Thursday, June 28, 2012

Keselamatan di Tempat Kerja.

Assalammu ‘alaykum wrt wbh,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa KESATU telah dilantik sebagai wakil pekerja (Gred 27 – 40) di dalam IIUM Safety and Health Committee (SHC) berkuatkuasa pada 27 Jun 2012.
KESATU diwakili oleh Presiden (Tn. Hj. Mohd. Yazid Ahmad) dan Naib Presiden (Fakhrurrazi Danial).
Di dalam mesyuarat yang diadakan pada 27 Jun 2012, KESATU telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada IIUM SHC di atas perlantikan tersebut.
KESATU juga ada mencadangkan di dalam mesyuarat tersebut supaya ‘safety inspection’ diadakan secara kerap dan berkala di semua K/C/D sebagai langkah untuk mengenalpasti hazard dan risiko yang ada di tempat kerja dan seterusnya boleh menghindarkan kejadian kemalangan di tempat kerja.
Oleh itu, KESATU menjemput ahli-ahli untuk memberi cadangan/aduan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) @ Occupational Safety and Health (OSH) di tempat kerja supaya cadangan/aduan ini boleh disalurkan kepada IIUM SHC dan Occupational Safety and Health Unit (OSHU).
Wassalam.