Sunday, August 9, 2015

Interaktif Demi Kebaikan Semua


 IIUM Gombak-27hb.Ogos 2015.
Satu pertemuan hati ke hati buat julung kalinya antara Wakil Majlis Tertinggi Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,Internationla Islamic University Malaysia (KESATU) bersama Tan Sri Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (Presiden UIAM ) telah berlangsung dengan penuh mesra.
Tan Sri Dr.Rais Yatim menyeru supaya wujud lebih interaktif di kalangan kakitangan dan pengurusan Universiti terutama dalam persaingan masa kini sewaktu menerima kunjungan hormat wakil KESATU di Pejabat Presiden UIAM baru-baru ini.Beliau juga menyeru KESATU terlibat secara aktiv dalam aktiviti kemesyarakatan dan seni dan kebudayaan agar KESATU lebih globalisasi  dan selari dengan suasana masa kini yang lebih mencabar.
Pertemuan ini secara tidak langsung satu permulaan yang baik bagi KESATU meningkatkan interaktif di kalangan kakitangan dan pengurusan UIAM dan ia akan berteruskan ke pelbagai peringkat pengurusan dalam UIAM itu sendiri.Dalam pertemuan itu  KESATU memohon diberi option atau pilihan antara Skim Persaraan Pencen Kerajaan dan  Skim persaraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( Skim KWSP/Skim RBF).Presiden KESATU juga mengutarakan permasalahan yuran Educare IIUM yang tidak memihak kepada kakitangan bawahan dimana yuran yang sama terpaksa dibayar antara kakitangan gred atas dan kakitangan gred bawahan yang sedikit sebanyak membebankan tambahan kos sara hidup dan inflasi yang agak tinggi ketika ini.KESATU juga berharap diberi ruang untuk berbakti di dalam Sistem Pengurusan Mahallah (Asrama) sebagai Residen Office diluar waktu kerja bagi memberi peluang kakitangan gred sokongan satu terlibat dalam kebajikan parapelajar dan
meningkatkan silaturahim antara pekerja dan pelajar UIAM.
KESATU   akan membuat tindakan susulan atas perkara yang dibangkitkan dan berharap pertemuan ini bukanlah yang pertama dan terakhir bagi satu interaktif bersama demi kebaikan semua warga UIAM.Sementara itu Fakhrurrazi bin Danial (Presiden KESATU) mengulas pertemuan dengan Dato’ Seri Rais Yatim sebagai pertemuan mesra dan penuh berkhidmah.Beliau juga berharap pertemuan seperti itu akan berterusan di masa depan bagi tempat Kesatuan meyampaikan permasaalah ahli KESATU dan  warga UIAM demi mencari penyelesaian permasalahan kebajikan  kakitangan-kakitangan UIAM.Kesedian Dato’ seri mendengar pelbagai perkara yang diutarakan amat beliau hargai.