Friday, October 29, 2010

REFERENDUM KESATU

Semua Kakitangan UIAM berjawatan Tetap (Warganegara Malaysia)
Kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, CFS Petaling Jaya dan Nilai

Oleh kerana tiada penerangan diadakan oleh mana-mana pihak mengenai opsyen menukar status UIAM kepada Badan Berkanun seperti IPTA lain, maka Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) telah mengambil inisiatif sendiri menganjurkan Taklimat Penerangan Mengenai Soal Selidik Opsyen Persaraan UIAM oleh Tn. Hj. Omar Osman, Presiden, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 21hb Oktober 2010 (Khamis) di Experimental Hall, Kampus Gombak. Taklimat ini telah dihadiri oleh kakitangan UIAM dari pelbagai jabatan dan jawatan bermula dari gred 1 hingga 54.

Rumusan dari Taklimat berkenaan, semua yang hadir bersetuju sebulat suara agar satu Memorandum menukar status UIAM kepada Badan Berkanun diserahkan oleh KESATU kepada pengurusan tertinggi UIAM dan seterusnya melalui CUEPACS kepada pihak kerajaan.

Melalui kesatuan sekerja (KESATU), usaha untuk mengumpul sokongan semua kakitangan UIAM berjawatan tetap dari semua gred jawatan (1 hingga 54/JUSA) sama ada setuju atau tidak setuju dengan opsyen tersebut akan dijalankan melalui borang pungutan suara secara bertulis yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi KESATU http://www.iium.edu.my/kesatu/downloads/suara.pdf
 atau  http://kesatuiium.blogspot.com/.

Borang pungutan suara hendaklah dikembalikan kepada KESATU secepat mungkin.

Harap maklum.

MOHD YAZID AHMAD
Presiden
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu
International Islamic University, Malaysia (KESATU)
( Ditubuhkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, No. Pendaftaran :1039)
Laman Web :  http://kesatuiium.blogspot.com

Friday, October 22, 2010

Rumusan Taklimat Opsyen Persaraan UIAM di Kampus UIAM Gombak.

Oleh kerana tiada penerangan diadakan oleh mana-mana pihak mengenai opsyen menukar status UIAM kepada badan berkanun maka Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) telah mengambil inisiatif sendiri menganjurkan Taklimat Penerangan Mengenai Soal Selidik Opsyen Persaraan UIAM oleh Tn. Hj. Omar Osman, Presiden, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 21hb Oktober 2010 di Experimental Hall, Kampus Gombak. Taklimat ini telah dihadiri oleh kakitangan UIAM dari pelbagai jabatan dan jawatan bermula dari gred 1 hingga 54.

Rumusan dari Taklimat berkenaan, semua yang hadir bersetuju sebulat suara agar satu Memorandum bersetuju menukar status UIAM kepada Badan Berkanun diserahkan oleh KESATU kepada pengurusan tertinggi UIAM dan seterusnya melalui CUEPACS kepada pihak kerajaan.

Kecuali UIAM, kesemua 19 Universiti Awam (IPTA) seperti UPM, UKM, USIM, UMP dsb. adalah ditubuhkan sebagai badan berkanun. Sebagai badan berkanun, sesebuah universiti itu ditadbir mengikut statut dan peraturan-peraturan yang jelas dan kebajikan kakitangan seperti kemudahan perubatan dan pemberian pencen adalah termaktub dan terjamin.

Harap Maklum.

Thursday, October 14, 2010

Semua Dijemput Hadir Taklimat Penerangan Mengenai Soal selidik Opsyen Persaraan UIAM

Semua Kakitangan UIAM berjawatan Tetap (Warganegara Malaysia)
Kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, CFS Petaling Jaya dan Nilai

Mesyuarat Agung Pertama Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) pada 12hb Oktober 2010 (Selasa) dengan sebulat suara telah meluluskan usul memilih Skim Pencen (Kerajaan). Ini adalah memandangkan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada Pesara Kerajaan adalah yang terbaik dan menjamin masa depan seperti kemudahan kad pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang merangkumi perubatan percuma kepada pesara dan pasangan serta anak-anak dibawah umur 18 tahun di semua Klinik dan Hospital Kerajaan seluruh negara, diskaun perjalanan dengan KTMB dan Penerbangan Malaysia, pencen bulanan seumur hidup, pencen terbitan kepada balu dan anak jika pesara meninggal dunia dan lain-lain kemudahan seperti yang tertera di laman web Bahagian Pencen JPA iaitu http://www.jpapencen.gov.my/. Perlu diingatkan juga pesara Kerajaan Malaysia menikmati bonus dan pelarasan pencen seperti yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dari semasa ke semasa.

Senarai Penuh Majlis Jawatankuasa Kerja KESATU Bagi Penggal 2010-2012

Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pegawai KESATU Kali Pertama pada 12hb Oktober 2010 telah mengesahkan senarai nama Pegawai KESATU yang telah dipilih bagi penggal 2010-2012 seperti berikut :-

Presiden : Mohd Yazid Ahmad (Hp : 019-3374271)
Naib Presiden : Fakhrurrazi Danial
Setiausaha : Khalid Muhammad (Hp : 013-3911554)
Pen. Setiausaha : Shamsul Paris
Bendahari : Zakaria Mohd Zain (Hp : 013-5084455)
Pen. Bendahari : Khairul Anwar Mohd Noh
Ahli-Ahli Jawatankuasa 
1. Ahmad Suhairi Mat Jebah
2. Mohd Hamri Rahmat
3. Aznita Ahmad Zaini
4. Hasmaniza Mohd Daud
5. Dorisya Sulaiman
6. Awang Mat Hj Zainal (Wakil Kampus Kuantan)   Hp : 013-9491255
7. Radziah Othman         (Wakil Kampus Kuantan)   Hp : 017-9669101

Selamat menjalankan tugas.

Khalid Muhammad
Setiausaha KESATU

Friday, October 8, 2010

Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pegawai Kali Pertama KESATU

MESYUARAT AGUNG KALI KE-25 KESATUAN KAKITANGAN UMUM UiTM

Mesyuarat Agung Ke-25 Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara telah diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 5hb Oktober 2010
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

KESATU menghantar dua orang wakil ke Mesyuarat Agung tersebut iaitu :

1. Mohd Yazid bin Ahmad - (Presiden Penaja)
2. Khalid bin Muhammad - (Setiausaha Penaja )

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA GAKUM DI UNIVERSITI MALAYA

Majlis Jamuan Hari Raya di Universiti Malaysia telah diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 4hb Oktober 2010
Hari : Isnin
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya

KESATU menghantar dua orang wakil ke Majlis Jamuan Hari Raya tersebut bagi mengeratkan tali silaturrahim dengan kesatuan-kesatuan lain iaitu :

1. Mohd. Yazid bin Ahmad - (Presiden Penaja)
2. Khalid bin Muhammad - (Setiausaha Penaja )