Wednesday, December 28, 2011

JPA, CUEPACS Lakukan Beberapa Pindaan Segera Tambah Baik SBPA

PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.
Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.
"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.

Pertemuan dengan JPA jelas kekeliruan timbul

KUALA TERENGGANU: CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin.
Sehubungan itu, JPA akan memberi taklimat khas secara menyeluruh kepada CUEPACS, Selasa ini yang dijangka disampaikan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah di Putrajaya kepada Majlis Kongres CUEPACS dan ketiga-tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA yang akan membabitkan penyertaan 140 wakil jabatan.

Friday, December 23, 2011

PEMBAYARAN YURAN AHLI KESATU MELALUI BANK

SEMUA AHLI KESATU,
  KESATU ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli yang telah menjelaskan bayaran tertunggak yuran keahlian mereka.
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University ingin memaklumkan bahawa pembayaran yuran bulanan ahli iaitu RM5 boleh dibuat melalui :-

Akaun Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University
(AmIslamic Bank : 255-202-200008-8)

Bagi ahli-ahli yang mempunyai khidmat On-Line banking seperti Maybank2u, Public Bank dan lain-lain boleh juga melakukan transaksi pemindahan wang kepada Akaun KESATU di AmIslamic Bank.
Selepas membuat pembayaran melalui bank, ahli perlu memaklumkan kepada Bendahari KESATU di alamat emel zakariamz@iium.edu.my dan mengeposkan salinan slip pembayaran  dan bagi transaksi on-line sila copy transaksi ( Print Sceen ) dan copy ke dlm microsoft word dan hantar kepada :-

En. Zakaria Mohd Zain
Bendahari KESATU
d/a Department of Manufacturing and Materials Engineering
Kulliyyah of Engineering
IIUM Gombak Campus
Tel.: 03-61964515
Emel : zakariamz@iium.edu.my

KESATU ingin memaklumkan bahawa sokongan ahli-ahli amat penting demi kelangsungan kesatuan dan perjuangan harus diteruskan walaupun menempuh berbagai rintangan dan halangan.

Sekian, Terima kasih.

Thursday, December 22, 2011

Perdana Menteri Setuju Tangguh SBPA -Omar Osman

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Posted by CUEPACS at 1:45 PTG

Diharap ahli KESATU Tidak Menandatangani sebarang dokumen berkaitan dengan SPBA .Sehingga mendapat maklumat lanjut dan arahan dari CUEPACS.Harap Maklum.

Thursday, December 15, 2011

SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

Tuesday, December 13, 2011

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan Kedua.

Assalamualaikum w.r.t

Persidangan ini anjuran bersama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT ) Kementerian Pengajian Tinggi dan Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia ( GAKUM ) akan berlansung pada 20-22 Dec 2011,di Hotel Abadi,Melaka.Perasmian oleh KM Melaka.Isu-isu semasa tentang penjawat awam akan dibincangkan oleh wakil KPT,JPA dll.kepada ahli KESATU yang berminat menyertainya,sila berhubung dengan setiausaha KESATU dengan kadar segera,Encik Khalid ext :4445 /0133911554,first come first serve.

wassalam

Sunday, December 11, 2011

"Adu CUEPACS jika tak puas hati"

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
2011/12/10

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta 15,400 penjawat awam yang mencatat prestasi rendah tetapi mendakwa berlaku penganiayaan akibat proses penilaian tidak adil atau gagal mematuhi sistem ditetapkan, segera memfailkan aduan kepada kesatuan itu.

Ini berikutan CUEPACS diberi mandat mengemukakan aduan itu secara langsung kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, hasil perbincangan malam kelmarin di antara Presiden kesatuan itu, Datuk Omar Osman dan Abu Bakar. Omar berkata, JPA akan diberi maklumat setiap aduan terperinci dan CUEPACS pula memantau rapi perkembangan semua kes bagi memastikannya benar-benar disiasat serta diambil tindakan sewajarnya. Tegasnya, CUEPACS memandang serius perkara itu kerana menerima banyak aduan penjawat awam yang tidak berpuas hati dan mendakwa wujud elemen pilih kasih dan ketidaktelusan. Ini termasuk dakwaan tidak dipanggil bersemuka oleh penilai serta tidak dimaklumkan markah mereka yang mencetuskan tanda tanya. Keluhan itu diterima pada sesi dialog dan perjumpaan dengan ahli peringkat umbi di serata pelusuk negara.

Ada penjawat awam mendapat markah 69 peratus mendakwa digertak boleh mendapat akibat seperti disekat peluang kenaikan pangkat atau gaji jika mempertikaikan hasil penilaian diperoleh.

Walaupun belum kritikal, isu ini tidak boleh terlepas pandang. Ia mesti ditangani segera bagi mengelakkannya kian serius sehingga jadi masalah besar yang menggugat integriti dan mengakibatkan kakitangan awam hilang kepercayaan terhadap penilai, atau lebih buruk lagi mencetuskan pertelingkahan antara kedua-dua pihak, katanya'adu

Friday, November 25, 2011

Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Taklimat Khas .


Assalamualaikum wrt wbt,

Semua Ahli KESATU Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga Kepada ahli  ASA, PMA, KURNIA serta Warga UIAM keseluruhannya.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University ,Malaysia (KESATU) akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa. Taklimat Khas berkenaan isu semasa akan disampaikan oleh Y.Bhg Dato’Omar Osman , Presiden CUEPACS .

Butirannya adalah seperti berikut:
Hari/ Tarikh : Selasa / 29hb November 2011
Tempat : Experimental Hall ,IIUM
Waktu : 12:00 Tengahari - 2:00 petang

Kehadiran semua amat diharapkan demi kelangsungan kesejahteraan kesatuan sekerja di universiti ini.

Wassalam.



Friday, November 18, 2011

Mesyuarat Agung Luar Biasa KESATU


Sukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University ,Malaysia (KESATU) akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa pada :

Hari/ Tarikh : Selasa / 29hb November 2011
Tempat : Experimental Hall ,IIUM
Waktu : 1:00 petang - 2:00 petang

Kehadiran ahli-ahli KESATU dan bakal ahli amatlah diharapkan demi kelangsungan kesejahteraan kesatuan sekerja di universiti ini.

Wassalam.

Thursday, November 17, 2011

Ucapan Tahniah kepada Timbalan Presiden Kesatu

Ucapan Setinggi tahniah daripada Exco KESATU kepada Br.Fakhrurrazi Danial ( Tinbalan Presiden KESATU) atas kenaikan Gred (Time Based) dari N27 ke N32.Semoga beliau terus bersemangat dalam memperjuangkan kebajikan ahli-ahli KESATU dan sentiasa berkhidmat dengan penuh amanah,jujur dan berwawasan.Kepada Ahli KESATU yang masih tidak ada kenaikan gred gaji(time based) jika telah berkhidmat 15 tahun atau lebih bolehlah menyusulkan pekara ini kepada KESATU,Bagi Pihak kami  KESATU menyemak permasalahannya ,ini bergantung kepada perkeliling SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).Harap Maklum.

Tuesday, November 15, 2011

GAKUM Sokong Kerajaan Kaji Semula AUKU

ALOR GAJAH, 15 Nov (Bernama) -- Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia (GAKUM) pada Selasa menyokong usaha kerajaan untuk mengkaji dan menimbang semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata presidennya Datuk Omar Osman.

