KESATU ingin mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada Pasukan "Harimau Malaya" kerana berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF buat pertama kali dalam tempoh 14 tahun selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 walaupun kalah 1-2 pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta.
Lebih manis kejayaan ini apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan esok (Jumaat) sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
KESATU - Terima kasih "Harimau Malaya" kerana memberi Hadiah Cuti Umum kepada Rakyat Malaysia bagi menyambut tahun baru 2011 , Bagi pihak KESATU kami mengucapkan Selamat menyambut tahun baru dari kami ( Ahli Jawatan Kuasa Kerja ) semoga bertemu di Tahun Hadapan dengan Azam dan Semangat Baru demi Kebaikan Bersama.
Thursday, December 30, 2010
Wednesday, December 29, 2010
Mesyuarat Khas Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha GAKUM
KESATU sebagai ahli Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia ( GAKUM ) di jemput menghadiri Mesyuarat Khas Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha GAKUM pada :
Tarikh : 5 Jan 2011 ( Rabu )
Masa : 10.00 Pagi.
Tempat : Dewan Konvensyen
Tkt. 5 Bangunan E-learning
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim, Perak.
Perwakilan ke Mesyuarat Tersebut akan diwakili oleh Presiden KESATU,Setiausaha KESATU dan 3 Ahli Jawatan Kuasa .Sekian Harap Maklum.

Friday, December 24, 2010
Penjawat awam jadi ahli CUEPACS secara automatik
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang berakhir hari ini mencapai kata putus untuk memastikan semua penjawat awam yang layak menjadi ahlinya secara automatik.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, pihaknya akan memaklumkan hasrat berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam masa terdekat.
"Kita sasarkan pada 2011 semua penjawat awam yang layak akan menjadi ahli kerana kita tidak mahu ada yang menentang perjuangan CUEPACS.
"Daripada jumlah keseluruhan penjawat awam, terdapat 900,000 yang layak menjadi ahli namun pada masa ini hanya kira-kira 500,000 orang sahaja yang telah mendaftar," katanya.
Beliau ditemui pemberita sejurus Konvensyen Tritahunan kali Ke-25 CUEPACS yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), di sini, ditangguhkan petang ini.
Konvensyen berkenaan turut membabitkan proses pemilihan kepimpinan CUEPACS bagi penggal 2010 hingga 2013 yang menyaksikan Omar berjaya mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI (Kekam), Ramli Omar.
Omar memperoleh 816 undi manakala pencabarnya mendapat 154 undi sahaja.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk memastikan semua kesatuan dalam perkhidmatan awam menjadi ahli gabungan CUEPACS.
Katanya, pada masa ini sebanyak 79 kesatuan sudah menjadi ahli gabungan manakala 12 kesatuan lagi dalam proses pertimbangan.
"Terdapat lebih daripada 50 kesatuan yang belum membuat permohonan berikutan kutipan yuran yang masih rendah," katanya.
Sementara itu, Omar melahirkan harapan supaya kerajaan mendahulukan ahli-ahli CUEPACS dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat, peluang latihan mahupun pemberian bonus.
Katanya, ia kerana terdapat segelintir penjawat awam yang tidak menghargai perjuangan CUEPACS termasuklah melemparkan kritikan apabila sesuatu desakan tidak berjaya namun tidak pula mengucapkan terima kasih apabila desakan itu dipenuhi kerajaan.
"Kita juga tidak mahu ahli kita yang ada potensi dan kreatif diketepikan manakala bukan ahli dilantik ke jawatan yang lebih baik hanya kerana selalu berdampingan dengan pihak atasan," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, konvensyen berkenaan, bersetuju untuk menubuhkan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) hal ehwal penjawat awam.
Katanya, ia bagi memenuhi hasrat ahli yang mahu melihat CUEPACS berjuang secara tersusun dan bertindak dengan lebih cekap.
KESATU-Sumber Utusan Malaysia

