Friday, September 21, 2018

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan Pemilihan Pegawai Bagi Penggal ke 6 Sesi 2018-2020 KESATU

KESATU Mengucapkan terimakasih kepada semua ahli yang hadir ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan Pemilihan Pegawai Bagi Penggal ke 6 Sesi 2018-2020. Majlis Jawatan kuasa kerja (MJK) memohon maaf jika ada yang kekurangan atau tersilap kata dan sebagainya, Bagi ahli yang ada keuzuran untuk hadir kami mengucapkan ribuan terimakasih kerana masih menyokong kami selama ini,Kepada MJK yang dilantik diucapkan Tahniah atas Amanah yang diberi oleh ahli- ahli KESATU. 







Sunday, September 16, 2018

UIAM jayakan World Cleanup Day 2018@IIUM

14hb.September 2018 , 8.30pagi : UIAM Gombak,
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu ,IIUM (KESATU) bersatu padu bersama Warga UIAM dalam menjayakan program“ WORLD CLEANUP DAY 2018@IIUM. Program dianjurkan oleh Pejabat Rektor yang disokong oleh Pejabat Komunikasi Korporat, Bahagian Pembangunan, Bahagian Teknologi Maklumat, Daya Bersih, Masjid SHAHs, BUDI dan Kesatuan dan Persatuan Kakitangan UIAM (KESATU, KURNIA, JASA, PMA dan ASA), SRC ( Perwakilan Pelajar) dan semua Kulliyyah di UIAM. Program ini dilakukan sempena “ WORLD CLEANUP DAY ” disambut secara global pada 15 September setiap tahun.

KESATU menyambut baik program ini dengan menghantar lebih dari 20 orang Ahli dan 13 ahli Jawatan Majlis Jawatan Kuasa berserta dengan lebih dari 200 warga UIAM.

Haji Yazid Bin Ahmad (Preseiden KESATU) berkata KESATU tidak teragak-agak untuk bersama menjayakan program ini kerana ia satu program yang amat baik bagi warga UIAM bersama-sama membersihkan kawasan persekitaran Kampus UIAM. Kebersihan bukan sahaja boleh memilihara kesihatan seseorang dan sekaligus dapat mencegahnya daripada penyakit, tetapi ia juga merupakan lambang keperibadian seseorang dan simbol kepada kemajuan sesuatu bangsa dan sesebuah organisasi dan negara. Kemajuan dan pembangunan sebuah negara dan masyarakat bergantung kepada sejauhmana prihatinnya masyarakat dan negara tersebut kepada aspek kebersihan katanya.Ia juga merupakan satu sumbangan KESATU kepada institusi tercinta kami dan Ummah untuk menyokong kebersihan serta menggalakan ahlinya sentiasa menjaga kebersihan kampus.

Dalam program tersebut pihak KESATU sahaja berjaya mengumpul 37 Kilogram sampah sarap tidak termasuk lain-lain Kesatuan ,persatuan dan Kulliyah-Kulliyah yang terlibat di UIAM.KESATU ingin mengucapkan terimakasih kepada ahli-ahli yang turut bersama menjayakan program ini.Semoga program ini dapat meyatupadukan kalangan ahli dengan pihak pengurusan UIAM.Warga UIAM dapat melupakan seketika pelbagai isu kontroversi kini dengan bersama-sama bersatu padu bersama-sama bergotong royong membersihkan Kampus UIAM.