Tuesday, September 8, 2015

KESATU DI Majlis YAB DATO,SRI MOHD NAJIB BIN ABDUL RAZAK BERSAMA WARGA PENDIDIKAN TINGGI



KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kerajaan bersedia untuk memberikan kuasa autonomi sepenuhnya kepada semua universiti awam dari segi tadbir urus, kewangan dan perjawatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah tersebut untuk membolehkan pihak pengurusan universiti membuat segala keputusan dengan lebih pantas.
“Kita nak empowerment atau memperkasakan universiti bererti kita nak beri kuasa, kenaikan pangkat, jawatan dan juga kuasa kewangan supaya keputusan-keputusan lebih pantas dapat dibuat oleh pihak universiti.
“Bagaimanapun, ia mesti di­sertai dengan proses akauntabiliti supaya agensi-agensi pusat boleh dirundingkan apa bentuk dan secepat mana proses pemerkasaan itu dapat diturunkan kepada universiti kita,” katanya.
Beliau berucap dalam Majlis Bersama Warga Pendidikan Tinggi serta Pelancaran Buku Panduan Enhancing University Board and Effectiveness di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.
Buku panduan itu yang juga dikenali sebagai UniTP Green Book merupakan salah satu daripada lima buku panduan yang dihasilkan bagi memacu program transformasi di universiti awam.
Yang turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; timbalannya, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.
Sementara itu, Perdana Menteri berharap Lembaga Pengarah serta Naib Canselor universiti awam dapat membantu kerajaan untuk mencari sumber kewangan sendiri bagi me­ngendalikan pengurusan universiti.
“Salah satu perkara yang amat rumit menjadi Perdana Menteri apabila terpaksa naikkan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi kalau terpaksa naik yuran universiti dan sebab itu kita pertahankan yuran dari dahulu tak naik sampai sekarang.
“Dan jika nak pertahankannya dan mencapai sasaran 2.5 juta rakyat menerima pendidikan tinggi menjelang 2025 berbanding 1.4 juta sekarang, tak disebut sumber kewangan daripada mana. Jadi, saya berharap LPU (Lembaga Pengarah Universiti) dan NC (Naib Canselor) lihat dan guna keupayaan intelektual mereka untuk mencari sumber kewangan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya Menteri Pendidikan Tinggi mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi LPU dan Naib Canselor universiti dua kali setahun bagi membincangkan pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) masing-masing.
Najib berkata, perkara tersebut bukan untuk mencari kesalahan atau kelemahan universiti sebalik­nya bagi mendapatkan maklumat berkenaan masalah yang dihadapi pihak pengurusan.
“Perkara ini saya telah lalukan dengan menteri (kabinet) iaitu mengadakan KPI pada pertengahan tahun dan hujung tahun. Ini bukan sesi untuk ‘mendera’ Naib Canselor tetapi berkongsi masalah dan mencari penyelesaian bagi memastikan perjalanan universiti lebih berkesan dan lancar,” jelasnya.
Najib turut menyarankan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menekankan kepentingan subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kepada orang ramai.
Selain itu, Perdana Menteri turut menyatakan kepentingan kepada orang ramai untuk menguasai Bahasa Inggeris pada tahap tinggi.- 

Sunday, August 23, 2015

Semarak Merdeka UIAM

21hb. Ogos 2015-CAC UIAM-
Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! dari KESATU mengamatkan suasana lintasan hormat sempena sambutan merdeka UIAM 2015.Seramai 21 ahli KESATU terlibat dalam acara perarakan yang julung kali diadakan baru-baru ini.Bacaan ikrar di ketuai oleh Pegawai Eksekutif UIAM -Dato' Abdul Rahim Ahmad dikuti oleh Presiden KESATU ,En.Fakhurazzi dan juga Presiden kurnia dan PMA.
L

Laungan Merdeka!Merdeka!Merdeka dari perwakilan KESATU



Puteri Merdeka KESATU turut serta memeriahkan hari semarak Merdeka UIAM


Wednesday, August 19, 2015

Toleransi tinggi dan berwawasan - Pengarah Eksekutif, Bahagian Pengurusan Sumber UIAM