Thursday, December 23, 2010
Tuan Haji Omar Bin Osman pertahan jawatan Presiden CUEPACS
Alhamdulilah, Tuan Haji Omar Bin Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencabarnya, Ramli Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI. Tuan Haji Omar Bin Osman mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua selepas memenanginya tanpa bertanding pada 2007.
Konvensyen Tritahunan CUEPACS kali ke-25 (2010 -2013 )
Lebih 1,173 perwakilan bakal menentukan siapa yang akan di lantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ) bagi sesi 2010-2013 hari ini.Majlis perasmian Konvensyen di rasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 21 Disember 2010 di Dewan Tunku Canseor Universiti Malaya,Lembah Pantai,Kuala Lumpur.
Konvensyen Tritahunan ini akan berakhir pada hari ni, semoga Tuan Haji Omar bin Osman dapat mengekalkan Jawatan Presiden bagi memudahkan perjuangan KESATU seterusnya.KESATU telah di jemput sebagai pemerhati yang di wakili oleh Presiden KESATU ( Br. Yazid ), Timbalan Presiden ( Br.Fakurrazi ) , Setiausaha KESATU ( Br.Khalid ) dan juga beberapa Ahli Jawatan Kuasa sebagai pengiring selama 3 hari Majlis Konvensyen tersebut.
KESATU masih belum menjadi perwakilan untuk memilih Pegawai-Pegawai Tertinggi CUEPACS kerana permohonan Pergabungan di bawah CUEPACS masih dalam pertimbangan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja ( JHEKS ) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Harap Maklum.

Monday, December 20, 2010
Selamat Kembali Bertugas.
KESATU mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Presiden KESATU ( Haji Mohd Yazid Bin Ahmad ) setelah bercuti panjang mengerjakan Ibadat Haji.Semoga dengan kembalinya beliau ,KESATU akan menjadi lebih Bersemangat dan Produktif dalam membela kebajikan ahli-ahli KESATU dan juga Warga Kakitangan UIAM keseluruhannya.Sekian Terima kasih
Thursday, December 16, 2010
Profesor Ulung dan Tokoh Maal Hijrah-Tahniah daripada KESATU
Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dan Prof Dr Lai-Meng Looi yang dipilih pemenang pertama Anugerah Profesor Ulung disifatkan sebagai milik negara untuk dicontohi dan dijadikan ikon.
Shamsul Amri adalah Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Mohd Kamal, rektor rakyat Malaysia pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala Lai-Meng adalah Profesor Kanan Patologi di Universiti Malaya (UM).
Manakala Prof.Dr.Ismawi Zen dipilih sebagai "Tokoh Maal Hijrah" bagi negeri Sarawak pada 7hb Dec 2010 lalu.Tahniah buat mereka yang mengharumkan nama IIUM,Semoga Kepakaran ahli akademik dimanfaat masyarakat dunia .Syabas dan Tahniah Daripada KESATU.

Monday, December 13, 2010
Permohonan Rasmi Sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan(MBJ),UIAM.
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh ,
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, International Islamic University Malaysia (KESATU) telah memohon secara rasmi kepada Y.Bhg. Rektor, UIAM untuk melantik KESATU sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), UIAM.MBJ adalah suatu mesyuarat yang menjadi ‘platform’ untuk mengutarakan segala permasalahan dan kebajikan antara staf dan pihak pengurusan. Di dalam konteks KESATU, ia akan mewakili staf dari Gred 27 hingga 40.
Di samping itu juga, KESATU telah memohon ruang untuk dijadikan pejabat operasi KESATU demi melancarkan aktiviti kesatuan.
Sekian Harap Maklum.
FAKHRURRAZI DANIAL
Pemangku Presiden
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, International Islamic University Malaysia (KESATU)
Tel: 0361965062
Fax: 0361965072

Bayaran Khas RM500
Kepada semua ahli KESATU dan kakitangaan UIAM ,
KESATU telah menerima aduan daripada kakitangan UIAM berkenaan pembayaran wang bantuan khas sebanyak RM500.00 hendaklah disegerakan.
Exco KESATU telahpun membuat keputusan dengan sewajarnya dengan membawa permasalahan ini ke pihak pengurusan tertinggi seterusnya kepada Y Bhg Tan Sri, Presiden UIAM.
Sehubungan dengan itu pihak pengurusan UIAM telah bersetuju untuk melaksanakan pembayaran tersebut pada hari Rabu bersamaan 15hb Disember 2010.
Sekian harap maklum
Saya yang menurut perintah
KHALID MUHAMMAD
Setiausaha KESATU

