Thursday, October 16, 2014

Bersama beberapa Ahli Parlimen Malaysia



Alhamdulilah,

Kami Exco Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu (KESATU  )telah bertemu dan dimurahkan rezeki dibelanja makan tengah malam (Supper) oleh Y.B. Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 14hb.Oktober 2014.Turut serta Y.B.Tan Sri Datuk Seri Shahrir Bin Abdul Samad,Y.B. Dato' Seri Ahmad Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan Kedua ),Y.B.Tan Sri  Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa dan turut serta beberapa  beberapa Ahli Parlimen lain telah melayan kami dengan ramah dan mesra .

Terimakasih kami ucap dari kami KESATU.

Launching Ceremony Of IIUM Auxiliary Police



KESATU telah dijemput oleh Pengurusan UIAM secara rasmi sebagai VIP dalam Majlis" Launching Ceremony Of IIUM Auxiliary Police "pada dan masa seperti dibawah:

Tarikh :16 hb.Oktober 2014
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : IIUM Parade Square
Dirasmikan Oleh : YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar
                                ( Inspector General Of Police )

Traders Union Training On Leadership And Raconteur (TUTELAR)



Assalamualikum,
Untuk pengetahuan KESATU telah menghantar 4 orang Exco Tertinggi menghadiri Training seperti dibawah :

Program: Traders Union Training On Leadership And Raconteur (TUTELAR)

Tarikh : 13-15 October 2014
Tempat : Seri Pacific Hotel,KL
Anjuran: JHEKS

Training/Kursus lebih menjuruskan hala tujuan kesatuan menuju wawasan 2020 dan cara mengurus Kesatuan secara berkhemah , beramanah,berintegriti  dan masa depan kesatuan itu sendiri.Seramai 350 orang menyertai kursus dari 83 kesatuan diperingkat negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) diwakili oleh dua kesatuan berdaftar iaitu Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu UIAM (KESATU) dan Kesatuan Kakitangan am UIAM ( KURNIA ).

Allahmdulilah,semua perbelanjaan di bayar oleh pihak pengajur Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Selangor (JHEKS).

Ucapan Tahniah kepada Ahli dan Exco KESATU

 KESATU menghadiahkan sejambak bunga kepada Rafidah Chee Ros ajk KESATU atas kejayaan beliau menerima ijazah di majlis konvokesyen hari ini, untuk Puan Erdawati (ahli KESATU) akan diberi kemudian kerana beliau telah pulang,

Gerai Florist KESATU





Assalamualaikum,

 Kepada Semua Warga UIAM, kami di Florist KESATU  mengucapkan ribuan terimakasih kepada pengunjung-pengunjung gerai Florist KESATU di ruang legar CAC, UIAM,Pada Majlis Konvokesyen UIAM ( 11hb,12hb dan 13 hb. Oktober 2014 ) baru-baru ini.
Banyak yang kami exco dapat pelajari bagaimana menguruskan sesuatu perniagaan dan bagaimana susahnya untuk menguruskan stok jualan, Gaji pekerja,cara menjual ,penyediaan gerai dan lain-lain lagi yang tidak dapat dinyatakan disini.
Allhamdulilah akhirnya dapat juga kami menjayakan gerai Florist KESATU .Semoga pengalaman ini dapat membantu jati diri para exco dan ahli untuk berniaga di masa hadapan.
Harap Maklum.

Wednesday, October 8, 2014

Menziarahi Presiden CUEPACS ( En.Azih Bin Muda ) di Hospital HUKM Cheras.KL


Assalamualikum,
Ahli KESATU yang dihormati,

Presiden KESATU bersama dua orang Exco telah menziarahi Encik Azih Bin Muda ( Presiden CUEPACS, ) pada 07hb.Oktober 2015 di Hospital HUKM,Cheras,Kuala Lumpur akibat serangan jantung.
Kami dari Pihak KESATU mendoakan beliau cepat sembuh dan kembali berkhidmat seperti biasa.Beliau sempat berpesan agar selepas sebulan tempoh berehat baru hubungi beliau berkenaan masalah kesatuan kerana beliau ingin berehat dalam tempoh tersebut.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa di rahmati oleh Allah S.W.T. hendaknya.

Harap Maklum



Friday, October 3, 2014

ISU EDUCARE DAN PEJABAT KESATU

Presiden dan Naib Presiden telah bertemu dengan Y.Bhg. Dato' Seri Rektor dan Director, Development Division.pada 2hb Oktober 2014 dan Hasil pertemuan itu:
1. Rektor bersedia untuk mempertimbangkan rayuan KESATU untuk mengkaji semula kadar bayaran yuran Educare untuk ahli KESATU yang menghantar anak ke situ.
2. Director, Development Division bersedia untuk berbincang lanjut dengan KESATU berkaitan permohonan untuk mendapatkan pejabat rasmi KESATU.

Harap Maklum,

IIUM SAFETY AND HEALTH COMMITTEE MEETING NO. 02/2014

IIUM SAFETY AND HEALTH COMMITTEE MEETING NO. 02/2014
Hari/Tarikh: Khamis/2hb Oktober 2014
Masa : 2:30 petang
Tempat : Conference Room, Office of the Rector
Nota:
KESATU diwakili oleh:
1. Fakhrurrazi Danial (Presiden)
2. Hj. Mohd Yazid Ahmad (Naib Presiden)