Saturday, December 21, 2013

PEMULANGAN SIMPANAN RBF KE KWSP.

Untuk Pengetahuan ahli KESATU yang Budiman,Jika Pihak Tuan/Puan Menghantar Borang KWSP yang mengembalikan RBF ke KWSP.Ini bermakna adalah telah terkeluar dari skim RBF, yang mana dalam RBF mengandungi plan pampasan Kematian Semasa berkhidmat ,iaitu Keluarga akan menerima pampasan -30 kali gaji akhir anda.Fikirlah buat Keluarga sejenak.
Segala Keputusan di tangan anda, Selamat membuat Pilihan kerana KEPERLUAN DAN KEINGINAN kita berbeza.

 Harap Maklum.

Thursday, December 5, 2013

10,000 pengawal keselamatan naik ke gred KP17

MELAKA - Kira-kira 10,000 pengawal keselamatan di seluruh negara yang kini berada di gred KP11 dan KP14 dijangka dinaikkan ke gred KP17 pada tahun depan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman. Beliau berkata kenaikan itu adalah wajar kerana tugas yang diamanah dan dipikul mereka dalam skop keselamatan pada masa kini amat mencabar termasuk keselamatan pada bangunan, aset, para pekerja serta pelajar. Katanya hampir 50 peratus pengawal keselamatan kini berkhidmat di lebih 20 buah institusi pengajian tinggi awam dan selebihnya berkhidmat di enam agensi dan beberapa kementerian di Putrajaya. "Kita telah adakan bengkel pada bulan lepas mengenai penambahbaikan gred pengawal keselamatan ini dan telah putuskan untuk dijumudkan lantikan mereka kepada KP17," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengawal-pengawal keselamatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampus UTeM di sini hari ini. Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam sedang membuat semakan mengenai permintaan Cuepacs itu. - Bernama

Wednesday, November 27, 2013

CUEPACS : TIDAK ADA TOLAK ANSUR PENJAWAT AWAM SALAH GUNA KUASA


Bernama
25/11/2013

LANGKAWI, 25 Nov (Bernama) -- CUEPACS tidak akan membela dan berkompromi dengan penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa kerana perbuatan itu menjejaskan nama baik perkhidmatan awam negara.Presidennya Datuk Omar Osman menegaskan setiap penjawat awam wajar dihukum dan menanggung kesalahan yang dilakukan.


Penjawat awam seharusnya bekerja dengan penuh dedikasi agar Malaysia berjaya mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada seminar Transformasi Kepimpinan dan Pengukuran Integriti di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tujuh pegawai awam akan diikenakan tindakan tatatertib susulan Laporan Ketua Audit Negara 2012.Omar berkata CUEPACS memandang berat penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam dan mahu masalah itu diatasi dengan tegas termasuk mengambil perhatian teguran Ketua Audit Negara.

Beliau berharap semua penjawat awam bekerja dengan rasa tanggungjawab dan mengelak dari terjebak dengan sebarang unsur yang mencemarkan perkhidmatan awam agar dapat menghadapi cabaran lebih besar pada tahun depan.Katanya CUEPACS sedang merangka beberapa program untuk melahirkan penjawat awam cemerlang khususnya bagi yang masih muda dan mampu menyumbang idea.

Seramai 120 ketua jabatan dari pelbagai agensi kerajaan menghadiri seminar empat hari itu yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid yang mewakili Menteri Besar Kedah.

-- BERNAMA

Saturday, October 26, 2013

Bajet 2014: Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.
Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.
Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. - BERNAMA

