Sunday, December 30, 2018

Mesyuarat Gabungan Teknikal Universiti Awam Malaysia (GATUM)

18hb.Disember 2018: Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 4, Bangunan Canselori, UTeM, Melaka. KESATU menghantar wakil ke Mesyuarat Gabungan Teknikal Universiti Awam Malaysia (GATUM) yang diwakili Oleh Hj. Khalid Muhammad (Tim.Presoden II ) , Sdr. Yusni bin Yusof (MJK KESATU) dan Sdr. Tarmizi Abdul Rani.

En.Tarmizi dan En.Yusni mewakili KESATU ke  mesyuarat GATUM

Ahli Majlis mesyuarat GATUM

Mesyuarat Majlis Kongress CUEPACS Bil 4 (Sesi 2016-2019)

Mesyuarat Majlis  Kongress CUEPACS Bil 4 (Sesi 2016-2019)
Tarikh: 17 Disember 2018(Isnin)
Masa : 10.30 PAGI
Tempat : Wisma CUEPACS,Kuala Lumpur.

Hj. Yazid (Presiden KESATU) merupakan wakil tetap di Mesyuarat Majlis  CUEPACS.

Hj. Yazid (Presiden KESATU) melontarkan pandangan di Mesyuarat Majlis  CUEPACS

Hj. Zukkifli (Presiden GAKUM) memberi pandangan di Mesyuarat Majlis  CUEPACS

Presiden KKUTM memberi pandangan di Mesyuarat Majlis  CUEPACS


Wednesday, December 19, 2018

Joint Collaborative Council(JCC) Meeting No.2/2018.

17hb.Disember 2018: 2.30 Petang,Bilik Meeting Pejabat Rektor.
Joint Collaborative Council(JCC) Meeting No.2/2018.

Pelbagai isu dilontarkan oleh Kesatuan-kesatuan(KESATU,KURNIA) dan persatuan-persatuan(ASA,PMA) dalam mesyuarat tersebut.KESATU diwakili oleh Hj Khalid Muhammad (Tim.Presiden),Puan Aznita Ahmad Zaini (Tim.Presiden II) dan Ahmad Suhairi Mat Jebah (Setiausaha).Hj.Khalid membentangkan agenda dari KESATU mengantikkan Hj.Yazid (Presiden) yang terpaksa menghadiri Mesyuarat Kongress CUEPACS pada tarikh yang sama mesyuarat JCC berlangsung.
Hj.Khalid telah membentangkan pekara-pekara seperti berikut :

1.Satu Memorandum telah diserahkan kepada Rektor UIAM bertajuk :
Consideration for IIUM Permanent Staff Members to be given Option of Civil Service Pension
Scheme or IIUM Retirement Scheme (RBF/EPF).
Memohon Pengurusan UIAM mempertimbangkan pekara ini keperingkat atasan (Kementerian
Pendidikan).
2Memaklumkan .Pengiktirafan pergabungan KESATU dibawah CUEPACS dan permohonan
peruntukan tambahan dari pengurusan UIAM bagi KESATU melibatkan aktivi-aktiviti CUEPACS
diperingkat Nasional .
3.Memohon pertimbangan diberi subsidi kepada kakitangan UIAM bagi mencarum takaful
CUEPACSCare & CUEPACS PA.
4.Memaklumkan perlantikan Ahli Majlis Jawatan Kuasa KESATU Sesi 2018-2020.
5.Lain-lain Pekara :
(i) - Permohonan diwujudkan gred-gred 38 dan 40 bagi gred-gred N,W,JA,S ,dll.
(ii) - Perlaksanaan perkeliling tidak perlu menunggu kelulusan BOG bagi pekeliling yang
memerlukan tindakan segera seperti : Cuti Penjagaan penyakit berjangkit,Cuti Umrah,dll.
(iii)- Jawatan Merit Based perlu diberi keutamaan bagi kenaikan pangkat seperti yang terlibat
dengan aktiviti Universiti(Ajk Konvo,dll ),Ahli dalam Kesatuan,Persatuan,Kelab,Wakil Sukan
dll.
iv) Peluang diberi keutamaan bagi Gred Pelaksana(Non Acedamic) yang memperolehi PHD untuk ke Jawatan Pensyarah (Academic).
Pelbagai pekara lagi yang dibangkit dan kesemuanya tidak dapat diberi keputusan muktamad dan akan dipertimbangkan oleh pengerusan UIAM.Diakhir mesyuarat Rektor berkata berharap mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli Majlis Mesyuarat berkenaan pembaharuan yang akan di buat oleh beliau.Pembaharuan yang dibuat akan memperkasakan Triple III(3III) -UIAM.

