Sunday, April 30, 2017

Perutusan Hari Pekerja 2017-Presiden KESATU

 
Assalamualikum wrt. wbh.,

  Selamat menyambut Hari Pekerja 2017 kepada semua ahli KESATU yang dihormati dan juga kepada semua warga UIAM khususnya. Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada taraf kehidupan kita seharian.Dimana harga minyak yang tidak menentu,ditentukan setiap minggu agak menyukarkan kakitangan Awam untuk mengawal perbelanjaan,Setiap pembelian dikenakan GST juga menyukarkan kita untuk mengawal perbelanjaan begitu juga kenaikan harga barang dan peningkatan kos-kos lain diluar kawalan kita.

   Pengeluaran wang perbelanjaan keperluan harian tanpa kuasa kawalan dari kita secara tak langsung menyukarkan hari-hari mendatang dalam pengurusan kewangan kita.Oleh tu berjimat dan berbelanja hanya keperluan mungkin dapat menolong kita dalam mengawal perbelanjaan .Berhutang dan menguruskan hutang secara berkhemah adalah sangat perlu dimasa kegawatan seperti ini agar kita tidak terperangkap dalam keadaan hutang yang tidak terkawal dan menyebabkan kita berkeadaan muflis.

   Peranan Kesatuan bukan sekadar mengumpul ahli dan menjalankan aktiviti social,malah ia adalah satu organisasi yang bertanggungjawap bagi membela ahlinya serta memastikan hubungan baik antara Kesatuan dan majikan agar UIAM diurus tadbir dengan baik.Sebagai rakan kongsi dalam struktur UIAM,KESATU akan sentiasa memastikan UIAM sihat dalam semua aspek perjalanannya.Ini akan memastikan bahawa pekerja di UIAM akan mendapat keselesaan dalam pekerjaan,keharmonian majikan dan KESATU akan sentiasa menjadi rakan kongsi bagi pengurusan UIAM,supaya semua pekerja,perasarana dan persekitaran berada dalam keadaan baik. Keharmonian bersama majikan haruslah kita terus pelihara dan merupakan tanggungjawap kita bersama

 Bagi kakitangan Gred 27 hingga 40 yang belum menjadi ahli KESATU ,marilah menyertai keluarga KESATU supaya suara saudara/ saudari boleh diketengahkan mengikut saluran, bukan dilontar diluar sana tanpa saluran yang betul.Pertukaran Pemimpin-pemimpin dalam Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia(GAKUM) baru-baru ini yang di ketuai oleh Presiden baru Tuan Hj.Zulkifli Mohamed (UITM) ,diharapkan dapat menyampaikan hasrat dan permasalahan kakitangan -kakitangan Universiti ke pihak Pengurusan Universiti dan ke CUEPACS dengan penuh hikmah demi kesejahteraan Warga Universiti Awam khususnya.

  Pilihanraya yang dijangkakan akan berlangsung tidak lama lagi adalah merupakan landasan dan tanggungjawap kita menentukan pemimpin-pemimpin dalam Negara kita.Oleh itu saya menyeru semua ahli KESATU agar berdaftar sebagai pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya agar kita bertanggungjawap menentukan hala tuju Negara kita.

   Di samping itu marilah kita kekalkan iltizam berintegriti di dalam diri kita. Berilah ruang kepada KESATU untuk menyelesaikan permasalahan,membentangkan idea secara berhemah dan harmoni demi menjaga hubungan baik antara majikan, kesatuan dan pekerja.Saya menyeru sekali lagi kepada semua staf dari Gred 27 hingga Gred 40 agar menjadi ahli KESATU untuk menunjukan kesepakatan dan kekuatan suara kita di Kumpulan Pelaksana I. Pepatah ada menyatakan "Bersatu kita teguh bercerai kita roboh". Begitulah juga ibaratnya kita berkesatuan.

 Akhir kata sebagai Presiden KESATU saya mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan gunakan cuti yang ada dengan penuh berkualiti bersama keluarga dan masyarakat. Terimakasih atas segala bakti anda ahli KESATU terhadap UIAM yang kita cintai.

