Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha


Ahli Jawatankuasa Kerja KESATU mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Ahli KESATU dan juga kepada Warga UIAM.Moga di hari raya ini kita dirahmati oleh Allah.Amin.

Friday, November 12, 2010

Tarikh Tutup Borang Pungutan Suara Secara Bertulis Bagi Kakitangan UIAM (Berjawatan Tetap ) -30hb Nov .2010

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa KESATU akan melanjutkan tempoh pengembalian borang pungutan suara secara bertulis kepada 30hb November 2010( Selasa ) bagi memberi peluang kepada semua kakitangan UIAM berjawatan tetap (warganegara Malaysia) di semua Kampus (Gombak, Kuantan, Kuala Lumpur -ISTAC & IIBF, Nilai dan Petaling Jaya) untuk mengambil bahagian dalam pungutan suara bertulis ini. Borang Pungutan Suara Boleh didapati di link  http://www.iium.edu.my/kesatu/downloads/suara.pdf, dan kembalikan seberapa segera kepada :
Br. Khalid Bin Muhammad ( Setiausaha Kesatu ),
Kulliyah Engineering (ECE ), UIAM ,
P.O.Box 10, 50728 Kuala Lumpur.

Hp No :  013 3911554
Ext : 3372

Harap Maklum, Sekian Terima Kasih.                        
       

Thursday, November 4, 2010

Salam Dari Mekah

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh,

Untuk Maklumat kepada Ahli-ahli KESATU , Br.Mohd Yazid Ahmad ( Presiden KESATU ) telah selamat berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Ibadah Haji. Beliau menyampaikan Salam kepada semua ahli-ahli KESATU dan berharap ahli-ahli memberi sokongan penuh terhadap Pungutan Suara yang sedang berjalan.Beliau disana akan mendoakan kejayaan dan di permudahkan perjuangan KESATU dalam membela kebajikan ahli-ahlinya. Br.Yazid telah beberapa kali menghubungi Pihak KESATU bertanya khabar,perkembangan Kesatuan dan juga menyampaikan Salam Kepada Ahli-ahli KESATU.
  Semoga beliau di kurniakan kesihatan yang baik bagi mengerjakan Ibadah Haji dengan sempurna dan moga memperolehi Haji Mabrur.Amin.

Wednesday, November 3, 2010

REFERENDUM (Questions and Answers)

Antara soalan-soalan yang ditanya adalah seperti berikut:-

Soalan: Adakah kakitangan akademik UIAM boleh menyertai referendum ini?
Jawapan: Pungutan suara ini boleh disertai oleh semua kakitangan UIAM berjawatan tetap (warganegara Malaysia) termasuk kakitangan akademik.

Soalan: Adakah pungutan suara ini terhad kepada ahli KESATU sahaja?
Jawapan: Tidak. Pungutan suara ini tidak terhad kepada ahli KESATU sahaja. Semua kakitangan UIAM berjawatan tetap (warganegara Malaysia) boleh menyertai pungutan suara ini.

Soalan: Bagaimana hendak menghantar borang pungutan suara yang telah diisi?
Jawapan: Hantar kepada En. Khalid Muhammad, Setiausaha KESATU, Kulliyyah of Engineering, IIUM Gombak Campus atau hubungi HP: 013-3911554 atau 03-61964000 samb. 3372 atau mana-mana Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) KESATU yang boleh dirujuk melalui laman web http://kesatuiium.blogspot.com/.

Soalan: Kenapa Setiausaha KESATU tidak dapat dihubungi melalui sambungan telefon 3772?
Jawapan: Sambungan yang sebenarnya ialah 3372. Pihak KESATU ingin memohon maaf di atas kesilapan mencetak sambungan Setiausaha KESATU dalam borang pungutan suara. Kesilapan tersebut baru disedari dan telahpun diperbetulkan.

Harap maklum.

    

PKAUM bantah tukar sistem

Harian Metro
2hb November 2010

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM), mengadakan perhimpunan secara aman di depan Dewan Canselor, semalam bagi memprotes pemansuhan Sistem Akademik Pekerja dan digantikan dengan sistem baru yang lebih rumit serta kurang praktikal.

Mesyuarat Menjadi Ahli Gabungan CUEPACS

Susulan dari kelulusan sebulat suara ketetapan usul untuk menjadi ahli gabungan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) oleh Mesyuarat Agung KESATU pada 12hb Oktober 2010 yang lalu, KESATU telah memohon untuk menjadi ahli gabungan (CUEPACS). Pihak CUEPACS telah menjemput beberapa kesatuan sekerja termasuk KESATU ke Mesyuarat Menjadi Ahli Gabungan CUEPACS yang telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 2hb November 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 ptg. - 5.00 ptg.
Tempat : Wisma CUEPACS, Jalan Pudu, Kuala Lumpur
Dipengerusikan Oleh : Tn. Hj. Omar Osman, Presiden CUEPACS

KESATU telah diwakili oleh En. Fakhrurrazi Danial (Pemangku Presiden), En. Khalid Muhammad (Setiausaha) dan En. Ahmad Suhairi Mat Jebah (Ahli MJK)