Saturday, October 29, 2011

Piket MTUC seluruh negara bantah pindaan Akta Pekerja

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.
"MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat 'good crowd' hari itu," katanya dalam sidang media di Wisma MTUC di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri presiden MTUC, Mohd Khalid Atan.
Pada 6 Oktober lepas, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam. Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.
Pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.
Abdul Halim berkata piket itu akan berlangsung antara jam 5 petang dan 6.30 petang dan sebanyak 100,000 risalah akan diedarkan serta 41 kain rentang akan dibawa sepanjang piket itu berlangsung di seluruh negara.
Katanya MTUC akan menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negara bagi memaklumkan tujuan dan lokasi piket itu diadakan sambil menegaskan piket itu akan berlangsung secara aman.
  "Kita sudah serah surat kepada Perdana Menteri minggu lepas supaya akta itu dapat ditarik balik dan dibincangkan semula dengan pekerja," katanya.
Beliau berkata isu terbesar mengenai pindaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja di mana ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan itu.
Katanya sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor itu bukan majikan tersebut menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Thursday, October 27, 2011

Ucapan Tahniah kepada Rektor UIAM - Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin

Tahniah di ucapkan kepada- Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran "Datuk Seri",

Ikhlas dari  Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University Malaysia (KESATU).
Harap Maklum.

Friday, October 21, 2011

Isu terkini di UIAM

Isu terkini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkaitan Prof.Abdul Aziz Bari yang diberi surat tunjuk sebab serta  pihak UIAM juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang di Universiti ini.
Manakala Rektor UIAM ,Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin dalam sidang akhbarnya telah menjelaskan tindakan menggantung tugas Prof.Dr Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan ke atasnya.  
 Beliau turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Prof.Dr Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan.Katanya UIAM tetap membayar gaji Prof.Abdul Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.
"Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar," katanya.
  Menurut Prof.Dr Zaleha,Dr Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lepas, dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor.
Beliau berkata jika Abdul Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.
Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin berkata kenyataan Abdul Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.
  Bagi kami ahli-ahli Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu UIAM (KESATU) berhubung isu ini tidak sedikit pun melunturkan semangat ahli-ahli KESATU dalam menjalankan tugas-tugas harian di UIAM.Kami Ahli-ahli KESATU komited menjalankan tugas-tugas harian dengan skop tugas yang berlainan bagi menjayakan Visi dan Misi UIAM.


Harap Maklum..

Saturday, October 8, 2011

Antara Intipati Belanjawan 2011 .

Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kakitangan awam

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini

Monday, October 3, 2011

Bersara 60 Tahun Langkah Atasi Kenaikan Kos Hidup

Secara kesuluruhannya,tujuan had umur persaraan dilanjutkan adalah bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup,termasuk perubatan,perumahan dan barang keperluan harian.Kita melihat isu usia mempunyai implikasi begitu besar kepada produktiviti guna tenaga kerja di negara ini.Sekarang ini ,sektor swasta belum ada penetapan unur persaraan.Seperti yang kita ketahui,umur bekerja hari ini ialah antara 16 hingga 64 tahun.Soal tidak produktiviti   apa bila lanjut umur adalah tidak betul kerana ada orang muda pun ada yang tidak produktif.Faktor tahap kesihatan yang meningkat ketara adalah salah satu faktor permohonan lanjutkan usia persaraan.Jangka hayat pada tahun 1950-an,purata boleh hidup dalam lingkungan 48.5 tahun,iaitu lelaki sehingga 47 tahun dan wanita pada purata 50 tahun,jadi sesuai dengan had persaraan 55 tahun.Tetapi pada tahun 2010,purata jangka hayat meningkat dengan lelaki sehingga 72.9 tahun dan wanita 77.6 tahun.Ini menunjukkan rakyat negara ini mampu bekerja lebih lama.Jika dibandaingkan dengan negara lain,kita agak ketinggalan.Jepun dan Korea Selatan sudah melanjutkan usia persaraan hingga 60 tahun.Brunei,Indonesia,Thailand,Filipina,Vietnam dan Kemboja juga lakukan pekara sama bagi sektor swasta mereka.Singapura pula melanjutkan hingga 62 tahun dan Australia 65 tahun.Usia bersara 55 tahun di Malaysia ketika ini hanya meletakkan sama dengan Bangladesh,Sri Lanka,Nepal dan Papua New Guinea.