Wednesday, November 21, 2018

Mesyuarat Jawatan Kuasa Wanita CUEPACS

21hb.Nov.2018- Pejabat CUEPACS:
KESATU menghadiri Mesyuarat Jawatan Kuasa Wanita CUEPACS. Puan Salmah Md shah dan Puan Erdawatie merupakan perwakilan JK Wanita ke Mesyuarat JK Wanita CUEPACS.Ini merupakan mesyuarat pertama yang disertai olehKESATU JK Wanita setelah pergabungan dibawah CUEPACS disahkan pada 5hb.April 2018.Semoga KESATU dapat menyumbang idea dan cadangan ke peringkat Nasional.



 
Perwakilan Jawatan Kuasa Wanita bersama Datu'Azih Muda (Presiden CUEPACS)
Jawatan Kuasa Tertinggi CUEPACS turut bersama dalam Mesyuarat JK Wanita CUEPACS

Puan Salmah dan Puan Erdawatie di mesyuarat JK Wanita CUEPACS
Perwakilan dari kesatua-kesatuan Gabungan CUEPACS 
di mesyuarat JK Wanita CUEPACS

Friday, November 16, 2018

Serahan Memorendum Kronologi diberi opsyen(pilihan) skim pencen kerajaan Malaysia atau skim RBF/EPF kepada Dr. Maszlee Malik (Presiden UIAM)

15hb.November 2018.Pejabat Presiden, UIAM Gombak.

Majlis Jawatan Kuasa Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,International Islamic University Malaysia (KESATU) hari ini berjaya menyerahkan memorendum  Kronologi agar kakitangan warga UIAM diberi opsyen pencen kerajaan atau RBF/EPF kepada Dr. Maszlee Malik (Presiden UIAM).KESATU konsisten dengan perjuangan agar kebajikan kakitangan warga UIAM diberi pilihan untuk memilih sama ada ingin memilih skim persaraan  pencen seperti kerajaan Malaysia atau memilih kekal di skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti sedia ada.
Hj.Yazid Ahmad (Presiden KESATU) berkata perjuangan agar kakitangan UIAM agar diberi pilihan untuk memilih skim persaraan pencen kerajaan Malaysia  atau sistem persaraan KWSP bermula sejak tahun 2019.Ini bermakna sudah  10 tahun pekara ini diperjuangkan dan tiada jawapan bertulis daripada Majikan UIAM walaupun pelbagai memorendum dan referendum telah dibuat oleh KESATU sejak dahulu.UIAM telah disahkan sebagai IPTA awam oleh Kementerian Pendidikan ,CUEPACS dan Pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Malaysia juga bersetuju merekodkan pendaftaran KESATU sebagai Ahli CUEPACS bagi mengesahkan UIAM adalah pejawat awam.Apatah lagi semua kekosongan penjawatan dipohon dari Jabatan Pentadbir Awam(JPA) serta budget pengurusan dan gaji kakitangan UIAM adalah bersumberkan 100% daripada Kerajaan Malaysia.Kakitangan warga UIAM juga tiada syer syarikat seperti syarikat-syarikat GLC kerajaan.Oleh kerana itu KESATU  berpendapat wajar opsye/pilihan persaraan mana patut diberi pada warga UIAM ditentukan oleh mereka sendiri dan bukan tiada pilihan seperti sekarang.

Makluman positif dari Dr.Maszlee ,dimana beliau akan berbincang dengan pengurusan UIAM memberi sedikit perkembangan positif mandat ahli yang usulkan pada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2018-2020 baru- baru supaya isu pencen ini dibawa semula ke pihak pengurusan UIAM.Pihak MJK KESATU berharap pekara ini dapat diselesaikan agar kakitangan UIAM diberi pilihan bagi skim persaraan mereka kehendaki dipertimbangkan oleh pihak pengurusan UIAM.

Hj.Yazid Ahmad (Presiden KESATU) berharap semua kakitangan UIAM berdoa bersama-sama agar permononan ini dapat dipertimbangan dan mendapat kata putus,setelah berusaha,sama-samlah kita solat hajat dan bertawakkallah agar semoga dipermudahkan ,katanya selepas majlis serahan tersebut.



