Tuesday, October 31, 2017

Penyerahkan Sumbangan Tabung Kebajikan KESATU

30hb.Oktober 2017- Hj.Mohd Yazid (Presiden KESATU) menyerahkan sumbangan Tabung Kebajikan KESATU kepada ahli Puan Hazrani, dan Nurfizah yang kehilangan bonda dan Puan Hasnita kehilangan ayahanda yang telah kembali kerahmatulah baru- baru ini.Kita doakan agar yang pergi akan tenang dan sentiasa dalam rahmah Allah hendaknya. Alfatihah.Sumbangan Tabung Kebajikan KESATU telah mula berkuat kuasa pada 14hb Jun 2017 setelah diluluskan oleh JHEKS-(Bagi kematian ahli dan keluarga terdekat).

  
     
Puan Nurfizah antara penerima sumbangan atas kehilangan bonda tercinta

                                     
Presiden KESATU sempat membuat tahlil dan doa selamat buat arwah ibu Puan Hazrani
                                   

 Puan Hasnita antara penerima sumbangan atas kehilangan Ayahanda tercinta baru-baru ini.

  Puan Hazrani antara penerima sumbangan Tabung Kebajikan KESATU.

Wednesday, October 18, 2017

Gotong royong membuat bubur Asyura KESATU dengan Kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kulliyah Engineering (KSKKK)

16hb.Oktober 2017-26 Muharam 1439 H
Coliseum Kulliyah Engineering
Satu program Gotong royong membuat bubur Asyura KESATU dengan Kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kulliyah Engineering (KSKKK) julung kali telah diadakan pada 16hb.Oktober 2017(Isnin) -26 Muharam 1439 H bertempat di Coliseum Kulliyah Engineering .Objectif program diadakan bagi merapatkan saf dan hubungan serta tanda persaudaraan antara warga UIAM sempena sambutan tahun baru 1439H juga meningkatkan kesedaran kepada Ahli dan warga UIAM akan peristiwa besar Hijrah Rasulullah S.A.W , yang menyimpan seribu rahsia kejayaan dari peristiwa tersebut.

Ia juga dapat  meningkatkan semangat tolong menolong ketika bergotong royong dan menggalakkan ia menjadi satu budaya dan budi sesama  warga UIAM.Semoga ia dapat  meningkatkan syiar Islam dan ia merupakan satu cara KESATU bagi  menyambut Tahun Baru Hijrah 1439H tahun ini.

Progaram amat berjaya dengan disertai ahli Kelab KSKKK dan ahli KESATU,Bubur asyura diedarkan dan di sampaikan oleh Presiden KESATU dan juga Pengerusi Kelab KSKKK.Acara berakhir pada 5.30pm setelah bubur Asyura telah habis diedarkan.





Sunday, October 15, 2017

MAKLUMAN BARISAN KEPIMPINAN JAWATAN KUASA TEMPATAN (JKT) KAMPUS KUANTAN, KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN SATU, INTERNATIONAL ISLAMICUNIVERSITY MALAYSIA (KESATU) SESI 2017/2018



Assalamualikum, W.B.T

Kepada ahli KESATU yang dihormati,

Sukacita kami maklumkan bahawa Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, International Islamic University Malaysia (KESATU) telah mengadakan Mesyuarat  dan Pemilihan Jawatan Kuasa Tempatan KESATU di Kampus Kuantan pada 29hb. September 2017 dan telah melantik barisan kepimpinan Jawatan Kuasa Tempatan (JKT) KESATU bagi penggal 2017/2018 seperti berikut :

No.
Nama
Jawatan
1.
Maliza Azrain Sham Bt Mohd Azmi
Pengerusi
2.
Azam Fauzi Bin Mohd Said
Naib Pengerusi
3.
Noorshamriza Bt Abdul Razak
Setiausaha
4.
Mat Zamri Bin Sarji
Bendahari
5.
Aishah Bt Mansor
JKT
6.
Fatimah Bt Harun
JKT
7.
Mohd Kamazkhezly B. Mohamed Kamal
JKT
8.
Radziah Bt Othman
JKT
9.
Sarlan Bin Sahrum
JKT
10.
Rosazura Binti Jasmi         
JKT
11.
Abdul Halim Ihsan
JKT
12.
Norfaizawati Mohamed Amin
AJK





Monday, September 4, 2017

Bengkel Penubuhan Gabungan Jawatankuasa Penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Universiti Awam Malaysia

28hb-29hb.Ogos 2017-Bengkel Penubuhan Gabungan Jawatankuasa Penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Universiti Awam Malaysia telah diadakan di Dewan Seminar Al-Farabi UPM ,Serdang, Sekangor.