18hb Ogos 2015 -UIAM Gombak.
Kunjungan Hormat Kesatu bersama Pengarah Eksekutif, Bahagian Pengurusan Sumber UIAM- Dato' Abdul Rahim Ahmad dalam membincangkan plan pembaharuan,visi dan misi beliau dan juga isu-isu semasa berkaitan kebajikan pekerja telah berlangsung dengan penuh harmoni.Sikap beliau yang begitu tinggi toleransinya secara tidak langsung mengambarkan UIAM akan kehadapan menghadapi persaingan dunia pendidikan masa kini.KESATU menyokong penuh HR Audit yang telah beliau laksankan terlebih dahulu di Pejabat beliau dan akan di panjangkan ke K/C/D yang lain.Beliau berkata tiada pembuangan pekerja tapi hanya penstrukturan semula agar UIAM terus berdaya saing dan terus relevan.
Alhamdulillah pertemuan bersama semua exco Kesatu berjalan dengan lancar, harmoni dan berteloransi.Kunjungan seterusnya akan dilakukan selanjutnya bagi membincangkan isu-isu yang dibawa dengan lebih lanjut .KESATU akan terus berdiri dibelakang beliau bagi merealisasikan segala perubahan yang beliau inginkan.Insyallah.







Perbincangan bagi merealisasikan visi dan misi Pengarah Eksekutif UIAM Dato'Abdul Rahim Ahmad



 Seperti biasa ada bertandang memberi beberapa buat buku sebagai buah tangan dari KESATU

Penyerahan Memorandum- Kronologi Permohonan Skim Pencen Kakitangan Awam

 Memorandum  diterima oleh  wakil Pejabat Presiden UIAM En.Mir Azrul Shaharudin


 

17hb. Ogos 2015 -IIUM Gombak.
Kerja yang berterusan tanpa jemu dan putus asa tetap dilakukan oleh Exco KESATU berkaitan isu Opsyen Pencen Kakitangan Awam bagi warga

UIAM.Penyerahan Memorandum- Kronologi Permohonan Skim PencenKakitangan Awam bagi meningkatkan skim persaraan kakitangan UIAM agar diberi opsyen antara Skim Pencen Kakitangan Awam atau Skim persaraan UIAM ( RBF/KWSP) kepada wakil Pejabat Presiden UIAM- En.Mir Azrul Shaharudin .Penyerahan Memorandum telah disempurnakan oleh En. Mohd Yazid Bin Ahmad (Tim.Presiden ) bersama En. Tarmizi bin Abdul Rani ( Exco Gerak Gempur ) di Pejabat Presiden,CAC,UIAM Gombak.
KESATU berharap Opsyen pilihan skim Pencen kakitangan Awam dapat dipertimbangkan dan dapat direalisasikan bagi demi masa depan keluarga warga UIAM seterusnya diwarisi oleh generasi akan datang dan anak cucu kita berkemungkinan akan berkhidmat pula di UIAM.Marilah kita bersama berdoa semoga segala usaha mencapai kejayaan dan diberkati Allah S.W.T.

