Friday, April 29, 2011

CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS GAJI UNTUK IMBANGI KENAIKAN HARGA BARANG

KANGAR, 27 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.
  Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.
Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini Rabu.
  Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Sunday, April 24, 2011

Takziah kepada Tn.Hj Mohd. Yazid (Presiden KESATU )atas pemergian Bondanya.

Tan Sri / Dato / Tuan / Puan
   Innalillahhiwainnailaihirajiun, Bonda tersayang kepada Presiden KESATU , Tn.Hj. Mohd Yazid B Hj. Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada hari jumaat ,malam Sabtu, 22 April 2011 lebih kurang jam 8.15 pm.Allahyarhammah dikebumikan di perkuburan Islam Kg. Batu 8 , Labu, Seremban . Mari lah kita beramai-ramai mendoakan agar roh Allahyarhammah dicucuri rahmat oleh Allah. Alfatihah..

Sekian Wassalam..

Tuesday, April 19, 2011

Bengkel Pemurniaan Skim Saraan Universiti (SSU) dan Mesyuarat Khas GAKUM.

Bengkel Pemurniaan Skim Persaraan Universiti (SSU) dan Mesyuarat Khas Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM)  telah di adakan pada :

Tarikh   : 16hb April ~ 18hb April 2011 ( Sabtu ~ Isnin ).
Tempat :  Dewan Senat,Bangunan Censelori.
               UTM Skudai.
               Johor.

KESATU diwakili oleh Presiden KESATU ( Br.Haji Mohd.Yazid Bin Ahmad ) dan Setiausaha KESATU ( Br.Khalid bin Muhammad).

Harap Maklum.

Gaji baru atasi masalah kakitangan kerja sambilan

JOHOR BAHRU: Bimbang kakitangan awam melakukan kerja sambilan kerana berasakan gaji diterima tidak mencukupi, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan mempertimbangkan kumpulan yang berada dalam Gred 1 hingga 16 diserap ke Gred 17 bagi menikmati gaji lebih baik.
   Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini pekerja awam berkelulusan PMR ke bawah ditempatkan di dalam gred Gred 1 hingga 16 dan mereka dibayar gaji permulaan kira-kira RM647.
Katanya, disebabkan peningkatan kos hidup sejak kebelakangan ini ramai di kalangan kakitangan kerajaan terbabit dikhuatiri bekerja sambilan sekali gus boleh menjejaskan produktiviti.
“Kita tidak mahu terlalu ramai kakitangan kerajaan buat kerja sambilan kerana rakyat dan pelanggan akan mempertikaikannya.

Friday, April 15, 2011

Perjumpaan Khas Dgn Presiden IIUM No 2/2011

Assalamualaikum,
Perjumpaan Khas  KESATU  dengan Presiden IIUM akan di adakan pada :
Tarikh : 25 April 2011 ( Isnin )
Masa  : 2 Petang
Tempat : IIUM Gombak.
Harap Maklum.

Tuesday, April 12, 2011

Jangan politikkan urusan kakitangan awam.

Politik ialah seni segala kemungkinan yang telah menjadi ‘pepatah’ yang sangat popular kepada orang politik sehingga selalu disebut bahawa di wilayah ini, tiada sahabat dan tiada seteru abadi.

Dalam wilayah ini, persaingan politik boleh menghasilkan permuafakatan demi mengejar satu matlamat iaitu mendapatkan kekuasaan walaupun berbeza ideologi dan falsafah perjuangan.
   Permusuhan mendadak boleh bertukar menjadi persahabatan. Pertikaian lampau boleh dilupakan dan dengan mudah didamaikan. Inilah seni segala kemungkinan dan begitu jugalah sebaliknya boleh berlaku.
Formula politik sebagai seni kemungkinan menjadikan politikus selalu berfikir bila harus menyerang, mengalah bahkan mengiktiraf lawan mereka untuk kepentingan tertentu. Di wilayah politik ini, apa juga mungkin boleh berlaku tetapi jangan pula selalu berharap ada adab dan susila.
Mungkin sebab itu, kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu pun mahu dipolitikkan. Secara kebetulan pula pada hari itu bermulanya kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Thursday, April 7, 2011

KESATU tidak pernah bersetuju DIBUBARKAN !!!


KESATU tidak pernah bersetuju dibubarkan didalam mana-mana perjumpaan dengan Pihak Tertinggi Pengurusan UIAM.Untuk maklumat lanjut sila Klik link dibawah  lampiran surat daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, (Kementerian Sumber Manusia )-JHEKS :

Harap Maklum.

Wednesday, April 6, 2011

PENJAWAT AWAM PERLU TERAP 4 ELEMEN LAUTAN BIRU

PUTRAJAYA 4 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan setiap ahli pentadbiran awam menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam “Strategi Lautan Biru” dalam pengurusan tugas mereka.
 Perdana Menteri berkata empat elemen tersebut ialah “mengurang”, “menghapus”, “mewujud” dan “menambah peluang”.
   Beliau berkata dengan menerapkan elemen-elemen tersebut, maka pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam akan terus meningkat.
"Jadi dengan cara pendekatan seperti ini, saya percaya kita akan dapat melihat pendekatan kerajaan ini bukanlah melalui aspek agenda utama sahaja.
"Tetapi kita gunakan apa sahaja pendekatan kelengkapan pengurusan...pemikiran yang lebih kreatif supaya pencapaian dan keberhasilan kita dapat ditingkatkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.
   Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Najib berkata pemikiran “Strategi Lautan Biru” itu melibatkan pemikiran dengan mengaplikasikan cara-cara kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian.