh kesatuan berkenaan yang juga dikenali Majlis Bertindak Tujuh Agensi Yang Diasingkan adalah Skim Dana Pencen,imbuhan tetap perumahan,saguhati tamat perkhidmatan dan caruman KWSP majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 17 sebelum ini.
  KESATU terkilan dalam hal ini kerana sepatutnya kita berjuang bersama-sama dengan Majlis Bertindak Tujuh Agensi Yang Diasingkan ini jika satu lagi kesatuan dalam UIAM bersetuju bersama-sama berjuang Skim Dana Pencen ini.Harap Maklum.

Sumber Utusan Malaysia -20 sept 2011 ms 22

Monday, September 12, 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432H - GAKUM

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432H Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Tarikh : 14 September 2011 (Rabu)
16 Syawal 1432H
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kafetaria, Kolej Kediaman 1 ,Universiti Sains Islam Malaysia
               Nilai, Negeri Sembilan
Pakaian : Baju Kebangsaan (Lelaki)
               Baju Kurung/Kebaya (Wanita)

Sehubungan dengan itu, saya dengan penuh takzimnya menjemput tuan/puan dan ahli jawatankuasa kesatuan bagi menghadiri sambutan hari raya ini dengan bayaran sebanyak RM 100.00 (20 orang). Segala bayaran hendaklah dibuat kepada Bendahari KUSIMA. Segala urusan kebenaran dengan pihak Universiti hendaklah diuruskan oleh Kesatuan masing-masing.

Sesiapa ahli yang ingin turut serta tolong berikan nama dan wang sebanyak RM 5.00  utk bayaran jamuan dengan  Pengangkutan sendiri.Sila hubungi setiausaha KESATU secepat mungkin kepada yang berminat.

Wassalam.

Prospek: Pejawat Awam lebih peluang Kenaikan Pangkat

PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK, sistem baru yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi, iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Katanya PROSPEK yang hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan, adalah selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"PROSPEK adalah untuk semua penjawat awam tetapi yang mempunyai peluang untuk mendapat kenaikan pangkat adalah bagi mereka yang mempunyai kompetensi dan potensi.
"Ini kerana sesetengah orang itu, kompeten tetapi tidak ada potensi. Ini bermakna penjawat awam dituntut untuk berubah dan berupaya untuk membangunkan keupayaan kendiri (memajukan diri)," katanya kepada

Thursday, September 8, 2011

Pertukaran Nama Skim Perkhidmatan Awam bagi Jawatan Pembantu Teknik

Alhamdulillah,Setelah pihak KESATU memohon pada pihak pengurusan UIAM agar melaksanakan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) No.11 Tahun 2009 berkenaan pertukaran nama jawatan dari Pembantu Teknik kepada Penolong Jurutera telah diluluskan oleh Majlis Meeting pada No.86 bertarikh 28hb Jan 2010 mana kala surat makluman pertukaran nama Jawatan  hanya di terima pada 22hb Aug.2011.Walaupun hanya pertukaran nama Jawatan tanpa ada sebarang kenaikan gaji atau pun kenaikan elaun namun Pelaksanaan Perkeliling Perkhidmatan Awam yang dilaksanakan selepas satu tahun lapan bulan amatlah dikesali.Untuk melaksanakan keberkesanan dalam Perkhidmatan Awam dengan cemerlang sepatutnya segala Pekeliling Perkhidmatan Awam dilaksanakan dengan kadar yang segera di masa hadapan.Jika ia melibatkan kenaikan gaji dan elaun alangkah betapa rugi warga kerja UIAM berbanding dengan Kakitangan Kerjaaan yang telah lama melaksanakan Pekeliling tersebut.Ini berlaku kepada warga kerja UIAM dalam kes Pembantu Makmal (C17) kepada  Penolong Pegawai Sains (C27 ) yang melibatkan kenaikan gaji dan elaun di mana baru kini dilaksanakan oleh Pihak UIAM berbanding dengan IPTA-IPTA yang lain.Kepada ahli-ahli KESATU yang belum menerima surat dari Pihak Pengurusan UIAM berkenaan perkara di atas sila berhubung dengan AJK KESATU secepat mungkin.Namun ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan UIAM yang berjaya melaksanakan Pekeliling tersebut.