Monday, January 21, 2019

Pertemuan Menteri Pendidikan bersama Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM)


17hb.Januari 2019- KPT Putrajaya.
Perjumpaan delegasi GAKUM bersama YB Dr.Maszlee Malik (Menteri Pendidikan ) berjaya dengan penuh mesra dan harmonis.Pelbagai isu dilontarkan oleh En.Zulkifli (Presiden Gakum) bagi dibincangkan bagi menjaga kebajikan golongan pelaksana Universiti Awam.KESATU sempat menyerahkan kertas kerja bagi penambahbaikan kebajikan kakitangan-kakitangan UIAM.Moga id dapat dipetimbangkan oleh pihak yang berhormat.

Hj.Mohd Yazid Bin Ahmad (Presiden KESATU) menyerahkan kertas cadangan kepada YB Dr.Maszlee Malik (Menteri Pendidikan)
 Perwakilan KESATU bergambar dengan kakitangan UIAM yang dipinjamkan ke KPT

 Menteri Pendidikan memberi tal;imat dan mempengerusikan majlis perjumpaan bersama GAKUM
Memberi pandangan dan membincangkan isu-isu yang dilontarkan oleh GAKUM

Pertemuan yang mesra dan harmonis

Lawatan "Beach Marking" KESATU Kuantan ke UKM Bandar Baru Bangi,Selangor.

17hb. Januari 2019-UKM Bangi Selangor.

 Lawatan KESATU Kuantan ke UKM Bandar Baru Bangi disertai oleh 21 Penolong pegawai Sains dari kampus Kuantan.Puan Norfaizawati Bt.Mohamed Amin merupakan Program manager lawatan tersebut mengucapkan terimakasih kepada peserta lawatan tersebutyang dianggap sangat berjaya.Manakala Puan Maliza Azrain (Pengerusi KESATU Kuantan) berharap pengalaman berharga ini dapat memperbaiki mana yang terbaik untuk dilaksanakan di UIAM.Beliau mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak UKM yang memberi layan yang sangat baik.Beliau berharap hubungan dua hala ini akan mengeratkan hubungan antara UIAM dan UKM.

Bergambar bersama wakil UKM

Mendengar taklimat dari wakil UKM sebelum melawat ke Laboratory yang dirancang.

 Maliza Azrain (Pengerusi KESATU Kuantan) dan Norfaizawati (Program Manager) Lawatan ke UKM bergambar dengan wakil dari Persatuan Pegawai Sains UKM.

 Mendengar taklimat dari Pengerusi PPS UKM

  Mendengar taklimat dari Pengerusi PPS UKM

Puan Maliza Azrain memberi cenderahati kepada Pengerusi PPS UKM sebagai tanda terimakasih.

Saturday, January 12, 2019

Mesyuarat Gred Kejuruteraan CUEPACS Bil.5(sesi 2016-2019).

10hb.Januari 2019- Mesyuarat Gred Kejuruteraan Bil.5(sesi 2016-2019).KESATU diwakili wakil tetap Gred Kejuruteraan iaitu Hj. Khalid bin Muhammad dan Yusni bin Yusop.

 Hj.Khalid dan Br.Yusni mencatat sesuatu dan fokus dalam meeting Gred Kejuruteraan

 Perwakilan Gred Kejuruteraan yang hadir


 Ahli Mesyuarat fokus untuk kepentingan gred kejuruteraan

 Datuk Azih Muda menyampaikan maklumat terkini kepada ahli mesyuarat

Presiden CUEPACS-Datuk Azih muda turut memberi sokongan