Omar, yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), berkata kajian semula AUKU ini turut meliputi pertimbangan semula peranan pekerja di setiap universiti.
"Saya juga berharap agar Majlis Bersama Jabatan (MBJ) diteruskan kerana pada masa kini Jawatankuasa Kebajikan Pekerja Universiti (JKP) dilihat tidak meliputi skop yang dikehendaki," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.
Omar berharap proses kajian semula AUKU ini perlu dipercepatkan supaya peranan serta hak pekerja dan majikan dapat diselesaikan dalam satu tempoh yang cepat.
"Kalau kita hanya berharap pada JKP yang hanya bermesyuarat setahun dua kali, setiap isu-isu pekerja tidak akan dapat diselesaikan dengan segera, berbanding jika kita menggunakan MBJ yang mewajibkan empat kali setahun untuk bermesyuarat," katanya.
Jelas beliau, GAKUM yang di bawah Cuepacs turut memfokuskan kepada hak-hak pekerja antaranya skim pendapatan, kenaikan pangkat dan tatatertib pekerja.
-- BERNAMA

KESATU sebagai kebuah kesatuan yang bergabung di bawah GAKUM berpandangan selari dengan GAKUM itu sendiri.Harap Maklum.

Saturday, October 29, 2011

Piket MTUC seluruh negara bantah pindaan Akta Pekerja

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.
"MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat 'good crowd' hari itu," katanya dalam sidang media di Wisma MTUC di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri presiden MTUC, Mohd Khalid Atan.
Pada 6 Oktober lepas, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam. Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.
Pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.
Abdul Halim berkata piket itu akan berlangsung antara jam 5 petang dan 6.30 petang dan sebanyak 100,000 risalah akan diedarkan serta 41 kain rentang akan dibawa sepanjang piket itu berlangsung di seluruh negara.
Katanya MTUC akan menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negara bagi memaklumkan tujuan dan lokasi piket itu diadakan sambil menegaskan piket itu akan berlangsung secara aman.
  "Kita sudah serah surat kepada Perdana Menteri minggu lepas supaya akta itu dapat ditarik balik dan dibincangkan semula dengan pekerja," katanya.
Beliau berkata isu terbesar mengenai pindaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja di mana ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan itu.
Katanya sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor itu bukan majikan tersebut menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Thursday, October 27, 2011

Ucapan Tahniah kepada Rektor UIAM - Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin

Tahniah di ucapkan kepada- Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran "Datuk Seri",

Ikhlas dari  Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University Malaysia (KESATU).
Harap Maklum.

Friday, October 21, 2011

Isu terkini di UIAM

Isu terkini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkaitan Prof.Abdul Aziz Bari yang diberi surat tunjuk sebab serta  pihak UIAM juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang di Universiti ini.
Manakala Rektor UIAM ,Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin dalam sidang akhbarnya telah menjelaskan tindakan menggantung tugas Prof.Dr Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan ke atasnya.  
 Beliau turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Prof.Dr Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan.Katanya UIAM tetap membayar gaji Prof.Abdul Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.
"Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar," katanya.
  Menurut Prof.Dr Zaleha,Dr Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lepas, dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor.
Beliau berkata jika Abdul Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.
Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin berkata kenyataan Abdul Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.
  Bagi kami ahli-ahli Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu UIAM (KESATU) berhubung isu ini tidak sedikit pun melunturkan semangat ahli-ahli KESATU dalam menjalankan tugas-tugas harian di UIAM.Kami Ahli-ahli KESATU komited menjalankan tugas-tugas harian dengan skop tugas yang berlainan bagi menjayakan Visi dan Misi UIAM.


Harap Maklum..

Saturday, October 8, 2011

Antara Intipati Belanjawan 2011 .

Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kakitangan awam

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini

Monday, October 3, 2011

Bersara 60 Tahun Langkah Atasi Kenaikan Kos Hidup

Secara kesuluruhannya,tujuan had umur persaraan dilanjutkan adalah bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup,termasuk perubatan,perumahan dan barang keperluan harian.Kita melihat isu usia mempunyai implikasi begitu besar kepada produktiviti guna tenaga kerja di negara ini.Sekarang ini ,sektor swasta belum ada penetapan unur persaraan.Seperti yang kita ketahui,umur bekerja hari ini ialah antara 16 hingga 64 tahun.Soal tidak produktiviti   apa bila lanjut umur adalah tidak betul kerana ada orang muda pun ada yang tidak produktif.Faktor tahap kesihatan yang meningkat ketara adalah salah satu faktor permohonan lanjutkan usia persaraan.Jangka hayat pada tahun 1950-an,purata boleh hidup dalam lingkungan 48.5 tahun,iaitu lelaki sehingga 47 tahun dan wanita pada purata 50 tahun,jadi sesuai dengan had persaraan 55 tahun.Tetapi pada tahun 2010,purata jangka hayat meningkat dengan lelaki sehingga 72.9 tahun dan wanita 77.6 tahun.Ini menunjukkan rakyat negara ini mampu bekerja lebih lama.Jika dibandaingkan dengan negara lain,kita agak ketinggalan.Jepun dan Korea Selatan sudah melanjutkan usia persaraan hingga 60 tahun.Brunei,Indonesia,Thailand,Filipina,Vietnam dan Kemboja juga lakukan pekara sama bagi sektor swasta mereka.Singapura pula melanjutkan hingga 62 tahun dan Australia 65 tahun.Usia bersara 55 tahun di Malaysia ketika ini hanya meletakkan sama dengan Bangladesh,Sri Lanka,Nepal dan Papua New Guinea.

Tuesday, September 27, 2011

152,000 bersara " miskin "

PETALING JAYA 26 Sept. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan seramai 152,000 pencarum yang akan bersara wajib tahun ini memiliki simpanan persaraan kurang daripada RM50,000.

Jumlah simpanan itu adalah di bawah paras caruman minimum yang disasarkan kerajaan iaitu sebanyak RM120,000.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya turut mendapati golongan pencarum tidak aktif berusia 54 tahun yang mempunyai baki simpanan purata serendah RM23,000, tahun lalu, tiga kali ganda lebih ramai berbanding jumlah pencarum aktif lain.
Katanya, jumlah simpanan yang rendah itu dikhuatiri menyebabkan individu terbabit akan hidup di bawah paras kemiskinan apabila bersara.
Beliau berkata, golongan yang mempunyai simpanan kurang RM50,000 itu meliputi 73 peratus pencarum KWSP dalam kategori pencarum tidak aktif.
Katanya, hanya 17 peratus daripada pencarum kumpulan ini mempunyai simpanan di dalam KWSP melebihi RM100,000 sewaktu bersara nanti.
''Selain itu, ramai juga pencarum yang membelanjakan wang persaraan terlalu cepat sehingga menyebabkan mereka tergolong di bawah paras kemiskinan dalam tempoh yang singkat,'' ujarnya.
Tambah Azlan, dalam kajian KWSP pada 2003, pihaknya mendapati sebanyak 14 peratus daripada pencarum menghabiskan simpanan dalam tempoh tiga tahun selepas persaraan.
Katanya, sebanyak 50 peratus pencarum lagi didapati menghabiskan simpanan dalam tempoh lima tahun dan 70 peratus dalam tempoh 10 tahun.
''Kadar purata jangka hayat penduduk Malaysia dijangka terus meningkat sehingga 75 tahun berbanding 60 tahun.
''Sehubungan itu, setiap individu perlu mempunyai caruman dalam tempoh 20 tahun sewaktu dalam tempoh perkhidmatan,'' ujarnya.

 Sumber Utusan Malaysia.

Thursday, September 22, 2011

Elak 'Muflis' cepat

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mengkaji semula kepentingan  kebajikan lebih 100,000 pejawat awam yang berada dibawah tujuh agensi badan berkanun di negara ini.
 Presiden Datuk Haji Omar Bin Osman berkata,empat cadangan sudah dikemukakan kepada kerajaan yang diharapkan dapat membantu penjawat awam dalam soal kebajikan mereka.Katanya,Cuepacs mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan dana pencen berkala untuk memastikan mereka mempunyai wang selepas bersara.
 Kini, mereka menggunakan hasil daripada simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) yang tidak seberapa untuk menyara kehidupan selepas pencen dan ia tidak mampu bertahan lama,akhirnya terpaksa membuat kerja sampingan lain.Adanya pencen seperti pejawat awam lain,kehidupan hari tua mereka lebih terjamin.
 "Kini Cuepacs sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan mengenai cadangan itu dan sekiranya diluluskan semua atau sebahagian daripada cadangan,ia akan dijangka dikuat kuasa awal tahun depan" katanya. Tujuh agensi terbabit yang mengemukakan permohonan ialah,Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT),Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Lembaga Tabung Haji (LTH),Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat ).
Suntingan dari merto - khamis 22 sept. 2011 m/s 39A.