Friday, December 3, 2010
Salam Ma'al Hijrah
Ahli Majlis Jawatankuasa kerja KESATU ingin mengucapkan Salam Ma'al Hijrah pada semua ahli KESATU dan Warga UIA khasnya ,Iaitu pada 7th December 2010 (Selasa ) bersamaan 1 Muharam 1432 .Marilah kita bersama-sama berhijrah ke arah kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran,Moga kita sentiasa di rahmati Allah.Amin
Wassalam.
Wassalam.
Wednesday, December 1, 2010
MESYUARAT GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA (GAKUM) KE 30
KESATU telah menghadiri Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan University Malaysia (GAKUM ) Ke 30 Bil 3/2010 yang telah dia adakan pada :
Tarikh : 29 -30 November 2010 ( Isnin -Selasa )

Tempat : TAHA D'MUTIARA
Kompleks Tabung Haji
Bayan Lepas,Pulau Pinang.
KESATU menghantar seramai empat Ahli Jawatan Kuasa Kerja untuk menghadiri Mesyuarat GAKUM tersebut iaitu :
Br.Fakhrurrazi Bin Danial ( Naib Presiden ),
Khalid Bin Muhammad ( Setiausaha ),
Zakaria Bin Mohd.Zain ( Bendahari ),
Mohd Hamri Bin Rahmat ( Ahli Jawatankuasa).

Tuesday, November 16, 2010
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha
Ahli Jawatankuasa Kerja KESATU mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Ahli KESATU dan juga kepada Warga UIAM.Moga di hari raya ini kita dirahmati oleh Allah.Amin.
Friday, November 12, 2010
Tarikh Tutup Borang Pungutan Suara Secara Bertulis Bagi Kakitangan UIAM (Berjawatan Tetap ) -30hb Nov .2010
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa KESATU akan melanjutkan tempoh pengembalian borang pungutan suara secara bertulis kepada 30hb November 2010( Selasa ) bagi memberi peluang kepada semua kakitangan UIAM berjawatan tetap (warganegara Malaysia) di semua Kampus (Gombak, Kuantan, Kuala Lumpur -ISTAC & IIBF, Nilai dan Petaling Jaya) untuk mengambil bahagian dalam pungutan suara bertulis ini. Borang Pungutan Suara Boleh didapati di link http://www.iium.edu.my/kesatu/downloads/suara.pdf, dan kembalikan seberapa segera kepada :
Br. Khalid Bin Muhammad ( Setiausaha Kesatu ),
Kulliyah Engineering (ECE ), UIAM ,
P.O.Box 10, 50728 Kuala Lumpur.
Hp No : 013 3911554
Ext : 3372
Harap Maklum, Sekian Terima Kasih.

Thursday, November 4, 2010
Salam Dari Mekah
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh,
Untuk Maklumat kepada Ahli-ahli KESATU , Br.Mohd Yazid Ahmad ( Presiden KESATU ) telah selamat berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Ibadah Haji. Beliau menyampaikan Salam kepada semua ahli-ahli KESATU dan berharap ahli-ahli memberi sokongan penuh terhadap Pungutan Suara yang sedang berjalan.Beliau disana akan mendoakan kejayaan dan di permudahkan perjuangan KESATU dalam membela kebajikan ahli-ahlinya. Br.Yazid telah beberapa kali menghubungi Pihak KESATU bertanya khabar,perkembangan Kesatuan dan juga menyampaikan Salam Kepada Ahli-ahli KESATU.
Semoga beliau di kurniakan kesihatan yang baik bagi mengerjakan Ibadah Haji dengan sempurna dan moga memperolehi Haji Mabrur.Amin.

