Friday, November 16, 2018

Serahan Memorendum Kronologi diberi opsyen(pilihan) skim pencen kerajaan Malaysia atau skim RBF/EPF kepada Dr. Maszlee Malik (Presiden UIAM)

15hb.November 2018.Pejabat Presiden, UIAM Gombak.

Majlis Jawatan Kuasa Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,International Islamic University Malaysia (KESATU) hari ini berjaya menyerahkan memorendum  Kronologi agar kakitangan warga UIAM diberi opsyen pencen kerajaan atau RBF/EPF kepada Dr. Maszlee Malik (Presiden UIAM).KESATU konsisten dengan perjuangan agar kebajikan kakitangan warga UIAM diberi pilihan untuk memilih sama ada ingin memilih skim persaraan  pencen seperti kerajaan Malaysia atau memilih kekal di skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti sedia ada.
Hj.Yazid Ahmad (Presiden KESATU) berkata perjuangan agar kakitangan UIAM agar diberi pilihan untuk memilih skim persaraan pencen kerajaan Malaysia  atau sistem persaraan KWSP bermula sejak tahun 2019.Ini bermakna sudah  10 tahun pekara ini diperjuangkan dan tiada jawapan bertulis daripada Majikan UIAM walaupun pelbagai memorendum dan referendum telah dibuat oleh KESATU sejak dahulu.UIAM telah disahkan sebagai IPTA awam oleh Kementerian Pendidikan ,CUEPACS dan Pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Malaysia juga bersetuju merekodkan pendaftaran KESATU sebagai Ahli CUEPACS bagi mengesahkan UIAM adalah pejawat awam.Apatah lagi semua kekosongan penjawatan dipohon dari Jabatan Pentadbir Awam(JPA) serta budget pengurusan dan gaji kakitangan UIAM adalah bersumberkan 100% daripada Kerajaan Malaysia.Kakitangan warga UIAM juga tiada syer syarikat seperti syarikat-syarikat GLC kerajaan.Oleh kerana itu KESATU  berpendapat wajar opsye/pilihan persaraan mana patut diberi pada warga UIAM ditentukan oleh mereka sendiri dan bukan tiada pilihan seperti sekarang.

Makluman positif dari Dr.Maszlee ,dimana beliau akan berbincang dengan pengurusan UIAM memberi sedikit perkembangan positif mandat ahli yang usulkan pada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2018-2020 baru- baru supaya isu pencen ini dibawa semula ke pihak pengurusan UIAM.Pihak MJK KESATU berharap pekara ini dapat diselesaikan agar kakitangan UIAM diberi pilihan bagi skim persaraan mereka kehendaki dipertimbangkan oleh pihak pengurusan UIAM.

Hj.Yazid Ahmad (Presiden KESATU) berharap semua kakitangan UIAM berdoa bersama-sama agar permononan ini dapat dipertimbangan dan mendapat kata putus,setelah berusaha,sama-samlah kita solat hajat dan bertawakkallah agar semoga dipermudahkan ,katanya selepas majlis serahan tersebut.



Hj.Yazid Ahmad menerangkan sesuatu kepada YB Dr.Maszlee Malik (Presiden UIAM)

Hj.Yazid Ahmad menyerahkan memorendum kepada Dr.Maszlee Malik


MJK KESATU yang hadir bersama menyerahkan memorendum bergambar bersama
YB Dr.Maszlee Malik

k
MJK KESATU yang hadir bersama menyerahkan memorendum bergambar bersama
YB Dr.Maszlee Malik