Tuesday, September 20, 2011

Desak lulus tuntutan Kesatuan Sekerja Badan Berkanun

 Kuala Lumpur 19 sept ; - Seketeriat Pekerja Muda,Pegerakkan Pemuda UMNO berharap kerajaan akan meluluskan tuntutan Kesatuan Sekerja Badan-badan Berkanun bagi  memberi jaminan saraan hidup yang lebih baik kepada ahlinya selepas mereka bersara.
  Pengerusinya,Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata,pihak sekreteriat telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanjangkan memorandum tuntutan kesatuan tersebut dan mendapat reaksi positif.Jesteru,beliau berharap,kerajaan akan menyegerakana proses meluluskan tuntutan-tuntutan kesatuan berkenaan kerana ia dipercayai akan meringankan beban hidup kira-kira 40,000 ahlinya.Kesatuan Pekerja Badan-badan Berkanun terdiri daripada Kesatuan Kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),Kesatuan Kakitangan  Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Haji,Kesatuan Kakitangan  Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT),Kesatuan Pegawai-Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Sokongan LHDN dan Kesatuan Kakitangan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat ).
 Antara tuntutan-tuntutan dibuat oleh kesatuan berkenaan yang juga dikenali Majlis Bertindak Tujuh Agensi Yang Diasingkan adalah Skim Dana Pencen,imbuhan tetap perumahan,saguhati tamat perkhidmatan dan caruman KWSP majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 17 sebelum ini.
  KESATU terkilan dalam hal ini kerana sepatutnya kita berjuang bersama-sama dengan Majlis Bertindak Tujuh Agensi Yang Diasingkan ini jika satu lagi kesatuan dalam UIAM bersetuju bersama-sama berjuang Skim Dana Pencen ini.Harap Maklum.

Sumber Utusan Malaysia -20 sept 2011 ms 22

Monday, September 12, 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432H - GAKUM

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432H Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Tarikh : 14 September 2011 (Rabu)
16 Syawal 1432H
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kafetaria, Kolej Kediaman 1 ,Universiti Sains Islam Malaysia
               Nilai, Negeri Sembilan
Pakaian : Baju Kebangsaan (Lelaki)
               Baju Kurung/Kebaya (Wanita)

Sehubungan dengan itu, saya dengan penuh takzimnya menjemput tuan/puan dan ahli jawatankuasa kesatuan bagi menghadiri sambutan hari raya ini dengan bayaran sebanyak RM 100.00 (20 orang). Segala bayaran hendaklah dibuat kepada Bendahari KUSIMA. Segala urusan kebenaran dengan pihak Universiti hendaklah diuruskan oleh Kesatuan masing-masing.

Sesiapa ahli yang ingin turut serta tolong berikan nama dan wang sebanyak RM 5.00  utk bayaran jamuan dengan  Pengangkutan sendiri.Sila hubungi setiausaha KESATU secepat mungkin kepada yang berminat.

Wassalam.

Prospek: Pejawat Awam lebih peluang Kenaikan Pangkat

PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK, sistem baru yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi, iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Katanya PROSPEK yang hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan, adalah selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"PROSPEK adalah untuk semua penjawat awam tetapi yang mempunyai peluang untuk mendapat kenaikan pangkat adalah bagi mereka yang mempunyai kompetensi dan potensi.
"Ini kerana sesetengah orang itu, kompeten tetapi tidak ada potensi. Ini bermakna penjawat awam dituntut untuk berubah dan berupaya untuk membangunkan keupayaan kendiri (memajukan diri)," katanya kepada

Thursday, September 8, 2011

Pertukaran Nama Skim Perkhidmatan Awam bagi Jawatan Pembantu Teknik

Alhamdulillah,Setelah pihak KESATU memohon pada pihak pengurusan UIAM agar melaksanakan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) No.11 Tahun 2009 berkenaan pertukaran nama jawatan dari Pembantu Teknik kepada Penolong Jurutera telah diluluskan oleh Majlis Meeting pada No.86 bertarikh 28hb Jan 2010 mana kala surat makluman pertukaran nama Jawatan  hanya di terima pada 22hb Aug.2011.Walaupun hanya pertukaran nama Jawatan tanpa ada sebarang kenaikan gaji atau pun kenaikan elaun namun Pelaksanaan Perkeliling Perkhidmatan Awam yang dilaksanakan selepas satu tahun lapan bulan amatlah dikesali.Untuk melaksanakan keberkesanan dalam Perkhidmatan Awam dengan cemerlang sepatutnya segala Pekeliling Perkhidmatan Awam dilaksanakan dengan kadar yang segera di masa hadapan.Jika ia melibatkan kenaikan gaji dan elaun alangkah betapa rugi warga kerja UIAM berbanding dengan Kakitangan Kerjaaan yang telah lama melaksanakan Pekeliling tersebut.Ini berlaku kepada warga kerja UIAM dalam kes Pembantu Makmal (C17) kepada  Penolong Pegawai Sains (C27 ) yang melibatkan kenaikan gaji dan elaun di mana baru kini dilaksanakan oleh Pihak UIAM berbanding dengan IPTA-IPTA yang lain.Kepada ahli-ahli KESATU yang belum menerima surat dari Pihak Pengurusan UIAM berkenaan perkara di atas sila berhubung dengan AJK KESATU secepat mungkin.Namun ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan UIAM yang berjaya melaksanakan Pekeliling tersebut.

Thursday, August 25, 2011

Perjumpaan dengan Rektor IIUM

Assalamualaikum!!

Untuk pengetahuan semua ahli KESATU, Dimaklumkan bahawa Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin telah bersetuju untuk berjumpa dengan  exco KESATU pada:

Tarikh : 6 September 2011 (Selasa)
Masa : 3.30 Petang
Tempat : Pejabat Rektor

Harap Maklum.



Monday, August 22, 2011

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami ahli jawatankuasa kerja KESATU kepada semua ahli KESATU dan juga  kepada Warga kerja UIAM khasnya,Semoga kita dirahmati dan diampuni  segala dosa oleh Allah S.W.T, setelah beramal  sebulan di bulan Ramadhan.Berbelanjalah dengan berhemah dan berhati-hatilah ketika memandu ketika pulang berhari raya.Semoga kita selamat pulang dan selamat kembali berbakti di UIAM  yang kita sayangi.Kami memohom kemaafan jika ada salah dan silap dalam kami menjalankan Amanah yang diberi.Salam Aidilfitri.

Thursday, August 18, 2011

Kutipan Dana Somalia giat dijalankan oleh CENSERVE IIUM

Assalamualikum, Kepada ahli KESATU yang dihormati,
Dalam kita bersyukur dengan nikmat rezeki yang dilimpahkan baru-baru ini dengan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi tahun 2011- janglah kita lupa menderma sedikit untuk mendapat berkat dalam rezeki kita dengan menderma kepada saudara kita sesama islam yang menderita kerana kemarau yang berpanjanggan di Somalia.Sesuap nasi atau seringgit  wang kita hulurkan sangat bererti bagi mereka untuk hidup terutama kanak-kanak yang setiap 6 minit meninggal dunia kerana kemarau dan krisis makanan di Somalia.Untuk menderma terdapat tabung-tabung derma di Masjid IIUM atau menghubungi terus Censerve IIUM  di talian 03-81964085. atau sila klik link dibawah untuk maklumat lanjut.
http://www.iium.edu.my/censerve/news/somali-famine-donations-plea

Harap maklum.