Ahli Majlis Mesyuarat Joint Collaborative Council(JCC) Meeting No.2/2018.


Hj.Khalid Muhammad membentangkan isu dan agenda KESATU.

Thursday, December 6, 2018

Konvensyen PBT Malaysia 2018

KESATU dengan jemputan dari CUEPACS Malaysia menghantar tiga peserta Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia 2018.”Cabaran Pihak Berkuasa Tempatan Abad ke 21”.Bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh YB Zuraidah Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan).Konvensyen berlangsung pada : 3hb-4hb.Disember 2018 (Isnin-Selasa) ,bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Hj.Yazid (Presiden),Hj.Khalid Muhammad (Tim.Presiden 1) dan Ahmad Suhairi (Setiausaha) adalah wakil KESATU di Konvensyen tersebut.



Majlis dirasmikan oleh YB Zuraidah Kamaruddin
 (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)



Hj,Yazid (Presiden) dan Hj.Khalid Tim.Presiden 11 bergambar
 bersama YB Zuraidah Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
 dan Dato' Azih Muda (Presiden CUEPACS)


Hj,Yazid (Presiden)  bergambar bersama YB Khalid Bin Abdul Samad
 (Menteri Wilayah ) dan Para peserta Konvesyen.


Hj.Khalid Tim.Presiden bergambar bersama Tuan Hj.Zulkifli (Presiden GAKUM) 
di Konvesyen tersebut.

Wednesday, November 21, 2018

Mesyuarat Jawatan Kuasa Wanita CUEPACS

21hb.Nov.2018- Pejabat CUEPACS:
KESATU menghadiri Mesyuarat Jawatan Kuasa Wanita CUEPACS. Puan Salmah Md shah dan Puan Erdawatie merupakan perwakilan JK Wanita ke Mesyuarat JK Wanita CUEPACS.Ini merupakan mesyuarat pertama yang disertai olehKESATU JK Wanita setelah pergabungan dibawah CUEPACS disahkan pada 5hb.April 2018.Semoga KESATU dapat menyumbang idea dan cadangan ke peringkat Nasional.



 
Perwakilan Jawatan Kuasa Wanita bersama Datu'Azih Muda (Presiden CUEPACS)
Jawatan Kuasa Tertinggi CUEPACS turut bersama dalam Mesyuarat JK Wanita CUEPACS

Puan Salmah dan Puan Erdawatie di mesyuarat JK Wanita CUEPACS
Perwakilan dari kesatua-kesatuan Gabungan CUEPACS 
di mesyuarat JK Wanita CUEPACS

Friday, November 16, 2018

Serahan Memorendum Kronologi diberi opsyen(pilihan) skim pencen kerajaan Malaysia atau skim RBF/EPF kepada Dr. Maszlee Malik (Presiden UIAM)

15hb.November 2018.Pejabat Presiden, UIAM Gombak.