Sunday, August 9, 2015

Interaktif Demi Kebaikan Semua


 IIUM Gombak-27hb.Ogos 2015.
Satu pertemuan hati ke hati buat julung kalinya antara Wakil Majlis Tertinggi Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,Internationla Islamic University Malaysia (KESATU) bersama Tan Sri Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (Presiden UIAM ) telah berlangsung dengan penuh mesra.
Tan Sri Dr.Rais Yatim menyeru supaya wujud lebih interaktif di kalangan kakitangan dan pengurusan Universiti terutama dalam persaingan masa kini sewaktu menerima kunjungan hormat wakil KESATU di Pejabat Presiden UIAM baru-baru ini.Beliau juga menyeru KESATU terlibat secara aktiv dalam aktiviti kemesyarakatan dan seni dan kebudayaan agar KESATU lebih globalisasi  dan selari dengan suasana masa kini yang lebih mencabar.
Pertemuan ini secara tidak langsung satu permulaan yang baik bagi KESATU meningkatkan interaktif di kalangan kakitangan dan pengurusan UIAM dan ia akan berteruskan ke pelbagai peringkat pengurusan dalam UIAM itu sendiri.Dalam pertemuan itu  KESATU memohon diberi option atau pilihan antara Skim Persaraan Pencen Kerajaan dan  Skim persaraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( Skim KWSP/Skim RBF).Presiden KESATU juga mengutarakan permasalahan yuran Educare IIUM yang tidak memihak kepada kakitangan bawahan dimana yuran yang sama terpaksa dibayar antara kakitangan gred atas dan kakitangan gred bawahan yang sedikit sebanyak membebankan tambahan kos sara hidup dan inflasi yang agak tinggi ketika ini.KESATU juga berharap diberi ruang untuk berbakti di dalam Sistem Pengurusan Mahallah (Asrama) sebagai Residen Office diluar waktu kerja bagi memberi peluang kakitangan gred sokongan satu terlibat dalam kebajikan parapelajar dan
meningkatkan silaturahim antara pekerja dan pelajar UIAM.
KESATU   akan membuat tindakan susulan atas perkara yang dibangkitkan dan berharap pertemuan ini bukanlah yang pertama dan terakhir bagi satu interaktif bersama demi kebaikan semua warga UIAM.Sementara itu Fakhrurrazi bin Danial (Presiden KESATU) mengulas pertemuan dengan Dato’ Seri Rais Yatim sebagai pertemuan mesra dan penuh berkhidmah.Beliau juga berharap pertemuan seperti itu akan berterusan di masa depan bagi tempat Kesatuan meyampaikan permasaalah ahli KESATU dan  warga UIAM demi mencari penyelesaian permasalahan kebajikan  kakitangan-kakitangan UIAM.Kesedian Dato’ seri mendengar pelbagai perkara yang diutarakan amat beliau hargai.


Thursday, July 9, 2015

BENGKEL PERATURAN GAKUM DAN MAJLIS IFTAR 2015/1436H


Sukacita dimaklumkan bahawa Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) telah mengadakan Bengkel Peraturan GAKUM dan Majlis Iftar seperti butiran berikut: 

Tarikh : 26 Jun 2015/09 Ramadhan 1436H (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Bilik Seminar,CAC 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)

KESATU diwakili oleh 5 orang MJK tertinggi bagi menyertai bengkel tersebut yang membincangkan dan menghalusi Perlembagaan GAKUM.

Wednesday, May 6, 2015

Hari Kualiti UIAM 2015

29/04/2015 - CAC UIAM Kampus Gombak :
    Seluruh Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja KESATU melahirkan penghargaan kepada semua pengunjung yang singgah di booth kami serta memberikan cadangan dan idea untuk pembangunan dan penambahbaikan Universiti sempena Hari Kualiti UIAM 2015. Cadangan dan idea tersebut akan dipanjangkan ke pihak pengurusan untuk perbincangan bersama. Terima kasih semua!!!


- Tahniah- Br.Khaid (Mantan Exco) merupakan salah sorang pemenang bagi cabutan bertuah untuk pengunjung booth KESATU .

Presiden KESATU menyampaikan cenderahati kepada Rektor UIAM di booth KESATU.


BUDI Special Award 2015

        
05/05/2015 -Main Auditorium -IIUM Campus Gombak.
    KESATU has received the BUDI Special Award 2015 from the University for involvement in IIUM Flood Relief Mission 2014/2015. The award was presented by Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam, Deputy Rector (Student Affairs) in a programme organised by the IIUM Centre for Community Engagement (UCCE @ BUDI).
Indeed, KESATU would like to express it indefinite appreciation to all their Majlis Jawwtankuasa Kerja, members and IIUM community for the priceless effort and time to be with us in making this event a succesful one.
   It is our hope that we can continuously contribute for the glory of the University and the Ummah.