Bengkel bertujuan bagi membincangkan bagaimana membentuk satu gabungan Penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Universiti Awan Malaysia,Bengkel telah bersetuju menubuhkan Gabungan Teknikal Universiti Awam (GATUM) terbuka pada Penolong Jurutera (JA29 -JA40) dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Universiiti Awan Malaysia(DV 19-DV40) yang akan bernaung di bawah GAKUM.

Gabungan ini akan membincangkan bagi meningkatkan peluang kerjaya, membuat kertas kerja bagi dilanjutkan kepada GAKUM dan seterusnya ke CUEPAS ,mengadakan seminar,bengkel,forum dan lain-lain aktiviti bagi meningkatkan kerjaya sebagai penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Universiiti Awan Malaysia khasnya.

                                         




Kursus Transformasi Penolong Jurutera JA29

25-27 Julai 2017 - Hotel Copthorne Cameron Highland -Kursus Transformasi Penolong Jurutera JA29 -(Penolong Jurutera Pemangkin Kecemerlangan dan Pengukuhan Organisasi-Anjuran: Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Organisasi Dan Kompetensi, Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).



Friday, June 2, 2017

Sumbangan Ramadhan KESATU

30hb.Mei 2017- MJK KESATU menyampaikan sedekah dari Hamba Allah kepada Ahli KESATU yang mempunyai anak- anak yatim- Semoga sedekah dibulan Ramadhan menjadi amalan kita semua.


Audit Dalaman KESATU

26hb.Mei 2016- Bilik Mesyuarat Mahallah Salahhudin Terimakasih kepada Tuan Misrol Bin Amri dan Puan Nabiha Binti Ahmad juruaudit dalaman KESATU memberi teguran bagi memperbaiki dan mempertingkatkan akaun KESATU secara lebih terurus.Teguran diterima positive oleh Bendahari dan MJK KESATU.



Rewang menyediakan Bubur Lambuk

25hb.Mei 2017 - Masjid Sultan Ahmad Shah,Gombak-MJK KESATU bersama Warga UIAM bergotong royong(rewang) menyediakan Bubur Lambuk bagi Warga UIAM yang akan diedarkan pada 1.00 tegahari pada hari yang sama.Turut serta Timbalan Rektor Dato' Mizan bin Hitam,Dato Zailan dari Finance Division dan juga semua pegurusan Masjid UIAM.










Sambutan Hari Pekerja GAKUM 2017

23hb.Mei 2017-Dewan Mawar-UITM - Sambutan Hari Pekerja 2017 GAKUM-"Pekerja Inovatif IPTA Cemerlang".KESATU menghantar 10 orang dalam sambutan hari pekerja GAKUM tahun ini,











Sunday, April 30, 2017

Perutusan Hari Pekerja 2017-Presiden KESATU

 
Assalamualikum wrt. wbh.,

  Selamat menyambut Hari Pekerja 2017 kepada semua ahli KESATU yang dihormati dan juga kepada semua warga UIAM khususnya. Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada taraf kehidupan kita seharian.Dimana harga minyak yang tidak menentu,ditentukan setiap minggu agak menyukarkan kakitangan Awam untuk mengawal perbelanjaan,Setiap pembelian dikenakan GST juga menyukarkan kita untuk mengawal perbelanjaan begitu juga kenaikan harga barang dan peningkatan kos-kos lain diluar kawalan kita.

   Pengeluaran wang perbelanjaan keperluan harian tanpa kuasa kawalan dari kita secara tak langsung menyukarkan hari-hari mendatang dalam pengurusan kewangan kita.Oleh tu berjimat dan berbelanja hanya keperluan mungkin dapat menolong kita dalam mengawal perbelanjaan .Berhutang dan menguruskan hutang secara berkhemah adalah sangat perlu dimasa kegawatan seperti ini agar kita tidak terperangkap dalam keadaan hutang yang tidak terkawal dan menyebabkan kita berkeadaan muflis.