Penerimaan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi

Allhamdulilah,Warga IIUM telah menerima pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi tahun 2011-Disini KESATU menyeru ahli KESATU agar mengambil langkah berbelanja secara berhemah dengan mementingkan barang keperluan sebagai persediaan menghadapi inflasi dan ekonomi yang tidak menentu.


Tuesday, August 16, 2011

Kelayakan Penerimaan Bonus

Assalammu ‘alaykum wrt wbh,
Kepada ahli KESATU agar menyemak syarat-syarat kelayakan menerima  bonus yang di war-warkan baru ini.Sila klik link dibawah untuk semakan syarat-syarat tersebut.Jika anda bermasaalah bolehlah menghubungi kesatuan masing-masing,KESATU bagi gred 27 hingga 40 manakala KURNIA bagi gred 26 dan kebawah, dan pastikan juga anda seorang ahli berdaftar.
Sekian Terimakasih.
http://www.iium.edu.my/kesatu/downloads/PEK.pdf

Friday, August 12, 2011

Ucapan Tahniah kepada Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin

Warga Ahli KESATU mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin yang telah dilantik sebagai Rector baru University Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM).Semoga UIAM menjadi lebih baik dan terbaik didalam melaksanakan Visi  dan  Misinya.
  Beliau bukanlah orang baru di UIAM kerana pernah berkhidmat sebagai Dekan di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL). Berkelulusan daripada Universiti London dalam Ijazah Kedoktoran Undang-undang, beliau pernah bertugas di Intitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama 2 tahun.

Anak kelahiran Raub, Pahang ini pernah memegang Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan Dekan Pusat Penyelidikan di UIAM. Kebanggaan Rektor baru ini juga tidak dapat dinafikan apabila mendapat Anugerah Tokoh Pendakwah peringkat negeri Selangor pada 2009.
 Kami Warga ahli KESATU mengucapkan selamat bertugas .Tahniah..

Tuesday, August 9, 2011

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Gaji

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.
"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.

Wednesday, August 3, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Ahli Majlis Jawatankuasa KESATU mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak,semoga sempena hari yang mulia ini marilah kita bersama-sama tingkatkan amal ibadat kita dan kami memohon agar semua warga UIAM  terutama ahli KESATU agar BERDOA semoga perjuangan kesatu untuk mendapatkan Pencen Kerajaan Malaysia di redhai Allah S.W.T hendaknya. Amin!.

Wednesday, July 20, 2011

CUEPACS Mohon Kerajaan Pertimbang Bonus Dua Bulan

KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.
"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.
"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya dapat bantuan khas RM500," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan kali ke-24 Anulae cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, Jumaat.
Beliau berkata pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.
Selain itu katanya, produktiviti penjawat awam juga semakin meningkat sehingga ada kementerian dan jabatan yang berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.
"Kita mahu tekankan produktiviti, nak naikkan semangat sayangkan kerja...mesti ada insentif," katanya.

-- BERNAMA

Posted by CUEPACS at

Wednesday, July 6, 2011

Kempen Penambahan Ahli KESATU.

Salam Perjuangan

Kepada semua ahli KESATU
Memandangkan  masih ramai lagi Warga IIUM belum menjadi ahli KESATU bagi kakitangan gred 27 hingga 40,Saya dengan rendah diri melancarkan " KEMPEN SATU AHLI MENDAFTARKAN SATU AHLI BARU " agar Perjuangan kita menjadi lebih mantap dan kukuh dengan sokongan ahli-ahli KESATU.

Juga dapat kiranya ahli semua membayar yuran kepada exco Majlis Jawatan Kuasa KESATU yang terdapat di Kampus Gombak,PJ dan Kuantan.Bagi yang bukan ahli tetapi  ingin memberi sokongan kepada perjuangan KESATU dengan  menyumbang/menderma  kepada KESATU  sila hubungi saya  ( Presiden : Mohd Yazid Bin Ahmad,  HP: 019-3374271) .Kepada ahli yang dapat mendaftarkan ahli baru teramai ,akan mendapat hadiah istimewa daripada "Presiden KESATU".Moga kita sama-sama bermunajat dan berdoa kehadrat Illahi agar KESATU terus tabah membawa isu staff UIAM.
Amin.

Mohd Yazid Ahmad (Presiden KESATU ).
http://kesatuiium.blogspot.com/

Monday, June 27, 2011

JEMPUTAN KE MESYUARAT IIUM EDUCARE BERSAMA PARENT COMMITTEE

Kesatuan /persatuan dijemput menghadiri ke mesyuarat berkenaan oleh Pengerusi Parent Committee IIUM Educare. KESATU telah menghantar dua orang pegawai untuk mewakili kesatuan bagi menghadiri mesyuarat tersebut yang telah dijalankan seperti  berikut :-
Tarikh : 23 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 12.00 Tengahari.
Tempat : Bilik Mesyuarat IIUM Educare
Mesyuarat membincangkan tentang isu semasa seperti Yuran Material, Pemotongan yuran Educare,Kaedah Pembelajaran dll.

Monday, June 20, 2011

MESYUARAT KHAS AUKU PEMBATALAN PEKELILING MBJ PERINGKAT IPTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesyuarat Khas AUKU Pembatalan Pekeliling MBJ Peringkat IPTA akan diadakan pada :-
Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pejabat KEPERTAMA UPM Serdang

Semua Presiden dan Setiausaha Kehormat dikehendaki datang mesyuarat atas arahan Presiden GAKUM. Surat panggilan mesyuarat telah difaxkan ke nombor masing-masing. Sesiapa yang masih belum menerima surat diharap dapat maklumkan....

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 16, 2011

CUEPACS, MTUC syor kadar gaji minimum praktikal

2011/06/16
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan menetapkan dasar kadar gaji minimum yang lebih praktikal, selaras dengan transformasi negara berpendapatan tinggi.
CUEPACS yang mewakili 1.2 juta penjawat awam memperjuangkan tuntutan gaji pokok minimum RM920 sejak empat tahun lalu, manakala MTUC yang menaungi 620,000 ahli diwakili 272 kesatuan menuntut kadar gaji pokok minimum RM900 sejak 11 tahun lalu. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata jika tuntutan kongres dipertimbangkan, ia menggembirakan lebih 350,000 penjawat awam yang menikmati gaji pokok bawah RM900 sebulan, selain lantikan baru penjawat awam Gred 1 hingga 16 yang menikmati gaji pokok RM647 sebulan. Kadar itu, katanya, menyebabkan ramai penjawat awam berada di bawah garis kemiskinan.

“Kita berharap dengan adanya kajian semula Sistem Saraan Malaysia dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam, semakan semula gaji pokok bagi lantikan baru mesti melepasi gaji minimum RM920.

“Tuntutan itu dianggap munasabah kerana ia dikemukakan sejak tiga, empat tahun lalu, sepatutnya kerajaan meluluskan kadar gaji minimum lebih tinggi berikutan peningkatan kos sara hidup hingga memaksa penjawat awam melakukan kerja sambilan,” katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjangka dasar kadar gaji minimum bagi pekerja berpendapatan rendah di negara ini dapat dilaksanakan akhir tahun ini selepas penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara (MKGN).