Friday, April 24, 2015

KESATU Mengucapkan tahniah kepada Dr.Maszlee bin Malek


KESATU Mengucapkan tahniah kepada Dr.Maszlee bin Malek (Presiden ASA ) atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis. KESATU Mendoakan agar beliau berkhidmat dengan penuh amanah dan bertanggunjawap bagi mertabatkan warga UIAM dimata masyarakat.Amin.!!

Thursday, April 16, 2015

CUEPACS mahu RM1,200 bagi gaji minimum penjawat awam


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyerahkan satu memorandum kepada kerajaan bagi mendesak gaji minimum penjawat awam ditetapkan pada kadar RM1,200.

K’jaan gagal buat semakan gaji sejak 1991


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan membuat semakan gaji setiap tiga tahun dan bukannya lima tahun sekali seperti amalan sekarang.

Presidennya, Azih Muda berkata semakan terakhir bagi gaji kakitangan kerajaan hanya dilakukan pada tahun 1991.

Wednesday, April 15, 2015

Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja 2015

14/04/2015 -Petaling Jaya - Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja 2015 telah berlangsung selama dua hari di Dewan Pancadelima,Tingkat 4,,Wisma Perkeso,Petaling Jaya, Selangor,yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Selangor (JHEKS) dan Wilayah Persekutuan.
Pelbagai permasalahan dan cara pengurusan kesatuan didedahkan kepada kepimpinan kesatuan di seluruh Negeri Selangor.Pertikaian kesatuan,Mengendalikan Mesyuarat Agong Tahunan dan Pengurusan kewangan kesatuan antara topik yang dibincangkan.
    KESATU diwakili oleh saudara Fakhrurrazi Danial (Presiden ),Saudara Megat Mohd.Samsul Bin Mohd Ismail (Setiausaha ) dan Puan Noor Asma Binti Abdul Aziz (Bendahari ).Semoga ilmu yang diperolehi akan direalisasikan dalam KESATU dan menambahbaikan pengurusan KESATU sebagai kesatuan yang terurus.

Bergambar bersama kepimpinan JHEKS di seminar tersebut.

Pemilihan Pucuk Pimpinan GAKUM yang baru.


Tahniah kepimpinan GAKUM yang baru, Ku Azmi (Presiden), Rashdan ( Setiausaha) dan
 Razali Singah ( Bendahari)

Wednesday, March 25, 2015

Semakan gaji, Cuepacs mahu jumpa PM

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan memberi jawapan terhadap gesaannya agar 252 skim gaji dan elaun dikaji semula dan ditambah baik sebelum sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pihaknya yakin elaun dan perubahan gaji skim itu tidak melibatkan pertambahan yang besar dalam peruntukan perbelanjaan mengurus kerajaan.

"Kami yakin dengan keupayaan yang kerajaan ada selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tarikh penguatkuasaan untuk skim ini kita minta berkuat kuasa mulai Januari 2015 kepada semua," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sepetang Bersama Presiden Cuepacs Malaysia di Ipoh semalam.

Azih berkata kerajaan sepatutnya melakukan semakan gaji yang tertanggguh sejak 15 tahun berikutan peningkatan kos sara hidup yang begitu tinggi ketika ini.

Katanya beliau berharap Cuepacs akan diberi laluan untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat bagi menyampaikan keluh kesah dan luahan penjawat awam dari seluruh negara.

"Kami jumpa kali terakhir untuk semakan gaji SSM pada 2005 manakala pada 2007 tidak ada semakan gaji cuma kenaikan 25 peratus untuk kos sara hidup dan pada 2011 kerana berpindah skim," katanya.