Hj.Yazid Ahmad menerangkan sesuatu kepada YB Dr.Maszlee Malik (Presiden UIAM)

Hj.Yazid Ahmad menyerahkan memorendum kepada Dr.Maszlee Malik


MJK KESATU yang hadir bersama menyerahkan memorendum bergambar bersama
YB Dr.Maszlee Malik

k
MJK KESATU yang hadir bersama menyerahkan memorendum bergambar bersama
YB Dr.Maszlee Malik

Saturday, November 10, 2018

Dr.Zakaria pencetus semangat gred pelaksana

10hb.November 2018,UIAM Gombak,
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, International Islamic Universiti Malaysia (KESATU) mengucapkan Tahniah dan syabas kepada Dr.Zakaria Mohamad Zain atas kejayaan di Majlis Konvokesyen UIAM ke 34 dengan menerima PhD dalam Kejuruteraan pembuatan. KESATU amat berbangga dengan pencapaian Dr.Zakaria yang juga merupakan ahli Majlis Jawatan Kuasa KESATU sesi 2018-2020,Hj . Yazid Ahmad Presiden KESATU berkata , Dr.Zakaria merupakan gred pelaksana kakitangan sokongan satu yang pertama memperolehi PhD.


Bersama keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan

Bersama Supervisior Prof.Dr.Ahsan Ali Han

Taklimat Takaful CUEPACSCare dan CUEPACS PA

8hb. November 2018: UIAM Gombak:
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,IIUM (KESATU) telah mengadakan program taklimat Takaful CUEPACSCare dan CUEPACS PA bagi kakitangan staff UIAM yang berminat pada tarikh seperti berikut :
Tarikh & Hari : 8hb.November 2018 (Khamis)
Masa : 10.30 Pagi -12.00 Tengahari
Tempat : IIUM Library Auditorium,
               IIUM Gombak.
MJK KESATU memberi alternatif kepada Warga UIAM bagi mendapatkan pelindungan maksimum pada harga minimum. Untuk pengetahuan semua,pihak KESATU tiada kepentingan dari segi komisen dan lain- lain. Tugas kami hanya memberi kesedaran melalui Biro kebajikan dan Biro pendidikan,KESATU menyerahkan keputusan buat warga UIAM sendiri memikirkan mana yang terbaik buat mereka.
Antara peserta dan MJK KESATU bergambar 
bersama wakil penceramah dari CUEPACSCare

Peserta beratur mengambil borang penyertaan CUEPACSCare



  Peserta taklimat memberi fokus atas penerangan penceramah




Sunday, November 4, 2018

Mesyuarat Bersama Kesatuan dan Persatuan di UIAM

5hb.Oktober 2018,Pejabat ASA:
Pertemuan yang harmonis membincangkan hala tuju Kesatuan dan  persatuan di UIAM.Mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian.Semoga dipermudahkan segala perbincangan dan rundingan bersama.KESATU diwakili oleh Hj.Mohd Yazid Ahmad (Presiden),Hj.Khalid bin Muhammad (Timbalan Presiden I) dan Puan Erdawatie Abdul Rahman (Penolong Setiausaha I ).Segala perbincangan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Jawatankuasa KESATU.

Perbincangan menerima pandangan semua kesatuan dan persatuan

Bukan lagi belanjawan ikat perut

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/bukan-lagi-belanjawan-ikat-perut-1.900155?fbclid=IwAR07QYJ4pnd1VXSZNDtfKqs8dDaIiLVIuPK0rJl5YgT7e75RSq6NLGID9LE

Mesyuarat MJK KESATU Bil-1/2018-2020

Mesyuarat MJK KESATU Bil-1/2018-2020 dan penyerahan surat perlantikan kepada Majlis Jawatankuasa KESATU bagi Sesi 2018-2020.