Thursday, September 19, 2013

Saman: Kesatuan Sekerja DBP menang kes



18 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak dengan kos saman kes fitnah yang difailkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamarul Zaman Shaharudin ke atas dua pemegang jawatan Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP.Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wira Kamaludin Md Said ketika membaca penghakiman bertulisnya pagi tadi memutuskan bahawa saman yang difailkan oleh Kamarul Zaman itu wajar ditolak kerana beliau tidak boleh menyaman tort fitnah ke atas kedua-dua defendan iaitu Hasni Abas dan Yusuf Salim kerana mereka adalah pemegang jawatan Kesatuan Sekerja DBP.
Pada masa saman itu difailkan Hasni memegang jawatan Yang Dipertua Kesatuan manakala Yusuf pula adalah Setiausaha Kesatuan. Mereka disaman atas kapasiti pemegang jawatan Kesatuan Sekerja DBP.Dalam penghakimannya, Hakim bersetuju dengan hujah peguam defendan bahawa saman Kamarul Zaman atas tuntutan tort fitnah adalah bertentangan dengan Seksyen 22 Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang memberi imuniti kepada mana-mana pemegang jawatan Kesatuan Sekerja atas tuntutan tort yang dilakukan oleh mana-mana pemegang jawatan Kesatuan selagi mana ia dilakukan bagi pihak kesatuan.Hakim berpuas hati berdasarkan keterangan adalah jelas segala surat yang didakwa oleh Kamarul Zaman memfitnah beliau ditulis oleh Hasni bukan atas kapasiti peribadi beliau sebaliknya ianya dtulis oleh Hasni atas kapasiti beliau sebagai Yang Dipertua Kesatuan dan ia ditulis bagi pihak kesatuan.
Surat-surat yang ditulis oleh Hasni adalah bagi menyatakan bantahan rasmi kesatuan atas pelantikan Kamarul Zaman sebagai Timbalan Ketua Pengarah DBP yang dikatakan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh DBP sendiri.Keputusan kes ini adalah boleh dikira satu ‘landmark’ kerana buat kali pertamanya mahkamah memutuskan bahawa seorang pemegang jawatan Kesatuan Sekerja bagi tuntutan tort iaitu tort fitnah. Dalam samannya Kamarul Zaman juga menamakan Kesatuan Sekerja DBP dan 4 orang pemegang jawatan kesatuan tersebut. Bagaimanapun tuntutan ke atas kesatuan awal-awal lagi ditolak oleh mahkamah apabila peguam defendan memfailkan permohonan membatalkan saman tersebut.

Tuesday, July 16, 2013

PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 57 DAN SEKSYEN 64(2) AKTA KESATUAN SEKERJA 1959- KESATU




Terimakasih kepada Br.Yazid (Presiden),Br.Khalid (Setiausaha ) dan Br.Megat (Bendahari ) dan br.Johan (AJK) yang melunaskan tanggungjawap Berkesatuan yang perlu sentiasa diaudit.Masih boleh tersenyum walaupun banyak teguran yang membina diberikan oleh Pegawai Audit JHEK - iaitu PUAN NURUL HUDA BINTI RAHIM.


Tarikh :11/07/2013 (Khamis ) 
Time : 10 .00 Pagi.
     Tempat : JHEKS SHAH ALAM.




Friday, July 5, 2013

Presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, pelantikan itu dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Rais dijadual mengadakan sesi khas dengan media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat.

Rais, bekas anggota Parlimen Jelebu memulakan kerjayanya dalam kerajaan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Inggeris Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 1961.

Beliau kemudian menceburi politik pada 1967 dengan menyertai cawangan Umno Triang di Jelebu dan sejak itu memegang pelbagai jawatan, termasuk menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno bagi penggal 2008/2011. - Bernama

Tuesday, April 23, 2013

  KESATU ingin mengambil kesempatan mengucapakan selamat mengundi kepada Warga UIAM  dan berfikirlah secara matang bagi menentukan siapa yang berhak bagi mewakili anda.Bagi Kami Ahli Jawatan Kuasa KESATU, PILIHLAH KAMI wewakili anda bagi kakitangan Gred Gaji 27 hingga  40,Kerana hanya kami suara anda dapat kami sampaikan kepada Pihak Pengurusan UIAM secara rasmi dan bertertib.Kami merayu kepada yang belum menjadi ahli Pilihlah kami "KESATU".Berhati-hati ketika balik mengundi semoga selamat pulang dan selamat kembali.Ikhlas dari AJK KESATU.See More

Friday, March 22, 2013

Majlis Jawatan Kuasa Kerja KESATU Penggal 2012 - 2014

Presiden
Mohd Yazid Bin Ahmad 
Penolong Jurutera Kanan  (J-36 )
Kulliyyah Kejuruteraan
HP: 019-3374271
myazid@iium.edu.my

Naib Presiden
Fakhrurrazi Bin Danial
Penolong Pegawai Tadbir (N-32)
Centre for Foundation Studies PJ
HP : 019 2177485
razi@iium.edu.my

Setiausaha
Khalid Bin Muhammad
Penolong Jurutera (J-29)
Kulliyyah Kejuruteraan
HP : 013 3911554
khalidm@iium.edu.my

Penolong Setiausaha      
Suhairani Binti Sulaiman
Setiausaha Pejabat
Library
Ext: 4824
suhairani@iium.edu.my

Bendahari
Megat Mohd Samsul Bin Megat Ismail
Penolong Pegawai Tadbir
STADD
HP: 0197122009
Ext : 4071
megatsamsul@iium.edu.my
Penolong Bendahari
Puan Amnah Binti Raya
Penolong Akaun
IRKH
Ext : 5054
amnahr@iium.edu.my