- Bernama

Wednesday, March 18, 2015

Perjumpaan hati ke hati bersama Setiausaha Persatuan Persara UIAM


18/03/2015 -UIAM Gombak, Satu pertemuan hati ke hati antara KESATU bersama Setiausaha Persatuan Persara UIAM bagi mendapat maklumat dan hala tuju kakitangan UIAM selepas bersara.Banyak maklumat dan cadangan diperbincangkan bagi menjamin keselesaan kakitangan UIAM selepas persaraaan.
KESATU berharap pertemuan sebegini akan  beterusan bagi meningkatkan hala tuju persaraaan kakitangan UIAM.Kelemahan dan kekurangan selepas persaraan akan di kenal pasti bagi tujuan transformasi berkebajikan bagi kakitangan-kakitangan UIAM.

Thursday, March 12, 2015

JOINT COLLABORATIVE COUNCIL (JCC) MEETING YEAR 2015



Kindly be informed that JCC Meeting for 2015 has been schedule as below :

No          JCC                     Date                Time                Venue
1.    JCC No.1/2015       13/03/2015       3.00p.m.      Rector Office
2.    JCC No.2/2015       19/06/2015       3.00p.m.      Rector Officer
3.    JCC No.3/2015       04/09/2015       3.00p.m.      Rector Office
4.    JCC No.4/2015       13/11/2015       3.00p.m.      Rector Office

CUEPACS Minta naik gaji tidak tangguh lagi

REMBAU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan semakan kenaikan gaji 252 skim perkhidmatan awam seperti yang dibentangkan sebelum ini. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan isu kejatuhan harga minyak dunia dan nilai ringgit untuk menangguhkan perlaksanaan skim gaji berkenaan memandangkan nilai rizab kerajaan masih mampu menampung perbelanjaan sedia ada. "Sekiranya ia ditangguhkan, Cuepacs akan membuat bantahan kerana 1.5 juta penjawat awam sudah lama bersabar sedangkan kos sara hidup semakin tinggi. “Penjawat awam ialah ‘enjin’ dan denyut nadi kerajaan. Tangga gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana 1 dan 11 masing-masing RM805 dan RM820 dan jumlah ini di bawah garis kemiskinan," katanya. Justeru katanya, Cuepacs meminta kerajaan menyegerakan semakan gaji dan elaun lama yang tidak selaras dengan negara maju. Azih berkata, Cuepacs juga meminta kerajaan mempertimbangkan kembali nasib 60,000 pekerja kontrak sektor awam yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini. Menurut Azih, Cuepacs menerima aduan daripada pekerja kontrak yang risau sekiranya perkhidmatan mereka tidak dilanjutkan atau diserap ke jawatan tetap walaupun sudah berkhidmat hampir lima tahun. "Kebanyakan mereka mempunyai tanggungan dan kita membawa harapan mereka ini untuk diserapkan dalam perkhidmatan awam. Kita faham jika jawatan kontrak perkhidmatan projek tidak diteruskan, tetapi bagi jawatan frontliner, kerajaan perlu meneliti semula hasrat untuk menamatkan perkhidmatan mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja ke pejabat sementara, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, dekat sini, semalam. Azih berkata, sekiranya kerajaan melaksanakan langkah penamatan pekerja kontrak, ia seolah-olah tidak memberi peluang kepada orang muda berkhidmat dalam kerajaan. “Sebagai contohnya, terdapat kira-kira 1,200 kakitangan KPDNKK berstatuskan pekerja kontrak walaupun mereka memiliki ijazah. “Bila tamatkan kontrak, ia umpama tutup pintu untuk orang muda bekerja dengan kerajaan dan tidak bersimpati dengan lepasan universiti," katanya

Wednesday, January 28, 2015

TANGGUH BENTANG PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA DI KABINET - CUEPACS


