Sunday, November 4, 2018

Bubur asyura KESATU

4hb.Oktober 2018 /24 Muharram 1440 ,UIAM GOMBAK.

Ketibaan Muharam, bulan pertama dalam kalendar Islam yang lazimnya diadakan sambutan tahun baharu turut ditandai dengan tradisi membuat bubur asyura dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Tradisi membuat bubur yang dikaitkan dengan peristiwa nabi Musa dimana . Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka dan juga sejarah berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar,maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.

Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,IIUM (KESATU) mengambil inisiatif membuat bubur asyura bergotong-royong pada hari ini buat semua kakitangan-kakitangan sokongan satu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Menurut setiausaha KESATU ,En.Ahmad Suhairi Bin Mat Jebah berkata ,”tradisi ini memang setiap tahun dilakukan oleh kakitangan-kakitangan sokonagan UIAM pada setiap kali tibanya bulan Muharram,Ini merupakan kali kedua yang dianjurkan oleh KESATU yang diadakan pada hari ini 4hb.Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 secara begotong royong. Seramai 30 orang kakitangan sokongan lelaki dan wanita terlibat dalam program in dan Sebanyak 250 pack bubur asyura diagihkan kepada ahli –ahli KESATU dengan memberi kepada setiap wakil Kulliyah dan Jabatan masing-masing. Beliau juga berkata kerja membuat bubur asyura menjadi lebih mudah dengan dibuat secara bergotong royong dengan kaum ibu sejak sehari sebelum telah menyediakan bahan masing-masing dengan merebus ubi keledek ,kajang kuda,menyediakan jagung,pisang dan lain-lain lebih dari 10 bahan utama,manakala kaum bapa menyiapkan dapur dan acara mengacau.

Tradisi itu selama ini juga turut mengeratkan hubungan persaudaraan, kejiranan, kemasyarakatan dan semangat kekitaan melalui perkongsian perbelanjaan atau bekalan bahan, tenaga dan kemahiran untuk memasak juadah itu, sebelum mengecapinya bersama.

Katanya juga, tradisi yang diwarisi ini besar maknanya, mempunyai nilai yang tinggi bagi mereka yang tahu menghargai kerana ia menyemai semangat kekitaan melalui konsep bergotong-royong di samping mengeratkan silaturahim.

Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada ketua-ketua jabatan yang sentiasamemberi sokongan kepada kakitangan-kakitangan sokongan UIAM bagi membuat program Bubur Asyura ini.