Ahli-Ahli Jawatankuasa (12 orang)

Khairul Anwar Bin Mohd Noh
Penolong Akauntan (W-27)
Unit Audit Dalaman
HP : 019 2757080
khairul@iium.edu.my

Ahmad Suhairi Bin Mat Jebah
Penolong Jurutera (J-29)
Kulliyyah Kejuruteraan
HP : 019 2992043
asuhairi@iium.edu.my

Mohd Hamri Bin Rahmat
Penolong Jurutera (J-29)
Kulliyyah Kejuruteraan
HP : 012 3863179
mhamrir@iium.edu.my

Aznita Ahmad Zaini
Setiausaha Pejabat (N-27)
Pejabat Perhubungan Awam
HP : 019-2208779
aznita@iium.edu.my

Salmah Md Shah
Setiausaha Pejabat (N-32)
Perpustakaan
Kampus Gombak
HP : 013-2316655
salmah@iium.edu.my

Suhaimi Bin Long
Penolong Pegawai Tadbir
Facilities,Food And Services Department.
Ext : 4784
suhaimilong@iium.edu.my

Azrul Shah Bin Abdul Aziz
Setiausaha Pejabat
IRKH
Ext : 3145
azrulshah@iium.edu.my

Shamsul Bin Paris (N-27)
Penolong Pegawai Tadbir
Pusat Pengajian Siswazah
HP : 017 2034419
syamsul@iium.edu.my

Johan Bin Haji Ibrahim
Penolong Pegawai Tadbir
STADD
Ext:
johan@iium.edu.my

Azizah Binti Mohamad Yusof
Penolong Pegawai Tadbir
STADD
Ext : 5961
azizahm@iium.edu.my

Mohd Shukur Bin Ahmad
Penolong Jurutera (J-29)
Kulliyah Engineering
Ext :4509
ashukur@iium.edu.my

Zakaria Bin Mohd.Zain
Penolong Jurutera (J-29)
Kulliyyah Kejuruteraan
Ext : 4515
zakariamz@iium.edu.my












Tuesday, March 12, 2013

SST -Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Diumum

Utusan Malaysia

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan NAZMIL NASIRUDDIN
11/3/2013
PUTRAJAYA 11 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).
Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri ialah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Perdana Menteri berkata, hal yang demikian diputuskan kerana sebanyak 182,434 penjawat awam berada di paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.
Kerajaan juga, kata Perdana Menteri, bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini.
"Ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya ketika berucap sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd. Ali; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta menteri-menteri Kabinet.
MPPA XIII yang bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020' dihadiri hampir 8,700 penjawat awam dari pelbagai sektor dan agensi.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga bersetuju menyambung kontrak 50,000 pegawai kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini setahun lagi, sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan seramai 166,541 kakitangan dalam gred gaji 1 hingga 10 akan dinaik taraf ke gred setaraf kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Menurut beliau, perubahan itu akan memberi manfaat dari segi laluan kerjaya dan peningkatan sewajarnya dalam gred gaji kumpulan berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kenaikan pangkat kumpulan pelaksana pula akan dipendekkan berdasarkan tempoh perkhidmatan daripada 15 tahun kepada 13 tahun yang akan memberi manfaat kepada 17,000 penjawat yang layak.
"Kerajaan juga secara prinsip bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.

Thursday, March 7, 2013

Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun - Anjuran GAKUM

KESATU yang diwakili oleh Presiden dan Setiausaha telah menyertai Persidangan Kebangsaann Anggota Badan Berkanun bertemakan " Transformasi dan Revolusi " Merupakan anjuran Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha kehormat Kesatuan Kakitangan University Malaysia (GAKUM).Persidangan ini sedang diadakan :
Tarikh : 6hb -7hb Mac 2013.
Tempat : Intekma Resort,Shah Alam.
Perasmian Oleh : Ketua Setiausaha Negara.
                           Yang Berbahagia Dato' Sri Dr.Ali bin Hamsa.

   Semoga penyertaan KESATU mendapat maklumat dan pengetahuan berguna bagi memajukan Kesatuan kita yang bergabung dibawah GAKUM.

