Friday, March 11, 2011

PERTEMUAN GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KAKITANGAN UNIVERSITI IPTA/MALAYSIA (GAKUM) BERSAMA YANG BERHORMAT DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN, MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYS

   Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya perjumpaan dan perbincangan secara aman dan harmoni telah dijalankan pada 9 Mac 2011 jam 10.00 pagi  bertempat di bilik mesyuarat Menteri KPT di Putrajaya . Wakil Kesatu iaitu Tn Hj Mohd Yazid B Hj Ahmad (Presiden) dan Sdr. Khalid Muhammad (Setiausaha) telah hadir dalam perjumpaan ini.Beberapa isu yang dibawa oleh YBhg Dato’ Hj Omar Osman, Presiden GAKUM/CUEPACS iaitu AUKU( mengekalkan MBJ), Skim Saraan Universiti (dikaji semula), Sukan Universiti (penglibatan secara langsung oleh kesatuan), kenaikan gaji kakitangan Universiti di bawah Research Universiti dan PA2(Penolong Setiausaha Pejabat)  yang mempunyai SPM dan telah lama berkhidmat dinaikkan ke gred N28 . Isu-isu ini telah diluluskan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri KPT secara segera.


    KESATU  juga telah diberi peluang untuk membentangkan sendiri  isu  skim pencen perkhidmatan awam ( menukarkan status UIAM ke badan berkanun ) di mana kertas kerja pewujudan skim pencen perkhidmtan awam melibatkan penukaran status UIAM drpd syarikat kpd badan berkanun telahpun diserahkan secara serahan tangan kepada Presiden UIAM YBhg Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, KSN, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri KPT, YBhg Datuk Rahim Md Noor, KSU dan YBhg Dato’ Hj Omar Osman, Presiden GAKUM/CUEPACS dan juga isu kedua iaitu KESATU membantah sekeras-kerasnya  IIUM Holding  mengambilalih menguruskan Educare di mana pihak pengurusan UIAM telah mengenepikan kebajikan staff UIAM . Kesatu memohon agar YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani permasalahan UIAM.
   YBhg Dato’ Hj Omar Osman menyokong isu-isu Kesatu ,berkenaan dengan isu skim pencen perkhidmatan awam yang mana UIAM perlu menukarkan status syarikat kepada badan berkanun terlebih dahulu. Dato’ juga menyuarakan rasa simpati kepada kakitangan UIAM peringkat bawahan (kumpulan sokongan) yang mana selepas bersara nanti apakah nasib kakitangan UIAM ini yang rata-rata hanya memperolehi wang terkumpul (EPF+ Gratuti + RBF) cuma lebihkurang RM300,000 pada tahun 2020 apakah jaminan di hari tua mereka ini nanti?? Pesara UIAM tidak berpencen dan tidak mempunyai kad pesara kerajaan maka pesara UIAM tidak akan menikmati kemudahan-kemudahan sepertimana yang dinikmati oleh pesara-pesara kerajaan.
  KESATU berharap ahli2/warga UIAM dapat bersabar dan mendoakan agar usaha2 ini akan membuahkan hasil disamping itu, Kesatu akan teruskan perjuangan menuntut hak2 kakitangan UIAM. InsyaAllah


Sekian harap maklum