KOTA KINABALU, 26 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar pembentangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 di Kabinet ditangguhkan, ekoran hala tuju perancangan pelan itu hanya tertumpu kepada kakitangan akademik sahaja. Menurut Presidennya, Datuk Azih Muda pelan itu tidak mengambil kira dan mengabaikan perancangan hala tuju melibatkan kakitangan bukan akademik terdiri daripada penjawat pentadbir serta kumpulan pelaksana satu dan dua di setiap institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. "Apakah faedah yang akan mereka (merujuk kepada kakitangan bukan akademik) peroleh di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan ini, adakah pertambahan perjawatan akan berlaku? Apakah laluan kerjaya akan berlaku? Apakah insentif yang akan diterima sekiranya lonjakan terhadap kedudukan universiti mereka berlaku?," katanya. Beliau berkata kepada Bernama selepas mesyuarat dan Seminar Hala Tuju Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) melibatkan 93 peserta dari 20 IPTA, di sini hari ini. Beliau menyarankan sebelum pelan itu dibentang ke Kabinet, adalah lebih baik pelan itu dibentang kepada CUEPACS dan GAKUM berikutan hala tuju pelan itu yang perlu ditambah baik. "Kami mahu tahu lebih jelas peranan pelan itu, kami tidak puas hati..., saya fikir biarlah dasar dalam pelan digariskan setelah proses kematangan berlaku, kalau belum ada proses kematangan, semua pihak masih tidak jelas, lebih baik tangguhkan dulu pembentangan kepada kerajaan," katanya.

Friday, January 9, 2015

Golongan Menengah Perlu ada 2 juta baru boleh bersara.


KOSMO - 09/01/2015
Rakyat Malaysia daripada golongan kelas menengah memerlukan hampir 2 juta sekiranya mereka mahu mengekalkan gaya hidup sedia ada apabila bersara pada uisa 60 tahun nanti.
Ini merupakan hasil kaji selidik bertajuk " Harapan dan Aspirasi Kelas Menengah Malaysia " oleh Syarikat Insurans AIA Bhd. (AIA) melibatkan 500 responden berusia 25 tahun keatas yang dijalankan pada julai 2014.
Ketua Pegawai Permasaran AIA,Thomas Wong berkata mojoriti responden kelas menengah malaysia yang mempunyai pendapatan purata RM6,339 Sebulan.

Wednesday, January 7, 2015

Penyerahan barang keperluan harian kepada mangsa Banjir Staf UIAM di Kuantan

                                  

3 Jan 2015-Kuantan
Penyerahan barang keperluan harian oleh Presiden KESATU - Fakhrurrazi Danial kepada Exco KESATU - Maliza Azrain Sham bt Mohd Azmi di Kampus Kuantan bagi diserahkan kepada mangsa banjir staf UIAM Kuantan. Terima kasih kepada warga UIAM yang menderma bagi bantuan tersebut. Semoga UIAM sentiasa dirahmati Allah dan kita warga UIAM dimurahkan rezeki hendaknya. 
Amin!!


Sukarelawan Banjir ke Negeri Kelantan.

4 Januari 2015 - Kota Bahru
Misi di Kelantan hari ini (4/01/2015) yang disertai KESATU bersama-sama dengan pegawai dan staf UIAM serta sukarelawan luar yang turut sekali menyertai pasukan UIAM.Misi pertama pembersihan di Masjid Pintu Geng dan SK indera Kota Bahru.
Ucapan syabas di atas sumbangan tenaga dan masa bagi menjayakan misi ini!
Harap Maklum.


                                     


Sumbangan derma Tempoh Pasca Banjir


31 disember 2014 -UIAM Gombak
Assalammu 'alaikum wrt wbh,
Untuk makluman semua ahli KESATU dan warga UIAM, sebahagian kawasan sedang melalui tempoh pasca banjir dimana penduduk sudah boleh pulang ke rumah dan jalan-jalan sudah boleh dilalui.
Namun, penduduk setempat masih sangat memerlukan bantuan luar terutama dari segi sumbangan kewangan dan tenaga kerana kesukaran untuk membeli barangan kerana kedai masih ditutup dan juga untuk kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan sekitar yang terjejas.
Oleh itu kepada sesiapa yang masih ingin menghulurkan bantuan, ianya boleh disalurkan kepada KESATU.
Semoga segala sumbangan dan bantuan dari kita akan menjadi 'Ibadah yang berterusan."

Terima kasih. Wassalam.