Majlis Jawatan Kuasa Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,International Islamic University Malaysia (KESATU) hari ini berjaya menyerahkan memorendum  Kronologi agar kakitangan warga UIAM diberi opsyen pencen kerajaan atau RBF/EPF kepada Dr. Maszlee Malik (Presiden UIAM).KESATU konsisten dengan perjuangan agar kebajikan kakitangan warga UIAM diberi pilihan untuk memilih sama ada ingin memilih skim persaraan  pencen seperti kerajaan Malaysia atau memilih kekal di skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti sedia ada.
Hj.Yazid Ahmad (Presiden KESATU) berkata perjuangan agar kakitangan UIAM agar diberi pilihan untuk memilih skim persaraan pencen kerajaan Malaysia  atau sistem persaraan KWSP bermula sejak tahun 2019.Ini bermakna sudah  10 tahun pekara ini diperjuangkan dan tiada jawapan bertulis daripada Majikan UIAM walaupun pelbagai memorendum dan referendum telah dibuat oleh KESATU sejak dahulu.UIAM telah disahkan sebagai IPTA awam oleh Kementerian Pendidikan ,CUEPACS dan Pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Malaysia juga bersetuju merekodkan pendaftaran KESATU sebagai Ahli CUEPACS bagi mengesahkan UIAM adalah pejawat awam.Apatah lagi semua kekosongan penjawatan dipohon dari Jabatan Pentadbir Awam(JPA) serta budget pengurusan dan gaji kakitangan UIAM adalah bersumberkan 100% daripada Kerajaan Malaysia.Kakitangan warga UIAM juga tiada syer syarikat seperti syarikat-syarikat GLC kerajaan.Oleh kerana itu KESATU  berpendapat wajar opsye/pilihan persaraan mana patut diberi pada warga UIAM ditentukan oleh mereka sendiri dan bukan tiada pilihan seperti sekarang.

Makluman positif dari Dr.Maszlee ,dimana beliau akan berbincang dengan pengurusan UIAM memberi sedikit perkembangan positif mandat ahli yang usulkan pada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2018-2020 baru- baru supaya isu pencen ini dibawa semula ke pihak pengurusan UIAM.Pihak MJK KESATU berharap pekara ini dapat diselesaikan agar kakitangan UIAM diberi pilihan bagi skim persaraan mereka kehendaki dipertimbangkan oleh pihak pengurusan UIAM.

Hj.Yazid Ahmad (Presiden KESATU) berharap semua kakitangan UIAM berdoa bersama-sama agar permononan ini dapat dipertimbangan dan mendapat kata putus,setelah berusaha,sama-samlah kita solat hajat dan bertawakkallah agar semoga dipermudahkan ,katanya selepas majlis serahan tersebut.



Hj.Yazid Ahmad menerangkan sesuatu kepada YB Dr.Maszlee Malik (Presiden UIAM)

Hj.Yazid Ahmad menyerahkan memorendum kepada Dr.Maszlee Malik


MJK KESATU yang hadir bersama menyerahkan memorendum bergambar bersama
YB Dr.Maszlee Malik

k
MJK KESATU yang hadir bersama menyerahkan memorendum bergambar bersama
YB Dr.Maszlee Malik

Saturday, November 10, 2018

Dr.Zakaria pencetus semangat gred pelaksana

10hb.November 2018,UIAM Gombak,
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, International Islamic Universiti Malaysia (KESATU) mengucapkan Tahniah dan syabas kepada Dr.Zakaria Mohamad Zain atas kejayaan di Majlis Konvokesyen UIAM ke 34 dengan menerima PhD dalam Kejuruteraan pembuatan. KESATU amat berbangga dengan pencapaian Dr.Zakaria yang juga merupakan ahli Majlis Jawatan Kuasa KESATU sesi 2018-2020,Hj . Yazid Ahmad Presiden KESATU berkata , Dr.Zakaria merupakan gred pelaksana kakitangan sokongan satu yang pertama memperolehi PhD.


Bersama keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan

Bersama Supervisior Prof.Dr.Ahsan Ali Han

Taklimat Takaful CUEPACSCare dan CUEPACS PA

8hb. November 2018: UIAM Gombak:
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,IIUM (KESATU) telah mengadakan program taklimat Takaful CUEPACSCare dan CUEPACS PA bagi kakitangan staff UIAM yang berminat pada tarikh seperti berikut :
Tarikh & Hari : 8hb.November 2018 (Khamis)
Masa : 10.30 Pagi -12.00 Tengahari
Tempat : IIUM Library Auditorium,
               IIUM Gombak.
MJK KESATU memberi alternatif kepada Warga UIAM bagi mendapatkan pelindungan maksimum pada harga minimum. Untuk pengetahuan semua,pihak KESATU tiada kepentingan dari segi komisen dan lain- lain. Tugas kami hanya memberi kesedaran melalui Biro kebajikan dan Biro pendidikan,KESATU menyerahkan keputusan buat warga UIAM sendiri memikirkan mana yang terbaik buat mereka.
Antara peserta dan MJK KESATU bergambar 
bersama wakil penceramah dari CUEPACSCare