Tuesday, January 29, 2013

UIAM Dianugerahkan Autonomi Terbaru - Mohamed Khaled


PUTRAJAYA: Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi universiti awam terbaru dianugerahkan autonomi pada tahun ini.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia diberikan selepas selesai proses audit menggunakan instrumen 'Code of UniversityGood Governance' (CUGG) dan 'University Good Governance Index' (UCGI).
"Saya berharap dengan pemberian autonomi ini, Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mempunyai kesediaan melaksanakan tanggungjawab baharu selaras penurunankuasa kepada mereka demi kecemerlangan IPT," katanya ketika berucap sempenamajlis Amanat Tahun Baharu 2013 kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Selasa.
Dalam pada itu Mohamed Khaled berkata mulai 15 Feb ini, Education Malaysia Global Services (EMGS) yang ditubuhkan tahun lalu akan mula beroperasi dan berperanan sebagai pusat sehenti bagi memantau, menyelia dan menyelaras urusan berkaitan promosi, pemasaran dan perkhidmatan sokongan pelajarantarabangsa di negara ini.
"Pengantarabangsaan tidak lagi terhad kepada faktor jumlah pelajar antarabangsa atau bilangan kampus cawangan luar negara tetapi penekanan terhadap strategi pengintegrasian pengantarabangsaan dalam pelbagai perkhidmatan pengajian tinggi.
"Perkembangan ini menuntut kita untuk melakukan pemetaan baharu denganmemberi penekanan kepada kesepaduan kecemerlangan dalam semua aspek perkhidmatanpengajian tinggi," katanya. BERNAMA

Sunday, January 27, 2013

Kenaikan Gaji 2% ~5% yang bergaji maksimum



Kadar ikut prestasi, implikasi kewangan kerajaan

Putrajaya: Penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum mungkin menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus yang dijangka diumumkan pada bulan depan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian mengenainya sudah selesai dilaksanakan tetapi kadarnya akan bergantung kepada prestasi dan implikasi kewangan kerajaan. Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik...ini yang ingin saya ketengahkan," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
Markah 80 dan ke atas

Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

CUEPACS sebelum ini menganggarkan kira-kira 20 peratus atau sekitar 280,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam berdepan tangga gaji yang sudah mencapai tahap maksimum tahun lalu.

“Saya sudah minta Jabatan Perkhidmatan Awam (kaji perkara itu). Mereka yang sudah sampai ke tahap gaji maksimum dan jika prestasi orang itu 80 peratus, akan menerima kenaikan.
“Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik...ini yang ingin saya ketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Amanat KSN bersama Penjawat Awam 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Lebih kreatif, inovatif

Justeru, katanya, kakitangan awam perlu meningkatkan produktiviti kerja supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Jika mereka lebih kreatif dan inovatif, hasil kerja akan menjadi lebih produktif. Untuk itu, kerajaan tidak teragak-agak memberi emolumen dan sebagainya bagi mengiktiraf usaha mereka,” katanya.

Ali berkata pelaksanaannya perlu mendapat kelulusan kerajaan terlebih dulu tetapi setakat ini, kerajaan positif dengan perkara terbabit kerana faham gaji yang statik bukan penyelesaian terhadap prestasi kerja kakitangan awam khususnya yang cemerlang.



Thursday, January 10, 2013

Majlis amanat tahun baru 2013 oleh YB Menteri KPT

Assalamualaikum,
Adalah  dimaklumkan bahawa YBhg Datuk KSU KPT telah menjemput semua Presiden kesatuan di bawah GAKUM ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2013 YB Menteri KPT pada :
Tarikh : 29 Januari 2013 (SELASA)
Masa :  JAM 8.30 PAGI
Tempat : DI DEWAN PLENARI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)
 PAKAIAN: LOUNGE SUIT GELAP.
 
Presiden KESATU ( Br.Mohd Yazid) Insyallah akan menghadiri majlis tersebut.
 
Harap Maklum.Terimakasih. 

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013

Assalamualikum!!
Allhamdulilah KESATU telah selamat mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan yang baru menjelang akhir tahun 2012 baru-baru ini.Oleh itu Ahli Jawatan Kuasa baru akan mula berkhidmat pada tahun baru 2013 .Semoga Ahli Jawatan Kuasa baru akan memberi impak positif kepada Organisasi KESATU keseluruhannya.Tahniah kepada Br.Mohd Yazid yang mengekalkan Jawatan Presiden KESATU.Senarai Penuh Ahli Jawatan Kuasa akan di beritahu sedikit masa lagi.
Kesempatan ini Kami Ahli Majlis Jawatan Kuasa ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 dan semoga perjuangan KESATU untuk menjaga kebajikan Warga UIAM dipermudahkan dan sokongan anda sebagai ahli KESATU adalah amat dihargai demi kepentingan kita Warga Kerja UIAM.