Tuesday, April 10, 2018

Majlis Taklimat Perdana Menteri kepada Pejawat Awam di PICC Putrajaya.

4hb.April 2018- Presiden KESATU di Majlis Taklimat Perdana Menteri kepada Pejawat Awam di PICC Putrajaya.Turut serta bersama Hj.yazid ialah MJK dan ahli KESATU yang lain.






Tuesday, April 3, 2018

Bacaan Yasin dan Tahlil ringkas serta sumbangan tabung kebajikan

29hb.Mac 2018- Bacaan Yasin dan Tahlil ringkas serta sumbangan tabung kebajikan kepada ahli- ahli KESATU atas kehilangan ibunda dan ayahanda tercinta ke rahmatullah baru- baru ini.Ahli yang menerima sumbagan tabung kebajikan ialah sis. Syazwani Binti Mahmoodin dan Nurraidah Binti Razali. Semoga roh bonda dan ayahanda sahabat kita ditempatkan dikalangan orang- orang beriman.Amin!!





Kunjung Hormat dan Musyawarah KESATU bersama Y.Bhg. Tuan Mustafa bin Ali (Ketua Pengarah JHEKS Putajaya)

23hb.Mac 2018- JHEKS Putrajaya- Kunjung Hormat dan Musyawarah KESATU bersama Y.Bhg. Tuan Mustafa bin Ali (Ketua Pengarah JHEKS Putajaya)






Program cuti sekolah (Xcellent Young Caliph 2018)

23hb-25hb.Mac 2018- Program cuti sekolah (Xcellent Young Caliph 2018)anjuran Fast Couch Resources(FCR) bersama KESATU Kuantan/Masjid UIAM Kuantan.










Mesyuarat bersama Supt.Abdul Shukor, Director- Office Of Security Management (OSEM)

21hb.Mac 2018-Pertemuan dan perbincangan bersama Supt.Abdul Shukor, Director- Office Of Security Management (OSEM) berkaitan perlaksanaan sepenuhnya Automatik Lane Barrier (ALB) di UIAM Gombak.





Audit JHEKS

8hb.Mac 2018- JHEKS Shah Alam, Selangor: Presiden, Setiausaha dan Bendahari KESATU bersama dengan Puan Nurul Huda (Penolong Pengarah JHEKS) bagi menghadiri tanggungjawap Audit keatas Kesatuan- Kesatuan berdaftar.




Seminar Perundangan Perkhidmatan Awam di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan,Bangi

27hb-28hb. Feb. 2018-Bangi- KESATU menghantar wakil ke Seminar Perundangan Perkhidmatan Awam di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan, Bangi.Semoga selamat menimba ilmu bagi yang menghadiri seminar tersebut.



Seminar “Eat Well,Be Well”

21hb.Feb.2018-Rabu-: Tahniah kepada para peserta Seminar Eat Well Be Well semoga memperolehi ilmu dan pengajaran dari seminar tersebut. Terimakasih kepada Ahli Jawatan Kuasa yang bertugas semoga seminar berjalan dengan lancar dan bermanfaat buat semua peserta seminar.










Kunjung Hormat KESATU & Musyawarah bersama Tan Sri Dato’ Rais Yatim (Presiden UIAM)

20hb.Feb.2018-Pejabat Presiden UIAM: Terima kasih kepada Pegawai Khas Presiden (Encik Mir Azrul) yang mengatur perjumpaan bersama Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (Presiden UIAM) . Pertemuan Kunjungan Hormat dari KESATU disambut dengan penuh mesra dan dapat merungkai beberapa perkara dengan penuh budaya budi melayu ketika bermusyawarah.




Kunjung Hormat KESATU & Musyawarah bersama Assc.Prof.Dr.Shamsul Jamili Yeob

14hb.Februari 2018- Presiden KESATU bersama MJK KESATU menggalas tanggungjawab dan amanah mewakili suara Resident Officers (RO) bermusyawarah bersama Assoc. Prof. Dr. Shamsul Jamili Yeob (Deputy Rector- Student Affairs & Alumni) bagi membincangkan permasalahan dan penyelesaian berkaitan isu RO.




Bengkel Transformasi Gred Kejuruteraan “Skim J & DV Menggapai TN50

5hb-7hb. Feb. 2018 (Isnin-Rabu)-UTM Skudai- Bengkel Transformasi Gred Kejuruteraan- “Skim J dan DV Menggapai TN50”.Pelbagai kertas kerja telah dibentangkan dan ada yang diterima dan ada pula yang perlu dimurnikan semuala pada bengkel yang akan datang.





Mesyuarat Majlis Jawatankuasa KESATU Bil-1/18

2hb.Feb.2018 -Mesyuarat Majlis Jawatankuasa KESATU Bil-1/2018 berlangsung dengan dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas dan penyampaian kepada penerima Tabung Kebajikan.Mesyuarat di pengerusikan oleh Presiden KESATU,pelbagai pekara dibincangkan bagi membela kebajikan ahli-ahli KESATU.