Wednesday, November 3, 2010
REFERENDUM (Questions and Answers)
Antara soalan-soalan yang ditanya adalah seperti berikut:-
Soalan: Adakah kakitangan akademik UIAM boleh menyertai referendum ini?
Jawapan: Pungutan suara ini boleh disertai oleh semua kakitangan UIAM berjawatan tetap (warganegara Malaysia) termasuk kakitangan akademik.
Soalan: Adakah pungutan suara ini terhad kepada ahli KESATU sahaja?
Jawapan: Tidak. Pungutan suara ini tidak terhad kepada ahli KESATU sahaja. Semua kakitangan UIAM berjawatan tetap (warganegara Malaysia) boleh menyertai pungutan suara ini.
Soalan: Bagaimana hendak menghantar borang pungutan suara yang telah diisi?
Jawapan: Hantar kepada En. Khalid Muhammad, Setiausaha KESATU, Kulliyyah of Engineering, IIUM Gombak Campus atau hubungi HP: 013-3911554 atau 03-61964000 samb. 3372 atau mana-mana Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) KESATU yang boleh dirujuk melalui laman web http://kesatuiium.blogspot.com/.
Soalan: Kenapa Setiausaha KESATU tidak dapat dihubungi melalui sambungan telefon 3772?
Jawapan: Sambungan yang sebenarnya ialah 3372. Pihak KESATU ingin memohon maaf di atas kesilapan mencetak sambungan Setiausaha KESATU dalam borang pungutan suara. Kesilapan tersebut baru disedari dan telahpun diperbetulkan.
Harap maklum.

PKAUM bantah tukar sistem
Harian Metro
2hb November 2010
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM), mengadakan perhimpunan secara aman di depan Dewan Canselor, semalam bagi memprotes pemansuhan Sistem Akademik Pekerja dan digantikan dengan sistem baru yang lebih rumit serta kurang praktikal.

Mesyuarat Menjadi Ahli Gabungan CUEPACS
Susulan dari kelulusan sebulat suara ketetapan usul untuk menjadi ahli gabungan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) oleh Mesyuarat Agung KESATU pada 12hb Oktober 2010 yang lalu, KESATU telah memohon untuk menjadi ahli gabungan (CUEPACS). Pihak CUEPACS telah menjemput beberapa kesatuan sekerja termasuk KESATU ke Mesyuarat Menjadi Ahli Gabungan CUEPACS yang telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 2hb November 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 ptg. - 5.00 ptg.
Tempat : Wisma CUEPACS, Jalan Pudu, Kuala Lumpur
Dipengerusikan Oleh : Tn. Hj. Omar Osman, Presiden CUEPACS
KESATU telah diwakili oleh En. Fakhrurrazi Danial (Pemangku Presiden), En. Khalid Muhammad (Setiausaha) dan En. Ahmad Suhairi Mat Jebah (Ahli MJK)

Friday, October 29, 2010
REFERENDUM KESATU
Semua Kakitangan UIAM berjawatan Tetap (Warganegara Malaysia)
Kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, CFS Petaling Jaya dan Nilai
Oleh kerana tiada penerangan diadakan oleh mana-mana pihak mengenai opsyen menukar status UIAM kepada Badan Berkanun seperti IPTA lain, maka Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) telah mengambil inisiatif sendiri menganjurkan Taklimat Penerangan Mengenai Soal Selidik Opsyen Persaraan UIAM oleh Tn. Hj. Omar Osman, Presiden, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 21hb Oktober 2010 (Khamis) di Experimental Hall, Kampus Gombak. Taklimat ini telah dihadiri oleh kakitangan UIAM dari pelbagai jabatan dan jawatan bermula dari gred 1 hingga 54.
Rumusan dari Taklimat berkenaan, semua yang hadir bersetuju sebulat suara agar satu Memorandum menukar status UIAM kepada Badan Berkanun diserahkan oleh KESATU kepada pengurusan tertinggi UIAM dan seterusnya melalui CUEPACS kepada pihak kerajaan.
Melalui kesatuan sekerja (KESATU), usaha untuk mengumpul sokongan semua kakitangan UIAM berjawatan tetap dari semua gred jawatan (1 hingga 54/JUSA) sama ada setuju atau tidak setuju dengan opsyen tersebut akan dijalankan melalui borang pungutan suara secara bertulis yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi KESATU http://www.iium.edu.my/kesatu/downloads/suara.pdf
atau http://kesatuiium.blogspot.com/.
Borang pungutan suara hendaklah dikembalikan kepada KESATU secepat mungkin.
Harap maklum.
MOHD YAZID AHMAD
Presiden
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu
International Islamic University, Malaysia (KESATU)
( Ditubuhkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, No. Pendaftaran :1039)
Laman Web : http://kesatuiium.blogspot.com

