Sunday, November 8, 2020

Belanjawan Prihatin 2021


BELANJAWAN PRIHATIN 2021

Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021) yang bertemakan “ Teguh kita, Menang Bersama” oleh YB  Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdu Aziz (Menteri Kewangan) memang dinantikan oleh rakyat Malaysia. Saya mewakili Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, Internatonal Islamic University Malaysia (KESATU) mewakili  Pekerja Kumpulan Perlaksana Gred 27 hingga 40 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merakamkan setinggi-tinggi terimakasih kepada YB Menteri Kewangan dan kerajaan diatas keprihatinan terhadap perkhidmatan awam dan penjawat awam didalam ucapan pembentangan Belanjawan 2021.

Untuk makluman sebahagian daripada ahli KESATU  merupakan frontliners yang berbakti membantu memutuskan rantaian COVID-19 yang telah banyak menjejaskan ekonomi akibat pendemik ini.Sedikit sebanyak sumbangan ahli KESATU yang komited, sabar dan teguh setia menjalankan amanah yang diberi tanpa mengenal penat lelah untuk melindungi rakyat amatlah saya hargai.Sumbangan Khas Kewangan RM600 untuk kakitangan awam bagi Gred 56 dan ke bawah melegakan semua seperti tahun – tahun sebelumnya.Elaun Khas Covid-19 iaitu sebanyak RM600 sebulan akan diteruskan sehingga ancaman pandemic Covid-19 berjaya diatasi dan RM500 pemberian one-off merupakan belanjawan prihatin kepada frontliners yang tidak mengenal penat lelah bagi memutuskan rantaikan Covid-19 .

Caruman minimum KWSP pekerja turut dikurangkan daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay.KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan  selama 12 bulan dengan keseluruhan sehingga RM6000 setahun.Pengeluaran Akaun 1 KWSP juga boleh dilakukan sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi ahli yang kehilangan pekerjaan.

Belanjawan 2021 buat pertama kali menyelaras belanjawannya sejajar dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) bagi membolehkan rakyat negara ini melangkah ke masa depan yang lebih makmur, lestari dan inklusif.Peruntukan Belanjawan Agenda Matlamat Pembangunan Lestari diharap membuka peluang kepada program-program SDG yang akan dan sedang dilaksanakan. UIAM telah menerima matlamat agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals  (SDG) tersebut , dimana ia telah mula dilaksanakan diperingkat universiti  bermula pada 2 tahun yang lepas. Belanjawan 2021 bersama  Agenda Matlamat Pembangunan Lestari  dan Penerimaan Anugerah Green Gown Antarabangsa dalam ketegori Institusi Lestari Terbaik Dunia baru-baru ini dapat memberi perangsang dalam membantu matlamat kelestarian di UIAM.

Akhir Kata kepada –Mu YA Allah kami memohon doa agar kita semua dijauhi bala’ bencana COVID -19 dan kepada ahli KESATU UIAM marilah kita bersama-sama berganding bahu memberi perkhidmatan yang terbaik dalam norma baharu ini bagi kesejahteraan UIAM dan rakyat Malaysia hendaknya.

Wabiilahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


HJ.MOHD.YAZID BIN AHMAD
Presiden KESATU IIUM
08 November 2021