Thursday, March 31, 2011

CUEPACS kemuka lima tuntutan baru

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
  Tuntutan lain akan dikemukakan dalam pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, di Putrajaya, Isnin ini ialah kenaikan pangkat berdasarkan 'time base' (tempoh perkhidmatan) kurang 15 tahun dan penjawat awam tidak dipindah atau ditukar ke negeri lain jika menerima kenaikan pangkat dalam gred yang sama.
JPA juga diminta menerima sijil cuti sakit dikeluarkan doktor kepada penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya melalui pembedahan, cuti tanpa rekod ditambah daripada 14 hari kepada 30 hari serta cuti separuh gaji bagi menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah sehingga tiga bulan.
  CUEPACS juga akan membuat susulan terhadap keputusan kerajaan serta cadangan dikemukakan kongres itu kepada JPA sebelum ini, termasuk cadangan sistem penilaian kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun ini serta kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu gaji minum kakitangan awam RM920 sebulan.
 

Monday, March 28, 2011

Mesyuarat GAKUM ke-31

Mesyuarat GAKUM ke-31 diadakan pada:

Tarikh: 28 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat Bilik Mesyuarat Canselori, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

KESATU diwakili oleh Hj. Mohd Yazid (Presiden), Sdra. Khalid (Setiausaha), Sdra. Zakaria (Bendahari) dan 3 AJK.

Sekian Harap Maklum.

Sunday, March 27, 2011

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT TANGANI RASUAH PENJAWAT AWAM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, inisiatif perundangan utama di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi rasuah, digubal untuk menangani gejala itu terutama di kalangan penjawat awam.
Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan NKRA Rasuah Datuk Hisham Nordin berkata akta itu menggalakkan pendedahan sebarang kelakuan tidak wajar serta melindungi identiti individu yang membuat pendedahan, atau pemberi maklumat.
"Akta ini juga memperuntukkan imuniti kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah. Undang-undang ini merangkumi bukan sahaja kepada sektor awam, malahan boleh diaplikasikan oleh sektor swasta," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata ia berbeza dengan Akta Perlindungan Saksi kerana identiti pemberi maklumat dilindungi dan individu itu tidak perlu hadir ke pejabat agensi penguat kuasa untuk melaporkan kelakuan tidak wajar yang diketahuinya.
Katanya, pemberi maklumat boleh menghubungi pegawai agensi penguat kuasa serta boleh berjumpa di mana-mana tempat yang dirasakan selamat dan selesa.
"Laporan juga boleh dibuat melalui surat atau e-mel, dengan syarat pemberi maklumat memberikan nombor telefon serta alamat untuk dihubungi bagi pengesahan identiti pemberi maklumat, serta mengelakkan laporan atau maklumat palsu," katanya.
Hisham berkata kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada telah melaksanakan perlindungan terhadap pemberi maklumat dan ia dikenali sebagai "Whistleblower Act".

-- BERNAMA
    25/3/2011

Thursday, March 24, 2011

GAJI KAKITANGAN IPTA TIDAK SESUAI - CUEPACS

Bernama
20/3/2011


SHAH ALAM, 19 Mac (Bernama) -- Hampir 40 peratus daripada 55,000 kakitangan kumpulan sokongan di 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara masih mendapat gaji asas yang tidak sesuai dengan kos sara hidup semasa, kata Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman.

Beliau berkata di bawah Skim Saraan Universiti (SSU), gaji permulaan kakitangan kumpulan sokongan I ialah RM850 sebulan dan RM647 sebulan bagi kumpulan sokongan II.

"Oleh itu Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (GAKUM) sedang menyiapkan memorandum untuk meminta satu gaji minimum baru ditetapkan untuk kumpulan sokongan ini.

"GAKUM akan mengadakan mesyuaratnya di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 17 dan 18 April ini bagi menyiapkan memorandum berkenaan sebelum diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," katanya.

Omar berkata setakat ini 85 peratus daripada memorandum itu telah disiapkan semasa perjumpaan jawatankuasa khas membuat penambahbaikan SSU yang membabitkan semua wakil Gakum seluruh negara, di sini.

Beliau berkata GAKUM memohon sekurang-kurangnya gaji asas minimum kumpulan sokongan 1 dan 11 IPTA ialah pada paras RM1,100 sebulan.

-- BERNAMA

Tuesday, March 22, 2011

Isu yang dibincangkan pada Perjumpaan khas bersama Presiden IIUM

Assalamualaikum Ahli KESATU,

  Mesyuarat berlangsung lebih kurang sejam tersebut telah diadakan pada 17hb Mac 2011 jam 1.30 ptg. di Dewan Senat, UIAM dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hasan, Presiden UIAM merangkap Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan pihak pengurusan diwakili oleh Pengarah Eksekutif, MSD manakala Pn. Rahmah, Pegawai Khas kepada KSN turut hadir.
  Tn. Hj. Yazid, Presiden KESATU memulakan perbincangan dengan menyatakan bahawa KESATU tetap membawa isu pemberian pencen kepada kakitangan UIAM yang mana akan melibatkan penukaran status UIAM, isu kenaikan yuran IIUM Educare dan isu pengiktirafan surat jaminan (GL) UIAM di hospital kerajaan.