Mesyuarat perlantikan biro-biro dan serahan surat perlantikan sebagai MJK

Puan Salmah Yahya (MSD) menerima surat perlantikan sebagai 
Penolong Bendahari


Puan Erdawatie abdul Rahman (IRKH) menerima surat perlantikan 
sebagai Penolong Setiausaha I


Puan Hasmaniza Moh.Daud (MSD) menerima surat perlantikan
sebagai Ahli Jawatankuasa KESATU(AJK)


Encik Yusni Yusop (KOE) menerima surat perlantikan sebagai AJK

Puan Salmah Md.Shah (Library) menerima surat perlantikan sebagai AJK

Haji Yazid Ahmad(Presiden KESATU) menyerahkan surat perlantikan
kepada Hj.Khalid Muhammad sebagai Timbalan Presiden I

Mesyuarat MJK KESATU Bil-1/Sesi 2018-2020 dipengerusi oleh 
Hj.Yazid Ahmad sebagai Presiden KESATU

TAKLIMAT PROGRAM TAKAFUL CUEPACSCare & CUEPACS PA

Kepada Warga Kerja UIAM yg dihormati:
TAKLIMAT PROGRAM TAKAFUL CUEPACSCare & CUEPACS PA
Tarikh & Hari : 8/11/2018(Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 12.00
Tengahari
Tempat: IIUM Library Auditorium, IIUM Gombak

Semua dijemput hadir bagi melihat kelebihan atau kekurangan berbanding Takaful UIA sedia ada, bagi mendapat gambaran ke arah kebaikan bersama. 2 CTD Point - insyallah akan diusahakan (Taklimat Dalam Bahasa Malaysia).
Terimakasih.

Contoh kad CuepacsCare dari Takaful Zurich

Serahan Bantuan Tabung Kebajikan

30hb.November 2018 UIAM Kampus Kuantan :
Puan Aznita Ahmad Zaini(Timb.Presiden II ) menyerahkan Bantuan Tabung Kebajikan kepada Puan Norfaizawati dan En. Sarlan , Kita doakan bersama agar roh arwah bapa mereka berdua sentiasa dalam rahmat Allah.Alfatihah.Aamiin!!

Puan Norfaizawati menerima sumbangan Tabung Kebajikan KESATU
 dari Puan Aznita (Timbalan Presiden II KESATU )


 
Encik Sarlan menerima sumbangan Tabung Kebajikan KESATU dari 
Puan Aznita (Timbalan Presiden II KESATU )

UIAM Sebahagian Daripada Masyarakat Setempat


25hb.Oktober 2018:Pekuburan Islam Kg.Sg.Pusu.
University Centre for Community Engagement UIAM(BUDI) dan Penduduk Kampung Sg. Pusu menganjurkan program Gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam Kg. Sg. Pusu.Turut serta kesatuan sekerja dan persatuan2 kakitangan UIAM.KESATU tidak ketinggalan menyertai gotong royong dengan menghantar 12 org ahli dengan semua yg terlibat lebih kurang 80 orang.
Tujuan program adalah merapatkan silaturahim antara penduduk sekitar UIAM dengan melakukan gotong royong.Pengkongsian tanah perkuburan antara warga UIAM dan masyarakat setempat mengambarkan betapa rapatnya hubungan antara kedua belah pihak.Menjadikan mesyarakat setempat sebagai sebahagian daripada universiti- bersama2 susah dan senang. program akan diteruskan di perkampungan orang asli di sekitar universiti untuk program seterusnya.


Hj.Yazid Ahmad mengiringi Emeritus Professor Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak menziarahi 
makam arwah Ahmad Mohamed Ibrahim (Mantan Dekan Aikol )


Hj.Yazid Ahmad (Presiden KESATU ) menolong menanam pokok 
di sekitar tanah perkuburan kg.Sg.Pusu.

Emeritus Professor Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak menyiram pokok yang telah ditanam

Ketua Kampung Sg.Pusu turut hadir (Baju Merah lengan panjang topi cap kelabu )

Antara MJK dan Ahli  Kesatu yang hadir ke program gotong royong tersebut

Makam arwah Tan sri Prof. Ahmad Bin Mohamed Ibrahim yang telah dibersihkan.

MJK KESATU bergambar bersama Rektor UIAM

Wakil KESATU dan Wakil KOE pertemuan dan perbincangan bersama Dean KOE

24hb.Oktober 2018- Wakil KESATU dan Wakil KOE meneruskan pertemuan mencari satu kata sepakat .Satu perbincangan harmonis moga dipermudahkan segala urusan.