Rang Undang-Undang MKGN 2011 akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia di Parlimen pada persidangan kali ini.
Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, berkata penetapan gaji minimum perlu memastikan pekerja tidak terus dibelenggu kemiskinan atau jumlah yang disifatkan hanya mampu hidup.
“Saya difahamkan kerajaan mungkin menetapkan gaji minimum pada kadar RM700 iaitu di bawah garis kemiskinan yang tidak sesuai dengan transformasi negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Friday, June 10, 2011

SEMINAR TRANSFORMASI PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA

Adalah di maklumkan Ahli  JawatanKuasa KESATU  telah menghadiri Seminar Transformasi Penjawat Awam 1 Malaysia yang telah diadakan pada :-

Tarikh : 09 Jun 2011 (Khamis)
Anjuran Bersama :  Gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ) dengan
kerjasama Institut Perkembangan Minda (INMIND) dan Jabatan Hal Ehwal Khas
( JASA ) Negeri Selangor.
Tempat : Auditorium SIRIM, Shah Alam, Selangor.

Perasmian Oleh : YB Datuk Ahmad Bin Haji Maslan.
                           Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Harap Maklum.

Monday, May 30, 2011

Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja

Adalah di maklumkan KESATU telah menghadiri Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja pada  :

Tarikh : 24hb Mei 2011 ~ 25hb Mei 2011
Tempat : Intekma Resort & Convention Centre,Persiaran Raja Muda,
              Seksyen 7,40000 Shah Alam,

      KESATU diwakili oleh Br.Mohd Yazid Ahmad ( Presiden KESATU )  dan Br.Zakaria Mohd Zain ( Bendahari KESATU ) dalam Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan  tersebut.
Antara tujuan kursus ini diadakan untuk :

Wednesday, May 4, 2011

Hidup Melarat Selepas Bersara

Kuala Lumpur : Selepas bersara satu hingga 10 tahun,hampir 100 peratus pencarum yang mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usia 55 tahun tidak lagi mempunyai wang simpanan hingga ada antara mereka hidup merempat atau menjadi penghuni rumah orang tua.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Johari Abdul Muid, berkata akibat salah guna wang caruman itu,kira-kira 70 peratus pesara menghabiskan wang simpanan hari tua mereka antara tahun pertama hingga ke-10 selepas meninggalkan pekerjaan,manakala 30 peratus lagi hilang sumber kewangan selepas tiga tahun bersara kerana bergantung sepenuhnya kepada caruman.

BERITA MINGGU
1hb Mei 2011

Menghargai Pekerja

SEPERTI kebiasaan maka sambutan Hari Pekerja 2011 akan diraikan pada Ahad ini. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum.
  Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.
Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.
Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan 'Pekerja Merealisasi Transformasi Negara' akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.
  Sebenarnya, keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap nasib golongan pekerja tidak boleh disangkal. Ini terbukti apabila kerajaan telah bersetuju menetapkan gaji minimum seperti yang dituntut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sejak lebih 10 tahun lalu.
Dalam pada itu, golongan pekerja sudah tentu menantikan respons kerajaan terhadap beberapa tuntutan lain yang telah dibuat termasuk cadangan pekerja sektor swasta diberikan elaun sara hidup (COLA) RM300 sebulan berikutan kenaikan harga barangan.

Friday, April 29, 2011

CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS GAJI UNTUK IMBANGI KENAIKAN HARGA BARANG

KANGAR, 27 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.
  Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.
Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini Rabu.
  Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Sunday, April 24, 2011

Takziah kepada Tn.Hj Mohd. Yazid (Presiden KESATU )atas pemergian Bondanya.

Tan Sri / Dato / Tuan / Puan
   Innalillahhiwainnailaihirajiun, Bonda tersayang kepada Presiden KESATU , Tn.Hj. Mohd Yazid B Hj. Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada hari jumaat ,malam Sabtu, 22 April 2011 lebih kurang jam 8.15 pm.Allahyarhammah dikebumikan di perkuburan Islam Kg. Batu 8 , Labu, Seremban . Mari lah kita beramai-ramai mendoakan agar roh Allahyarhammah dicucuri rahmat oleh Allah. Alfatihah..

Sekian Wassalam..

Tuesday, April 19, 2011

Bengkel Pemurniaan Skim Saraan Universiti (SSU) dan Mesyuarat Khas GAKUM.

Bengkel Pemurniaan Skim Persaraan Universiti (SSU) dan Mesyuarat Khas Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM)  telah di adakan pada :

Tarikh   : 16hb April ~ 18hb April 2011 ( Sabtu ~ Isnin ).
Tempat :  Dewan Senat,Bangunan Censelori.
               UTM Skudai.
               Johor.

KESATU diwakili oleh Presiden KESATU ( Br.Haji Mohd.Yazid Bin Ahmad ) dan Setiausaha KESATU ( Br.Khalid bin Muhammad).

Harap Maklum.

Gaji baru atasi masalah kakitangan kerja sambilan

JOHOR BAHRU: Bimbang kakitangan awam melakukan kerja sambilan kerana berasakan gaji diterima tidak mencukupi, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan mempertimbangkan kumpulan yang berada dalam Gred 1 hingga 16 diserap ke Gred 17 bagi menikmati gaji lebih baik.
   Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini pekerja awam berkelulusan PMR ke bawah ditempatkan di dalam gred Gred 1 hingga 16 dan mereka dibayar gaji permulaan kira-kira RM647.
Katanya, disebabkan peningkatan kos hidup sejak kebelakangan ini ramai di kalangan kakitangan kerajaan terbabit dikhuatiri bekerja sambilan sekali gus boleh menjejaskan produktiviti.
“Kita tidak mahu terlalu ramai kakitangan kerajaan buat kerja sambilan kerana rakyat dan pelanggan akan mempertikaikannya.

Friday, April 15, 2011

Perjumpaan Khas Dgn Presiden IIUM No 2/2011

Assalamualaikum,
Perjumpaan Khas  KESATU  dengan Presiden IIUM akan di adakan pada :
Tarikh : 25 April 2011 ( Isnin )
Masa  : 2 Petang
Tempat : IIUM Gombak.
Harap Maklum.

Tuesday, April 12, 2011

Jangan politikkan urusan kakitangan awam.

Politik ialah seni segala kemungkinan yang telah menjadi ‘pepatah’ yang sangat popular kepada orang politik sehingga selalu disebut bahawa di wilayah ini, tiada sahabat dan tiada seteru abadi.

Dalam wilayah ini, persaingan politik boleh menghasilkan permuafakatan demi mengejar satu matlamat iaitu mendapatkan kekuasaan walaupun berbeza ideologi dan falsafah perjuangan.
   Permusuhan mendadak boleh bertukar menjadi persahabatan. Pertikaian lampau boleh dilupakan dan dengan mudah didamaikan. Inilah seni segala kemungkinan dan begitu jugalah sebaliknya boleh berlaku.
Formula politik sebagai seni kemungkinan menjadikan politikus selalu berfikir bila harus menyerang, mengalah bahkan mengiktiraf lawan mereka untuk kepentingan tertentu. Di wilayah politik ini, apa juga mungkin boleh berlaku tetapi jangan pula selalu berharap ada adab dan susila.
Mungkin sebab itu, kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu pun mahu dipolitikkan. Secara kebetulan pula pada hari itu bermulanya kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Thursday, April 7, 2011

KESATU tidak pernah bersetuju DIBUBARKAN !!!


KESATU tidak pernah bersetuju dibubarkan didalam mana-mana perjumpaan dengan Pihak Tertinggi Pengurusan UIAM.Untuk maklumat lanjut sila Klik link dibawah  lampiran surat daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, (Kementerian Sumber Manusia )-JHEKS :

Harap Maklum.