Friday, October 22, 2010
Rumusan Taklimat Opsyen Persaraan UIAM di Kampus UIAM Gombak.
Oleh kerana tiada penerangan diadakan oleh mana-mana pihak mengenai opsyen menukar status UIAM kepada badan berkanun maka Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) telah mengambil inisiatif sendiri menganjurkan Taklimat Penerangan Mengenai Soal Selidik Opsyen Persaraan UIAM oleh Tn. Hj. Omar Osman, Presiden, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 21hb Oktober 2010 di Experimental Hall, Kampus Gombak. Taklimat ini telah dihadiri oleh kakitangan UIAM dari pelbagai jabatan dan jawatan bermula dari gred 1 hingga 54.
Rumusan dari Taklimat berkenaan, semua yang hadir bersetuju sebulat suara agar satu Memorandum bersetuju menukar status UIAM kepada Badan Berkanun diserahkan oleh KESATU kepada pengurusan tertinggi UIAM dan seterusnya melalui CUEPACS kepada pihak kerajaan.
Kecuali UIAM, kesemua 19 Universiti Awam (IPTA) seperti UPM, UKM, USIM, UMP dsb. adalah ditubuhkan sebagai badan berkanun. Sebagai badan berkanun, sesebuah universiti itu ditadbir mengikut statut dan peraturan-peraturan yang jelas dan kebajikan kakitangan seperti kemudahan perubatan dan pemberian pencen adalah termaktub dan terjamin.
Harap Maklum.

Thursday, October 14, 2010
Semua Dijemput Hadir Taklimat Penerangan Mengenai Soal selidik Opsyen Persaraan UIAM
Semua Kakitangan UIAM berjawatan Tetap (Warganegara Malaysia)
Kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, CFS Petaling Jaya dan Nilai
Mesyuarat Agung Pertama Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) pada 12hb Oktober 2010 (Selasa) dengan sebulat suara telah meluluskan usul memilih Skim Pencen (Kerajaan). Ini adalah memandangkan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada Pesara Kerajaan adalah yang terbaik dan menjamin masa depan seperti kemudahan kad pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang merangkumi perubatan percuma kepada pesara dan pasangan serta anak-anak dibawah umur 18 tahun di semua Klinik dan Hospital Kerajaan seluruh negara, diskaun perjalanan dengan KTMB dan Penerbangan Malaysia, pencen bulanan seumur hidup, pencen terbitan kepada balu dan anak jika pesara meninggal dunia dan lain-lain kemudahan seperti yang tertera di laman web Bahagian Pencen JPA iaitu http://www.jpapencen.gov.my/. Perlu diingatkan juga pesara Kerajaan Malaysia menikmati bonus dan pelarasan pencen seperti yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dari semasa ke semasa.

Senarai Penuh Majlis Jawatankuasa Kerja KESATU Bagi Penggal 2010-2012
Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pegawai KESATU Kali Pertama pada 12hb Oktober 2010 telah mengesahkan senarai nama Pegawai KESATU yang telah dipilih bagi penggal 2010-2012 seperti berikut :-
Presiden : Mohd Yazid Ahmad (Hp : 019-3374271)
Naib Presiden : Fakhrurrazi Danial
Setiausaha : Khalid Muhammad (Hp : 013-3911554)
Pen. Setiausaha : Shamsul Paris
Bendahari : Zakaria Mohd Zain (Hp : 013-5084455)
Pen. Bendahari : Khairul Anwar Mohd Noh
Ahli-Ahli Jawatankuasa
1. Ahmad Suhairi Mat Jebah
2. Mohd Hamri Rahmat
3. Aznita Ahmad Zaini
4. Hasmaniza Mohd Daud
5. Dorisya Sulaiman
6. Awang Mat Hj Zainal (Wakil Kampus Kuantan) Hp : 013-9491255
7. Radziah Othman (Wakil Kampus Kuantan) Hp : 017-9669101
Selamat menjalankan tugas.
Khalid Muhammad