   Peranan Kesatuan bukan sekadar mengumpul ahli dan menjalankan aktiviti social,malah ia adalah satu organisasi yang bertanggungjawap bagi membela ahlinya serta memastikan hubungan baik antara Kesatuan dan majikan agar UIAM diurus tadbir dengan baik.Sebagai rakan kongsi dalam struktur UIAM,KESATU akan sentiasa memastikan UIAM sihat dalam semua aspek perjalanannya.Ini akan memastikan bahawa pekerja di UIAM akan mendapat keselesaan dalam pekerjaan,keharmonian majikan dan KESATU akan sentiasa menjadi rakan kongsi bagi pengurusan UIAM,supaya semua pekerja,perasarana dan persekitaran berada dalam keadaan baik. Keharmonian bersama majikan haruslah kita terus pelihara dan merupakan tanggungjawap kita bersama

 Bagi kakitangan Gred 27 hingga 40 yang belum menjadi ahli KESATU ,marilah menyertai keluarga KESATU supaya suara saudara/ saudari boleh diketengahkan mengikut saluran, bukan dilontar diluar sana tanpa saluran yang betul.Pertukaran Pemimpin-pemimpin dalam Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia(GAKUM) baru-baru ini yang di ketuai oleh Presiden baru Tuan Hj.Zulkifli Mohamed (UITM) ,diharapkan dapat menyampaikan hasrat dan permasalahan kakitangan -kakitangan Universiti ke pihak Pengurusan Universiti dan ke CUEPACS dengan penuh hikmah demi kesejahteraan Warga Universiti Awam khususnya.

  Pilihanraya yang dijangkakan akan berlangsung tidak lama lagi adalah merupakan landasan dan tanggungjawap kita menentukan pemimpin-pemimpin dalam Negara kita.Oleh itu saya menyeru semua ahli KESATU agar berdaftar sebagai pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya agar kita bertanggungjawap menentukan hala tuju Negara kita.

   Di samping itu marilah kita kekalkan iltizam berintegriti di dalam diri kita. Berilah ruang kepada KESATU untuk menyelesaikan permasalahan,membentangkan idea secara berhemah dan harmoni demi menjaga hubungan baik antara majikan, kesatuan dan pekerja.Saya menyeru sekali lagi kepada semua staf dari Gred 27 hingga Gred 40 agar menjadi ahli KESATU untuk menunjukan kesepakatan dan kekuatan suara kita di Kumpulan Pelaksana I. Pepatah ada menyatakan "Bersatu kita teguh bercerai kita roboh". Begitulah juga ibaratnya kita berkesatuan.

 Akhir kata sebagai Presiden KESATU saya mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan gunakan cuti yang ada dengan penuh berkualiti bersama keluarga dan masyarakat. Terimakasih atas segala bakti anda ahli KESATU terhadap UIAM yang kita cintai.

Selamat Hari Pekerja

“ PEKERJA KREATIF PENCETUS INOVASI “

HJ MOHD YAZID BIN AHMAD
Presiden KESATU UIAM
1 Mei 2017



Mesyuarat Pemilihan Kepimpinan GAKUM

26hb.April 2017-UTem Melaka.
Majlis Mesyuarat GAKUM bagi pemilihan Kepimpinan telah berlangsung dengan lancer .Dirasmikan Oleh Pendaftar UTem Dato Hasan Siron dan perbelanjaan makan minum mesyurat ditanggung oleh pihak UTem diucapkan Terimakasih.Tuan Haji Zulkifli Bin Mohamed dilantik sebagai Presiden baru GAKUM Sesi 2106-2018 mengantikan YM Ku Azmi bin Ku Ibrahim,Mohd Razali bin Singah sebagai Timbalan Presiden 1 dan Encik Talhah bin Abdul Rahman sebagai Timbalan Presiden 2 dan Abdul Rahman Bin Hj.Nordin sebagai Setiausaha Baru GAKUM.
Semoga pemilihan yang diterajui oleh kepimpinan Baru GAKUM dapat menyalurkan segala permasalahan dan idea baru kepada Pengurusan KPT dan juga kepada CUEPACS bagi menjadikan kakitangan Universiti Awam berdaya Maju.











HARI KUALITI UIAM 2017

26hb.April - 27hb.April 2017-Pusat Kebudayaan UIAM Gombak.

Alhamdulilah dengan penuh semangat KESATU sekali lagi menyertai Hari Kualiti UIAM 2017.Seperti biasa KESATU terlibat dengan penyedian Booth bertujuan memberi kesedaran kepada Gred 27 hingga Gred 40 betapa penting berkesatuan,Mendekati ahli dengan menyediakan buku cadangan dan idea yang perlu diketengahkan oleh Jawatan Kuasa KESATU kepada pengurusan UIAM mendapat sambutan sepanjang dua hari acara berlangsung.Sedikit Goodies (Jajan) diberi kepada pelawat yang hadir serta bunga telur dan pulut kuning menjadi tradisi KESATU menyambut tetamu-tetamu VIP.