Wednesday, April 6, 2011

PENJAWAT AWAM PERLU TERAP 4 ELEMEN LAUTAN BIRU

PUTRAJAYA 4 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan setiap ahli pentadbiran awam menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam “Strategi Lautan Biru” dalam pengurusan tugas mereka.
 Perdana Menteri berkata empat elemen tersebut ialah “mengurang”, “menghapus”, “mewujud” dan “menambah peluang”.
   Beliau berkata dengan menerapkan elemen-elemen tersebut, maka pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam akan terus meningkat.
"Jadi dengan cara pendekatan seperti ini, saya percaya kita akan dapat melihat pendekatan kerajaan ini bukanlah melalui aspek agenda utama sahaja.
"Tetapi kita gunakan apa sahaja pendekatan kelengkapan pengurusan...pemikiran yang lebih kreatif supaya pencapaian dan keberhasilan kita dapat ditingkatkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.
   Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Najib berkata pemikiran “Strategi Lautan Biru” itu melibatkan pemikiran dengan mengaplikasikan cara-cara kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian.

Thursday, March 31, 2011

CUEPACS kemuka lima tuntutan baru

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
  Tuntutan lain akan dikemukakan dalam pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, di Putrajaya, Isnin ini ialah kenaikan pangkat berdasarkan 'time base' (tempoh perkhidmatan) kurang 15 tahun dan penjawat awam tidak dipindah atau ditukar ke negeri lain jika menerima kenaikan pangkat dalam gred yang sama.
JPA juga diminta menerima sijil cuti sakit dikeluarkan doktor kepada penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya melalui pembedahan, cuti tanpa rekod ditambah daripada 14 hari kepada 30 hari serta cuti separuh gaji bagi menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah sehingga tiga bulan.
  CUEPACS juga akan membuat susulan terhadap keputusan kerajaan serta cadangan dikemukakan kongres itu kepada JPA sebelum ini, termasuk cadangan sistem penilaian kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun ini serta kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu gaji minum kakitangan awam RM920 sebulan.
 

Monday, March 28, 2011

Mesyuarat GAKUM ke-31

Mesyuarat GAKUM ke-31 diadakan pada:

Tarikh: 28 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat Bilik Mesyuarat Canselori, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

KESATU diwakili oleh Hj. Mohd Yazid (Presiden), Sdra. Khalid (Setiausaha), Sdra. Zakaria (Bendahari) dan 3 AJK.

Sekian Harap Maklum.

Sunday, March 27, 2011

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT TANGANI RASUAH PENJAWAT AWAM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, inisiatif perundangan utama di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi rasuah, digubal untuk menangani gejala itu terutama di kalangan penjawat awam.
Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan NKRA Rasuah Datuk Hisham Nordin berkata akta itu menggalakkan pendedahan sebarang kelakuan tidak wajar serta melindungi identiti individu yang membuat pendedahan, atau pemberi maklumat.
"Akta ini juga memperuntukkan imuniti kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah. Undang-undang ini merangkumi bukan sahaja kepada sektor awam, malahan boleh diaplikasikan oleh sektor swasta," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata ia berbeza dengan Akta Perlindungan Saksi kerana identiti pemberi maklumat dilindungi dan individu itu tidak perlu hadir ke pejabat agensi penguat kuasa untuk melaporkan kelakuan tidak wajar yang diketahuinya.
Katanya, pemberi maklumat boleh menghubungi pegawai agensi penguat kuasa serta boleh berjumpa di mana-mana tempat yang dirasakan selamat dan selesa.
"Laporan juga boleh dibuat melalui surat atau e-mel, dengan syarat pemberi maklumat memberikan nombor telefon serta alamat untuk dihubungi bagi pengesahan identiti pemberi maklumat, serta mengelakkan laporan atau maklumat palsu," katanya.
Hisham berkata kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada telah melaksanakan perlindungan terhadap pemberi maklumat dan ia dikenali sebagai "Whistleblower Act".

-- BERNAMA
    25/3/2011

Thursday, March 24, 2011

GAJI KAKITANGAN IPTA TIDAK SESUAI - CUEPACS

Bernama
20/3/2011


SHAH ALAM, 19 Mac (Bernama) -- Hampir 40 peratus daripada 55,000 kakitangan kumpulan sokongan di 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara masih mendapat gaji asas yang tidak sesuai dengan kos sara hidup semasa, kata Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman.

Beliau berkata di bawah Skim Saraan Universiti (SSU), gaji permulaan kakitangan kumpulan sokongan I ialah RM850 sebulan dan RM647 sebulan bagi kumpulan sokongan II.

"Oleh itu Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (GAKUM) sedang menyiapkan memorandum untuk meminta satu gaji minimum baru ditetapkan untuk kumpulan sokongan ini.

"GAKUM akan mengadakan mesyuaratnya di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 17 dan 18 April ini bagi menyiapkan memorandum berkenaan sebelum diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," katanya.

Omar berkata setakat ini 85 peratus daripada memorandum itu telah disiapkan semasa perjumpaan jawatankuasa khas membuat penambahbaikan SSU yang membabitkan semua wakil Gakum seluruh negara, di sini.

Beliau berkata GAKUM memohon sekurang-kurangnya gaji asas minimum kumpulan sokongan 1 dan 11 IPTA ialah pada paras RM1,100 sebulan.

-- BERNAMA

Tuesday, March 22, 2011

Isu yang dibincangkan pada Perjumpaan khas bersama Presiden IIUM

Assalamualaikum Ahli KESATU,

  Mesyuarat berlangsung lebih kurang sejam tersebut telah diadakan pada 17hb Mac 2011 jam 1.30 ptg. di Dewan Senat, UIAM dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hasan, Presiden UIAM merangkap Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan pihak pengurusan diwakili oleh Pengarah Eksekutif, MSD manakala Pn. Rahmah, Pegawai Khas kepada KSN turut hadir.
  Tn. Hj. Yazid, Presiden KESATU memulakan perbincangan dengan menyatakan bahawa KESATU tetap membawa isu pemberian pencen kepada kakitangan UIAM yang mana akan melibatkan penukaran status UIAM, isu kenaikan yuran IIUM Educare dan isu pengiktirafan surat jaminan (GL) UIAM di hospital kerajaan.

Saturday, March 19, 2011

Nasib Pesara GLC

   Satu soal yang penting setelah hampir tiga puluh tahun penswastaan, ialah nasib pekerja-pekerja atau kakitangan yang diswastakan. Kini dikatakan kakitangan kerajaan lebih beruntung dari kakitangan swasta terbabit dengan gaji permulaan yang lebih tinggi,elaun yang lebih menarik, kebajikan yang lebih terserlah dan sebagainya. Di peringkat perkeranian umpamanya, kakitangan kerajaan menerima gaji permulaan melebihi RM1000 sebulan berbanding kakitangan syarikat yang diswastakan melalui proses penswastaan. Umpamanya kakitangan Pos Malaysia di peringkat perkeranian hanya menerima RM800 sebagai gaji permulaan. Elaun sewa rumah bagi kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanyalah RM150.00 berbanding RM300 bagi kakitangan kerajaan. Begitu juga elaun kolar, atau elaun Bandar, kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanya menerima separuh dari apa yang diterima oleh kakitangan awam. Dengan demikian tidak hairanlah jika berlaku penghijrahan semula ke dalam perkhidmatan awam dari Pos Malaysia dan lain-lain syarikat GLC memandangkan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Wednesday, March 16, 2011

Perjumpaan Khas Bersama Presiden IIUM.

Satu perjumpaan khas bersama Presiden IIUM antara wakil-wakil kesatuan-kesatuan UIAM iaitu KESATU dan KURNIA  akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 17hb Mac 2011/ Khamis
Masa : 2.00 p.m hingga 3.00 p.m
Tempat : Dewan Senat, Tingkat 5 Bangunan Rektor
              UIAM
KESATU akan diwakili oleh Semua Exco dan Ahli Jawatan Kuasa Kerja .
Harap Maklum.