Selamat Hari Pekerja

“ PEKERJA KREATIF PENCETUS INOVASI “

HJ MOHD YAZID BIN AHMAD
Presiden KESATU UIAM
1 Mei 2017



Mesyuarat Pemilihan Kepimpinan GAKUM

26hb.April 2017-UTem Melaka.
Majlis Mesyuarat GAKUM bagi pemilihan Kepimpinan telah berlangsung dengan lancer .Dirasmikan Oleh Pendaftar UTem Dato Hasan Siron dan perbelanjaan makan minum mesyurat ditanggung oleh pihak UTem diucapkan Terimakasih.Tuan Haji Zulkifli Bin Mohamed dilantik sebagai Presiden baru GAKUM Sesi 2106-2018 mengantikan YM Ku Azmi bin Ku Ibrahim,Mohd Razali bin Singah sebagai Timbalan Presiden 1 dan Encik Talhah bin Abdul Rahman sebagai Timbalan Presiden 2 dan Abdul Rahman Bin Hj.Nordin sebagai Setiausaha Baru GAKUM.
Semoga pemilihan yang diterajui oleh kepimpinan Baru GAKUM dapat menyalurkan segala permasalahan dan idea baru kepada Pengurusan KPT dan juga kepada CUEPACS bagi menjadikan kakitangan Universiti Awam berdaya Maju.











HARI KUALITI UIAM 2017

26hb.April - 27hb.April 2017-Pusat Kebudayaan UIAM Gombak.

Alhamdulilah dengan penuh semangat KESATU sekali lagi menyertai Hari Kualiti UIAM 2017.Seperti biasa KESATU terlibat dengan penyedian Booth bertujuan memberi kesedaran kepada Gred 27 hingga Gred 40 betapa penting berkesatuan,Mendekati ahli dengan menyediakan buku cadangan dan idea yang perlu diketengahkan oleh Jawatan Kuasa KESATU kepada pengurusan UIAM mendapat sambutan sepanjang dua hari acara berlangsung.Sedikit Goodies (Jajan) diberi kepada pelawat yang hadir serta bunga telur dan pulut kuning menjadi tradisi KESATU menyambut tetamu-tetamu VIP.










Friday, April 21, 2017

Majlis Jawatan Kuasa KESATU bersama Puan Shahrizad Idul Haj (Deputy Director Kulliyah Engineering)





20hb. April 2017-
Perjumpaan diantara Majlis Jawatan Kuasa KESATU ( dari Kulliyah Engineering ) bersama Puan Shahrizad Idul Haj (Deputy Director Kulliyah Engineering) membincangkan bagaimana kerjasama boleh dijalinkan antara KESATU bersama Kelab Kebajikan Kulliyah Engineering serta membincangkan bagaimana melancarkan perjalanan KESATU dalam berkesatuan di UIAM.

Premier Lecture By DG Immigration, Dato' Seri Mustafar Ali


20hb.April 2017-
Senate Hall ,UIAM Gombak -,MJK KESATU menghadiri program " Premier Lecture By DG Immigration, Dato' Seri Mustafar Ali"




MJK MENGERATKAN UKHWAH

17hb. April 2017-Shellout + Meeting Sambutan Qualiy Day 2017 + Sambut birthday sama-sama (bulan 4,5 dan 6) mengeratkan ukhwah antara MJK KESATU- Terimakasih pada insan yang sponsor semoga berterusan dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya, Amin!!!









Tahniah Azizulhasni Awang -Tiada yang Mustahil?



14hb.April 2017 -
KESATU mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelumba acara kirin negara, Azizulhasni Awang atas kejayaan menjadi juara dunia Kejohanan Berbasikal Dunia 2017 di Hong Kong, malam semalam,
KESATU :- Faktor penghalang bukanlah sebab untuk kita tidak berjaya-Insyallah dengan kesabaran,usaha gigih dan dengan pertolongan dan restu Allah insyallah dalam perjuangan pasti berjaya seperti juga dalam berkesatuan.