MJK KESATU dan Wakil Teknikal Staff KOE mengadakan perbincangan
 bersama Prof.Erry Yulian T.Adesta (Dekan Kulliyah Kejuruteraan UIAM)

MJK KESATU dan Wakil Staf Teknikal Kulliyyah Kejuruteraan UIAM membuat pertemuan dan perbincangan bersama Y.Bhg.Dato’ Rahim

19hb.Oktober 2018 : 5.05ptg -6.30ptg, MJK KESATU dan Wakil Staf Teknikal Kulliyyah Kejuruteraan UIAM membuat pertemuan dan perbincangan bersama Y.Bhg.Dato’ Rahim bin Ahmad (Pengarah Eksekutif MSD) dengan penuh mesra dan harmonis seperti pertemuan- pertemuan MJK- MJK KESATU sebelum ini. Terimakasih Y.Bhg Dato’ sudi memberi masa buat kami walaupun tersangat sibuk dengan Ibadah Camp.Tahniah Y.Bhg. Dato’!!

MJK KESATU bersama wakil Teknikal Staf KOE mengadakan pertemuan 
bersama 
Y.Bhg.Dato’ Rahim bin Ahmad (Pengarah Eksekutif MSD) berkaitan permasalahan di KOE.

Pertemuan berlangsung dengan penuh harmonis walaupun kesibukan Y.Bhg.Dato' Rahim


Seminar Perancangan Persaraan Penjawat Awam.KESATU

19hb.Oktober 2018 - Dewan Sri Siantan Perdanan Putrajaya- Seminar Perancangan Persaraan Penjawat Awam.KESATU menghantar 13 perwakilan ke seminat tersebut





   






Bubur asyura KESATU

4hb.Oktober 2018 /24 Muharram 1440 ,UIAM GOMBAK.

Ketibaan Muharam, bulan pertama dalam kalendar Islam yang lazimnya diadakan sambutan tahun baharu turut ditandai dengan tradisi membuat bubur asyura dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Tradisi membuat bubur yang dikaitkan dengan peristiwa nabi Musa dimana . Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka dan juga sejarah berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar,maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.

Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,IIUM (KESATU) mengambil inisiatif membuat bubur asyura bergotong-royong pada hari ini buat semua kakitangan-kakitangan sokongan satu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Menurut setiausaha KESATU ,En.Ahmad Suhairi Bin Mat Jebah berkata ,”tradisi ini memang setiap tahun dilakukan oleh kakitangan-kakitangan sokonagan UIAM pada setiap kali tibanya bulan Muharram,Ini merupakan kali kedua yang dianjurkan oleh KESATU yang diadakan pada hari ini 4hb.Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 secara begotong royong. Seramai 30 orang kakitangan sokongan lelaki dan wanita terlibat dalam program in dan Sebanyak 250 pack bubur asyura diagihkan kepada ahli –ahli KESATU dengan memberi kepada setiap wakil Kulliyah dan Jabatan masing-masing. Beliau juga berkata kerja membuat bubur asyura menjadi lebih mudah dengan dibuat secara bergotong royong dengan kaum ibu sejak sehari sebelum telah menyediakan bahan masing-masing dengan merebus ubi keledek ,kajang kuda,menyediakan jagung,pisang dan lain-lain lebih dari 10 bahan utama,manakala kaum bapa menyiapkan dapur dan acara mengacau.

Tradisi itu selama ini juga turut mengeratkan hubungan persaudaraan, kejiranan, kemasyarakatan dan semangat kekitaan melalui perkongsian perbelanjaan atau bekalan bahan, tenaga dan kemahiran untuk memasak juadah itu, sebelum mengecapinya bersama.

Katanya juga, tradisi yang diwarisi ini besar maknanya, mempunyai nilai yang tinggi bagi mereka yang tahu menghargai kerana ia menyemai semangat kekitaan melalui konsep bergotong-royong di samping mengeratkan silaturahim.

Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada ketua-ketua jabatan yang sentiasamemberi sokongan kepada kakitangan-kakitangan sokongan UIAM bagi membuat program Bubur Asyura ini.