Friday, March 11, 2011

PERTEMUAN GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KAKITANGAN UNIVERSITI IPTA/MALAYSIA (GAKUM) BERSAMA YANG BERHORMAT DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN, MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYS

   Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya perjumpaan dan perbincangan secara aman dan harmoni telah dijalankan pada 9 Mac 2011 jam 10.00 pagi  bertempat di bilik mesyuarat Menteri KPT di Putrajaya . Wakil Kesatu iaitu Tn Hj Mohd Yazid B Hj Ahmad (Presiden) dan Sdr. Khalid Muhammad (Setiausaha) telah hadir dalam perjumpaan ini.Beberapa isu yang dibawa oleh YBhg Dato’ Hj Omar Osman, Presiden GAKUM/CUEPACS iaitu AUKU( mengekalkan MBJ), Skim Saraan Universiti (dikaji semula), Sukan Universiti (penglibatan secara langsung oleh kesatuan), kenaikan gaji kakitangan Universiti di bawah Research Universiti dan PA2(Penolong Setiausaha Pejabat)  yang mempunyai SPM dan telah lama berkhidmat dinaikkan ke gred N28 . Isu-isu ini telah diluluskan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri KPT secara segera.

Susulan perjumpaan dengan Rector dan Educare Management.

Assalammu ‘alaykum wrt wbh,


Berikut adalah hujah-hujah yang telah dikemukan oleh KESATU, Parent Committee, KURNIA dan ASA semasa mesyuarat dengan Rektor pada 9hb Jan 2011, Jam : 2.00 Petang,( Khamis ) :
1. UIAM mesti mengekalkan kadar yuran yang sedia ada
2. Mengembalikan pengurusan Educare kepada UIAM
3. Meminta Educare UIAM membuat perbandingan harga yuran dengan IPTA yang lain
4. UIAM perlu mengambilkira keputusan “survey online” dimana 76.8% tidak bersetuju dengan kenaikan
    yuran
5. UIAM perlu mengambil kira keutamaan, penghargaan dan toleransi kepada staf
6. Staf yang berpendapatan sederhana akan terjejas dengan kenaikan ini
7. Mempersoalkan status dari segi undang-undang samada UIAM boleh memotong gaji staf dan membuat bayaran kepada Educare sebagai sebuah syarikat TANPA terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis/perjanjian dari staf yang terbabit

Tuesday, March 8, 2011

PERTEMUAN DELEGASI GAKUM DENGAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Satu pertemuan delegasi Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia (GAKUM) dengan Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi akan diadakan pada :

Tarikh : 9hb Mac 2011 ( Rabu )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya

Wakil KESATU ke pertemuan tersebut ialah Hj. Mohd Yazid Ahmad (Presiden) dan Sdra. Khalid Muhammad (Setiausaha).

Sekian Harap Maklum.

MESYUARAT GAKUM MEMBINCANGKAN PERJUMPAAN DENGAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

KESATU sebagai ahli Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia ( GAKUM ) di jemput menghadiri Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kesatuan Universiti Malaysia (GAKUM) pada :


Tarikh : 8hb Mac 2011 ( Selasa )
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Universiti Kebangsaan Malaysia

Wakil KESATU ke Mesyuarat tersebut ialah Hj. Mohd Yazid Ahmad (Presiden) dan Sdra. Khalid Muhammad (Setiausaha)

Sekian Harap Maklum.

Tuesday, March 1, 2011

KERTAS KERJA PEWUJUDAN SKIM PENCEN PERKHIDMATAN AWAM MELIBATKAN PENUKARAN STATUS UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) DARIPADA SYARIKAT KEPADA BADAN BERKANUN

Assalamualaikum wbt
Untuk makluman semua ahli KESATU

KERTAS KERJA PEWUJUDAN SKIM PENCEN PERKHIDMATAN AWAM MELIBATKAN PENUKARAN STATUS UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) DARIPADA SYARIKAT KEPADA BADAN BERKANUN

   Objektif kertas kerja ini adalah untuk memperjuangkan Skim Persaraan Perkhidmatan Awam dan implikasinya memerlukan menukarkan status UIAM daripada syarikat kepada Badan Berkanun. Kakitangan UIAM berasa tidak adil kerana tidak mendapat bayaran ganjaran pencen secara bulanan dan tidak mendapat kad pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi faedah perubatan percuma di hospital-hospital kerajaan.

Monday, February 28, 2011

BENGKEL PEMANTAPAN SKIM PERKHIDMATAN UNTUK IPTA

Bengkel ini membincangkan skim saraan universiti untuk IPTA telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-


Tarikh : 25hb-27hb Februari 2011

Tempat : Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

KESATU telah diwakili oleh Hj. Mohd Yazid Ahmad (Presiden) dan Mohd Hamri Rahmat (AJK) menghadiri Bengkel tersebut.

‘Tiada wakil GAKUM gubal SSU’

2011/02/28/Berita Harian


Kesatuan kecewa, kesal 55,000 ahli seperti dianaktirikan: Omar Osman

BATU PAHAT: Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia (GAKUM) kecewa apabila tiada wakil gabungan itu dibabitkan dalam penggubalan Sistem Saraan Universiti (SSU) walaupun ia membabitkan masa depan kira-kira 55,000 ahlinya di 20 IPTA.
Presiden GAKUM, Datuk Omar Osman, berkata Sistem Saraan Universiti sedang giat digubal dengan beberapa mesyuarat sudah diadakan membabitkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Pendaftar IPTA dan kakitangan akademik.
Omar yang juga Presiden CUEPACS berkata, gabungan itu terpaksa menubuhkan jawatankuasa bertindak khas bagi mendapatkan input dan cadangan ahli gabungan terhadap sistem berkenaan sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan nasib ahli GAKUM terbela.

 “Kita amat kecewa dan kesal kerana dianaktirikan dan mendapat layanan berat sebelah daripada KPT kerana menggubal SSU tanpa kehadiran wakil GAKUM, sedangkan pihak lain termasuk kakitangan akademik turut mempunyai wakil mereka.

Monday, February 21, 2011

Ucapan Tahniah kepada Prof. Dr. Ismawi Hj Zen -Penerima Anugerah Maulidur Rasul

KESATU mengucapkan tahniah kepada Prof.Dr.Ismawi Hj Zen atas penerimaan Anugerah Maulidur Rasul 2011 pada 15hb Feb. 2011 yang lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya.Anugerah di sempurnakan oleh Yang di -Pertuan Agong. KESATU  mendoakan beliau agar terus berjaya menjadi inspirasi serta galakan kepada anak muda khususnya pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang diceburi dan memberi sumbangan yang bermakna kepada umat islam dan seterusnya kepada UIAM itu sendiri .

Petikan Berita Harian- 2011/02/16

Friday, February 18, 2011

Makluman terkini - Bengkel Pemantapan Skim Perkhidmatan untuk IPTA.

Adalah dimaklumkan bahawa suatu  Bengkel Pemantapan Skim Perkhidmatan untuk IPTA akan diadakan pada :

  Tarikh    :  25 - 27 Februari 2011 ( Jumaat ~ Ahad )
  Tempat  :  UTHM, Batu Pahat, Johor.

Persetujuan tarikh setelah  berbincang dengan YBhg Datuk Hj Omar dan KEKAS UTHM.
Makluman oleh Setiausaha GAKUM  :  Ku Azmi B Ku Ibrahim .

Insyaallah  KESATU akan menghantar wakil ke Bengkel tersebut agar mendapat perkembangan terkini dan memberi input yang berguna di bengkel tersebut.


Harap Maklum.
Sekian Terimakasih.

Monday, February 14, 2011

Keputusan Mesyuarat Berkenaan Cadangan Pewujudan Skim Pencen UIAM.

Pada 10 Februari 2011, KESATU telah menghadiri MESYUARAT BERKENAAN CADANGAN PEWUJUDAN SKIM PENCEN UIAM di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ab Rahim Bin Md Noor, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Di dalam mesyuarat tersebut, Kementerian memaklumkan bahawa tiga (3) Opsyen telah dicadangkan berdasarkan dari kajian oleh Jawatankuasa Teknikal Kementerian iaitu:

Thursday, February 10, 2011

MESYUARAT BERKENAAN CADANGAN PEWUJUDAN SKIM PENCEN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM).

    Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengadakan satu sesi mesyuarat bagi membincangkan alternatif terbaik dalam mewujudkan skim persaraan bagi pegawai-pegawai di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mesyuarat tersebut akan dilaksanakan seperti di butiran berikut:
Tarikh : 10 Februari 2011 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
              Kementerian Pengajian Tinggi
              Aras 2, Blok E3, Kompleks E, Presint 1
              Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
              62505 PUTRAJAYA

Pengerusi : YBhg. Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor
Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

   Allhamdulilah,KESATU dengan rasminya dijemput ke mesyuarat di atas oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT ) ,Walaupun Pihak Pengurus IIUM tidak memanggil KESATU sebagai wakill IIUM untuk gred 27 ke 40.

p/s : Doakan pemergian kami  ke Putrajaya demi kebajikan warga IIUM.Wassalam.

Tuesday, February 8, 2011

Ucapan Tahniah Kepada KSN merangkap Presiden IIUM.

Kuala Lumpur, 1 Feb ( Bernama ) - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada selasa mengetuai senarai 256 penerima darjah kebesaran,bintang dan pingat Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011.
  Istiadat Pengurniaan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) kepada beliau disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Melawati,Putrajaya.
Harap Maklum.

Wednesday, January 26, 2011

Solat Hajat

Salam kepada semua ahli kesatuan KESATU dan Warga Kakitangan UIAM ,

Di atas perbincangan MJK KESATU dengan Dato’ Hj Omar Osman selepas berakhirnya Amanat Tahun Baru GAKUM petang semalam beliau bersetuju untuk bersama-sama mendirikan Solat Hajat  bagi memohon kehadrat Illahi mempermudahkan hajat satu UIAM untuk menukarkan status syarikat ke badan berkanun seperti yang tertera di dalam Memorandum yang diserahkan secara resmi kepada Presiden GAKUM semalam.

MJK mengharapkan ahli beramai-ramai hadir



Tarikh   : 27 hb Jan 2011 (Khamis)
Tempat  : Surau Kulliyyah Of Engineering E0 Level 1
Waktu  : Solat Zuhur /Solat hajat

Khalid
SU KESATU

Tuesday, January 25, 2011

Penyerahan Memorandum menukar Status Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kepada Badan Berkanun.

Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) telah menyempurnakan penyerahan Memorandum menukar Status Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kepada Badan Berkanun , diserahkan kepada Yang Berbahagia Dato' Haji Omar Bin Haji Osman( Presiden GAKUM ) merangkap Presiden CUEPACS  pada :

Tarikh : 24hb Januari 2011
Bertempat : Bilik Bankuet ,Tingkat 5,Bangunan Rektori UIAM.
Masa : 11 Pagi.

Jemputan Berdialog bersama IIUM EDUCARE MANAGEMENT.

IIUM PARENTS COMMITTEE dengan Kerjasama IIUM EDUCARE MANAGEMENT akan menganjurkan sesi dialog antara Parents dan IIUM EDUCARE MANAGEMENT mengenai isu utama keberangkalian kenaikan Bayaran Bulanan di EDUCARE.Ia akan diadakan pada :

Date / day : 28th January 2011 / Friday
Time : 10.00 a.m. – 12.00 p.m.
Venue : Experimental Hall, Central Complex

Adalah di harap ahli KESATU yang menghantar anak mereka di IIUM EDUCARE dapat menghadiri bagi kepentingan bersama.
Harap Maklum.

Friday, January 21, 2011

AMANAT TAHUN BARU GAKUM

 Amanat Tahun Baru
Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat
Kesatuan Kakitangan Universiri/IPTA Malaysia ( GAKUM ).

Tarikh : 24hb.Januari 2011
Tempat : Bilik Bankuet,Tingkat 5,Bangunan Rektori
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Kampus Gombak.
Di Pengerusi Oleh : Y.Bhg. Dato’ Haji Omar bin Haji Osman
                              ( Presiden GAKUM, &Presiden CUEPACS ).

Anjuran GAKUM dengan  Kerjasasam  KESATU & KURNIA
Harap Maklum.

Wednesday, January 19, 2011

SEMINAR PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Seminar ini membincangkan Isu-Isu Perkhidmatan Awam (Elaun, Kenaikan Pangkat, Skim, Lantikan, Perjawatan) ini dianjurkan oleh Kesatuan Kakitangan Sokongan UPSI (USIA) dan dirasmikan oleh Dato' Sri Abu Bakar Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh    : 19hb Januari 2011
Masa     : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat  : Bangunan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris
               Tanjung Malim, Perak

KESATU telah diwakili oleh Hj. Mohd Yazid Ahmad (Presiden) menghadiri Seminar tersebut.

MESYUARAT AGUNG PERTAMA KESATUAN KAKITANGAN UPNM

Mesyuarat Agung Pertama Kesatuan Kakitangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 18hb Januari 2011
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sg. Besi

KESATU diwakili oleh Hj. Mohd Yazid Ahmad (Presiden) ke Mesyuarat Agung tersebut.

Monday, January 17, 2011

Penyerahan Memorandum menukar Status Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kepada Badan Berkanun.

Merujuk perkara diatas, Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia  (KESATU) telah menyempurnakan penyerahan Memorandum menukar Status Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kepada Badan Berkanun , diserahkan kepada Yang  Berbahagia Tan Sri  Mohd Sidek Hassan ( Ketua Setiausaha Negara,Malaysia ) merangkap Presiden Universiti Islam Antarabangsa,Malaysia pada  :

Tarikh : 17hb Januari 2011
Bertempat : Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Putrajaya
Masa : 11 Pagi.

Penyerahan disempurnakan oleh :
Br.Haji Mohd Yazid Bin Ahmad  ( Presiden KESATU) ,
Br.Fakhrurrazi Bin Danial  ( Naib Presiden ),
Br. Khalid Bin Muhammad ( Setiausaha )
Br.Zakaria Bin Mohd.Zain ( Bendahari ),
Br.Ahmad Suhairi Bin Mat Jebah ( Ahli Jawatan Kuasa ),
Br.Mohd Hamri Bin Rahmat  ( Ahli Jawatan Kuasa ),

Harap Maklum.

Sunday, January 16, 2011

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA TUAN HAJI OMAR HAJI OSMAN MENERIMA DARJAH SETIA BAKTI NEGERI SEMBILAN (DBNS) GELARAN DATO'

Media Cuepacs

14/1/2011


Tuan Haji Omar Bin Osman ( Presiden Cuepacs ) akan menerima Darjah Setia Bakti (DBNS) yang baru diwujudkan membawa gelaran  DATO'. Ia  dianugerahkan pada 14 Januari 2011 Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Seri Menanti, hari ini

Thursday, January 13, 2011

AMANAT TAHUN BARU -GAKUM

Alhamdulilah, IIUM dipilih sebagai Tuan Rumah bagi menganjurkan Program Amanat Tahun Baru Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM ).Oleh itu KESATU dan KURNIA dipilih sebagai Pengerusi Bersama bagi mengajurkan Acara tersebut.Adalah di harapkan dengan penganjuran Program seperti ini dapat menyatukan dua Kesatuan di IIUM untuk bekerjasama demi Kebajikan Kakitangan-Kakitangan IIUM keseluruhannya.

Program akan di adakan pada  :
Tarikh :   24hb. Januari 2011
Tempat : Bilik Bankuet, Tingkat 5, Bangunan Rektori
               Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
               Kampus Gombak.

Adalah diharapkan Ahli -Ahli KESATU,KURNIA dan Warga IIUM mengalu-alukan kehadiran Pemimpin-pemimpin Kesatuan dari IPTA -IPTA dari seluruh negeri.Harap Maklum.