Peserta beratur mengambil borang penyertaan CUEPACSCare



  Peserta taklimat memberi fokus atas penerangan penceramah




Sunday, November 4, 2018

Mesyuarat Bersama Kesatuan dan Persatuan di UIAM

5hb.Oktober 2018,Pejabat ASA:
Pertemuan yang harmonis membincangkan hala tuju Kesatuan dan  persatuan di UIAM.Mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian.Semoga dipermudahkan segala perbincangan dan rundingan bersama.KESATU diwakili oleh Hj.Mohd Yazid Ahmad (Presiden),Hj.Khalid bin Muhammad (Timbalan Presiden I) dan Puan Erdawatie Abdul Rahman (Penolong Setiausaha I ).Segala perbincangan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Jawatankuasa KESATU.

Perbincangan menerima pandangan semua kesatuan dan persatuan

Bukan lagi belanjawan ikat perut

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/bukan-lagi-belanjawan-ikat-perut-1.900155?fbclid=IwAR07QYJ4pnd1VXSZNDtfKqs8dDaIiLVIuPK0rJl5YgT7e75RSq6NLGID9LE

Mesyuarat MJK KESATU Bil-1/2018-2020

Mesyuarat MJK KESATU Bil-1/2018-2020 dan penyerahan surat perlantikan kepada Majlis Jawatankuasa KESATU bagi Sesi 2018-2020.

Mesyuarat perlantikan biro-biro dan serahan surat perlantikan sebagai MJK

Puan Salmah Yahya (MSD) menerima surat perlantikan sebagai 
Penolong Bendahari


Puan Erdawatie abdul Rahman (IRKH) menerima surat perlantikan 
sebagai Penolong Setiausaha I


Puan Hasmaniza Moh.Daud (MSD) menerima surat perlantikan
sebagai Ahli Jawatankuasa KESATU(AJK)


Encik Yusni Yusop (KOE) menerima surat perlantikan sebagai AJK

Puan Salmah Md.Shah (Library) menerima surat perlantikan sebagai AJK

Haji Yazid Ahmad(Presiden KESATU) menyerahkan surat perlantikan
kepada Hj.Khalid Muhammad sebagai Timbalan Presiden I

Mesyuarat MJK KESATU Bil-1/Sesi 2018-2020 dipengerusi oleh 
Hj.Yazid Ahmad sebagai Presiden KESATU

TAKLIMAT PROGRAM TAKAFUL CUEPACSCare & CUEPACS PA

Kepada Warga Kerja UIAM yg dihormati:
TAKLIMAT PROGRAM TAKAFUL CUEPACSCare & CUEPACS PA
Tarikh & Hari : 8/11/2018(Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 12.00
Tengahari
Tempat: IIUM Library Auditorium, IIUM Gombak

Semua dijemput hadir bagi melihat kelebihan atau kekurangan berbanding Takaful UIA sedia ada, bagi mendapat gambaran ke arah kebaikan bersama. 2 CTD Point - insyallah akan diusahakan (Taklimat Dalam Bahasa Malaysia).
Terimakasih.

Contoh kad CuepacsCare dari Takaful Zurich

Serahan Bantuan Tabung Kebajikan

30hb.November 2018 UIAM Kampus Kuantan :
Puan Aznita Ahmad Zaini(Timb.Presiden II ) menyerahkan Bantuan Tabung Kebajikan kepada Puan Norfaizawati dan En. Sarlan , Kita doakan bersama agar roh arwah bapa mereka berdua sentiasa dalam rahmat Allah.Alfatihah.Aamiin!!