Saturday, March 19, 2011

Nasib Pesara GLC

   Satu soal yang penting setelah hampir tiga puluh tahun penswastaan, ialah nasib pekerja-pekerja atau kakitangan yang diswastakan. Kini dikatakan kakitangan kerajaan lebih beruntung dari kakitangan swasta terbabit dengan gaji permulaan yang lebih tinggi,elaun yang lebih menarik, kebajikan yang lebih terserlah dan sebagainya. Di peringkat perkeranian umpamanya, kakitangan kerajaan menerima gaji permulaan melebihi RM1000 sebulan berbanding kakitangan syarikat yang diswastakan melalui proses penswastaan. Umpamanya kakitangan Pos Malaysia di peringkat perkeranian hanya menerima RM800 sebagai gaji permulaan. Elaun sewa rumah bagi kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanyalah RM150.00 berbanding RM300 bagi kakitangan kerajaan. Begitu juga elaun kolar, atau elaun Bandar, kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanya menerima separuh dari apa yang diterima oleh kakitangan awam. Dengan demikian tidak hairanlah jika berlaku penghijrahan semula ke dalam perkhidmatan awam dari Pos Malaysia dan lain-lain syarikat GLC memandangkan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Wednesday, March 16, 2011

Perjumpaan Khas Bersama Presiden IIUM.

Satu perjumpaan khas bersama Presiden IIUM antara wakil-wakil kesatuan-kesatuan UIAM iaitu KESATU dan KURNIA  akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 17hb Mac 2011/ Khamis
Masa : 2.00 p.m hingga 3.00 p.m
Tempat : Dewan Senat, Tingkat 5 Bangunan Rektor
              UIAM
KESATU akan diwakili oleh Semua Exco dan Ahli Jawatan Kuasa Kerja .
Harap Maklum.

Friday, March 11, 2011

PERTEMUAN GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KAKITANGAN UNIVERSITI IPTA/MALAYSIA (GAKUM) BERSAMA YANG BERHORMAT DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN, MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYS

   Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya perjumpaan dan perbincangan secara aman dan harmoni telah dijalankan pada 9 Mac 2011 jam 10.00 pagi  bertempat di bilik mesyuarat Menteri KPT di Putrajaya . Wakil Kesatu iaitu Tn Hj Mohd Yazid B Hj Ahmad (Presiden) dan Sdr. Khalid Muhammad (Setiausaha) telah hadir dalam perjumpaan ini.Beberapa isu yang dibawa oleh YBhg Dato’ Hj Omar Osman, Presiden GAKUM/CUEPACS iaitu AUKU( mengekalkan MBJ), Skim Saraan Universiti (dikaji semula), Sukan Universiti (penglibatan secara langsung oleh kesatuan), kenaikan gaji kakitangan Universiti di bawah Research Universiti dan PA2(Penolong Setiausaha Pejabat)  yang mempunyai SPM dan telah lama berkhidmat dinaikkan ke gred N28 . Isu-isu ini telah diluluskan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri KPT secara segera.

Susulan perjumpaan dengan Rector dan Educare Management.

Assalammu ‘alaykum wrt wbh,


Berikut adalah hujah-hujah yang telah dikemukan oleh KESATU, Parent Committee, KURNIA dan ASA semasa mesyuarat dengan Rektor pada 9hb Jan 2011, Jam : 2.00 Petang,( Khamis ) :
1. UIAM mesti mengekalkan kadar yuran yang sedia ada
2. Mengembalikan pengurusan Educare kepada UIAM
3. Meminta Educare UIAM membuat perbandingan harga yuran dengan IPTA yang lain
4. UIAM perlu mengambilkira keputusan “survey online” dimana 76.8% tidak bersetuju dengan kenaikan
    yuran
5. UIAM perlu mengambil kira keutamaan, penghargaan dan toleransi kepada staf
6. Staf yang berpendapatan sederhana akan terjejas dengan kenaikan ini
7. Mempersoalkan status dari segi undang-undang samada UIAM boleh memotong gaji staf dan membuat bayaran kepada Educare sebagai sebuah syarikat TANPA terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis/perjanjian dari staf yang terbabit

Tuesday, March 8, 2011

PERTEMUAN DELEGASI GAKUM DENGAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Satu pertemuan delegasi Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia (GAKUM) dengan Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi akan diadakan pada :

Tarikh : 9hb Mac 2011 ( Rabu )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya

Wakil KESATU ke pertemuan tersebut ialah Hj. Mohd Yazid Ahmad (Presiden) dan Sdra. Khalid Muhammad (Setiausaha).

Sekian Harap Maklum.

MESYUARAT GAKUM MEMBINCANGKAN PERJUMPAAN DENGAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

KESATU sebagai ahli Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia ( GAKUM ) di jemput menghadiri Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kesatuan Universiti Malaysia (GAKUM) pada :


Tarikh : 8hb Mac 2011 ( Selasa )
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Universiti Kebangsaan Malaysia

Wakil KESATU ke Mesyuarat tersebut ialah Hj. Mohd Yazid Ahmad (Presiden) dan Sdra. Khalid Muhammad (Setiausaha)

Sekian Harap Maklum.

Tuesday, March 1, 2011

KERTAS KERJA PEWUJUDAN SKIM PENCEN PERKHIDMATAN AWAM MELIBATKAN PENUKARAN STATUS UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) DARIPADA SYARIKAT KEPADA BADAN BERKANUN

Assalamualaikum wbt
Untuk makluman semua ahli KESATU

KERTAS KERJA PEWUJUDAN SKIM PENCEN PERKHIDMATAN AWAM MELIBATKAN PENUKARAN STATUS UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) DARIPADA SYARIKAT KEPADA BADAN BERKANUN

   Objektif kertas kerja ini adalah untuk memperjuangkan Skim Persaraan Perkhidmatan Awam dan implikasinya memerlukan menukarkan status UIAM daripada syarikat kepada Badan Berkanun. Kakitangan UIAM berasa tidak adil kerana tidak mendapat bayaran ganjaran pencen secara bulanan dan tidak mendapat kad pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi faedah perubatan percuma di hospital-hospital kerajaan.