Sunday, January 10, 2016

Amanat Tahun Baru 2016

 

10hb. januari 2016 -UIAM Gombak.

Ahli Majlis Jawatan Kuasa KESATU ( AMJKK ) ingin mengucapkan selamat tahun baru 2016 kepada semua Warga Kerja Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM ) semoga pada tahun ini kita akan bersama berkhidmat dengan penuh tanggungjawap dan  amanah.Marilah kita bersama menyumbang bagi memacu kejayaan UIAM pada tahun 2016 .KESATU memainkan peranan dalam menjaga kebajikan pekerja didalam ruang lingkup gred gaji Gred 27 - Gred 40.Tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi KESATU malah bagi semua Kulliyah,Department dan Centre (K/D/E) di UIAM malah bagi semua Universiti Awam di Malaysia akibat kemelesetan ekonomi dalam negara kita.Pengurangan budget di semua K/D/E di UIAM bukanlah satu alasan untuk kita tidak berdaya saing dan terus maju kehadapan,kita perlulah kreatif dan inovatif dalam
 mengurus dan  melaksanakan tugas hakiki  agar  pengurangan budget tersebut tidaklah begitu terasa.
      KESATU menyeru semua ahli agar berjimat cermat dalam pengurusan kewangan akibat inflasi yang semakin meningkat,nilai ringgit malaysia yang makin merosot berbanding dollar Amerika,harga minyak yang semakin rendah,harga barang yang makin meningkat,kenaikan harga tol dilembah klang dan juga ditambah lagi dengan peningkatan tambang kenderaan-kenderaan Awam.
     Penjimatan dan pengurusan yang berhemah mengelakkan kita dari terperangkap dalam hutang yang tidak terkawal dan menjejaskan prestasi kerja kita.Bagi KESATU pengurangan budget bukanlah alasan kebajikan para pekerja di UIAM diabaikan dan Kami AMJKK sentiasa cuba menjadi perantaraan diantara pekerja dan Majikan di UIAM.Sebab itu kami terus memperjuangkan pengurangan yuran EDUCARE mengikut gred gaji kakitangan ,memantau kenaikan pangkat mengikut timebase,memikirkan  penyelesaian permasalahan Medical semasa dan selepas bersara, , meneruskan perjuangan permohonan pencen dan pelbagai lagi .Perjuangan bukan terhasil oleh sehari dua  tapi ia mungkin akan dipertimbangkan setelah pucuk pimpinan yang sentiasa berubah-rubah.
KESATU memohon ahli sentiasa memberi sokongan padu agar segala perjuangan akan menjadi mudah dan memberi semangat kepada AMJKK menguruskan kesatuan bagi kebaikan bersama.
    Kepada  yang belum menjadi ahli mana-mana kesatuan kami menyeru agar segera menjadi ahli bagi mengambarkan kekuatan suara  kita sebagai kakitangan UIAM,Semoga dengan cara itu lebih mudah SUARA kita didengar dan permohonan kita dipertimbangkan.KESATU sentiasa terbuka menerima aduan ahli-ahli dengan terus berurusan dengan semua AMJKK  atau email terus kepada Presiden KESATU ( Sdr.Fakhurazi ) ke razi@iium.edu.my atau ke Email KESATU ; kesatu_iium@iium.edu.my atau layari blog kesatu untuk mendapatkan borang ahli dan borang aduan di http://kesatuiium.blogspot.my/


Akhir kata Selamat Tahun Baru 2016,Marilah kita berdoa agar perjuangan kita dipermudahkan.Amin!!.

Terimakasih

Ahli Majlis Jawatan Kuasa KESATU