Puan Norfaizawati menerima sumbangan Tabung Kebajikan KESATU
 dari Puan Aznita (Timbalan Presiden II KESATU )


 
Encik Sarlan menerima sumbangan Tabung Kebajikan KESATU dari 
Puan Aznita (Timbalan Presiden II KESATU )

UIAM Sebahagian Daripada Masyarakat Setempat


25hb.Oktober 2018:Pekuburan Islam Kg.Sg.Pusu.
University Centre for Community Engagement UIAM(BUDI) dan Penduduk Kampung Sg. Pusu menganjurkan program Gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam Kg. Sg. Pusu.Turut serta kesatuan sekerja dan persatuan2 kakitangan UIAM.KESATU tidak ketinggalan menyertai gotong royong dengan menghantar 12 org ahli dengan semua yg terlibat lebih kurang 80 orang.
Tujuan program adalah merapatkan silaturahim antara penduduk sekitar UIAM dengan melakukan gotong royong.Pengkongsian tanah perkuburan antara warga UIAM dan masyarakat setempat mengambarkan betapa rapatnya hubungan antara kedua belah pihak.Menjadikan mesyarakat setempat sebagai sebahagian daripada universiti- bersama2 susah dan senang. program akan diteruskan di perkampungan orang asli di sekitar universiti untuk program seterusnya.


Hj.Yazid Ahmad mengiringi Emeritus Professor Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak menziarahi 
makam arwah Ahmad Mohamed Ibrahim (Mantan Dekan Aikol )


Hj.Yazid Ahmad (Presiden KESATU ) menolong menanam pokok 
di sekitar tanah perkuburan kg.Sg.Pusu.

Emeritus Professor Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak menyiram pokok yang telah ditanam

Ketua Kampung Sg.Pusu turut hadir (Baju Merah lengan panjang topi cap kelabu )

Antara MJK dan Ahli  Kesatu yang hadir ke program gotong royong tersebut

Makam arwah Tan sri Prof. Ahmad Bin Mohamed Ibrahim yang telah dibersihkan.

MJK KESATU bergambar bersama Rektor UIAM

Wakil KESATU dan Wakil KOE pertemuan dan perbincangan bersama Dean KOE

24hb.Oktober 2018- Wakil KESATU dan Wakil KOE meneruskan pertemuan mencari satu kata sepakat .Satu perbincangan harmonis moga dipermudahkan segala urusan.

MJK KESATU dan Wakil Teknikal Staff KOE mengadakan perbincangan
 bersama Prof.Erry Yulian T.Adesta (Dekan Kulliyah Kejuruteraan UIAM)

MJK KESATU dan Wakil Staf Teknikal Kulliyyah Kejuruteraan UIAM membuat pertemuan dan perbincangan bersama Y.Bhg.Dato’ Rahim

19hb.Oktober 2018 : 5.05ptg -6.30ptg, MJK KESATU dan Wakil Staf Teknikal Kulliyyah Kejuruteraan UIAM membuat pertemuan dan perbincangan bersama Y.Bhg.Dato’ Rahim bin Ahmad (Pengarah Eksekutif MSD) dengan penuh mesra dan harmonis seperti pertemuan- pertemuan MJK- MJK KESATU sebelum ini. Terimakasih Y.Bhg Dato’ sudi memberi masa buat kami walaupun tersangat sibuk dengan Ibadah Camp.Tahniah Y.Bhg. Dato’!!

MJK KESATU bersama wakil Teknikal Staf KOE mengadakan pertemuan 
bersama 
Y.Bhg.Dato’ Rahim bin Ahmad (Pengarah Eksekutif MSD) berkaitan permasalahan di KOE.

Pertemuan berlangsung dengan penuh harmonis walaupun kesibukan Y.Bhg.Dato' Rahim


Seminar Perancangan Persaraan Penjawat Awam.KESATU

19hb.Oktober 2018 - Dewan Sri Siantan Perdanan Putrajaya- Seminar Perancangan Persaraan Penjawat Awam.KESATU menghantar 13 perwakilan ke seminat tersebut