Friday, October 8, 2010
MESYUARAT AGUNG KALI KE-25 KESATUAN KAKITANGAN UMUM UiTM
Mesyuarat Agung Ke-25 Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara telah diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 5hb Oktober 2010
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
KESATU menghantar dua orang wakil ke Mesyuarat Agung tersebut iaitu :
1. Mohd Yazid bin Ahmad - (Presiden Penaja)
2. Khalid bin Muhammad - (Setiausaha Penaja )

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA GAKUM DI UNIVERSITI MALAYA
Majlis Jamuan Hari Raya di Universiti Malaysia telah diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 4hb Oktober 2010
Hari : Isnin
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
KESATU menghantar dua orang wakil ke Majlis Jamuan Hari Raya tersebut bagi mengeratkan tali silaturrahim dengan kesatuan-kesatuan lain iaitu :
1. Mohd. Yazid bin Ahmad - (Presiden Penaja)
2. Khalid bin Muhammad - (Setiausaha Penaja )
Tarikh : 4hb Oktober 2010
Hari : Isnin
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
KESATU menghantar dua orang wakil ke Majlis Jamuan Hari Raya tersebut bagi mengeratkan tali silaturrahim dengan kesatuan-kesatuan lain iaitu :
1. Mohd. Yazid bin Ahmad - (Presiden Penaja)
2. Khalid bin Muhammad - (Setiausaha Penaja )
Tuesday, September 28, 2010
Pindaan Tarikh Mesyuarat Agung dan pemilihan pegawai kali pertama Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU)
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Mesyuarat Agung dan pemilihan pegawai kali pertama Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) telah dipinda pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 12hb Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 2 petang
Tempat : Mini Auditorium, Kampus Gombak (atas Cafe Babush)

Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Ikhlas Dari
Presiden dan Ahli Jawatankuasa Penaja
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu
International Islamic University, Malaysia (KESATU)
Friday, September 3, 2010
MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN PEGAWAI BAGI PENGGAL PERTAMA SESI 2010-2012
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung dan pemilihan pegawai kali pertama Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 7hb Oktober 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 2 petang
Tempat : Mini Auditorium, Kampus Gombak (atas Cafe Babush)
Surat jemputan telah diedarkan kepada semua ahli. Mana-mana ahli KESATU yang tidak mendapat surat jemputan hendaklah menghubungi Setiausaha KESATU atau diminta memuat turun dari laman web KESATU. Senarai ahli telah dikemaskini pada September 2010 dan juga boleh dimuat turun dari laman web KESATU.
Untuk makluman ahli, pihak kesatuan telah menjemput Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Sidek Hassan selaku Presiden, IIUM merasmikan Mesyuarat Agung KESATU. Bagaimanapun, Y.Bhg. Tan Sri tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana menghadiri aturcara lain yang telah di atur sebelum ini.
Sekian. Harap maklum.
KHALID MUHAMMAD
Setiausaha KESATU
d/a Dept. of Electrical and Computer Engineering
Kulliyyah of Engineering

Tuesday, August 10, 2010
Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak
Monday, August 2, 2010
Wednesday, July 21, 2010
Majlis Taklimat Bersama Presiden CUEPACS
Majlis Taklimat Bersama Presiden, Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
Tuan Haji Omar Bin Osman
Mengenai isu-isu semasa, Pencen ?,Bonus?,
dan lain-lain isu.
SEMUA DI JEMPUT HADIR
Tarikh : 30hb Julai 2010 ( Jumaat ).
Tempat : Lecture Theater 3, Level 3, Admin. Building
(di atas IIUM Mosque Office)
Masa : 3 pm.
Sila ambil perhatian akan perubahan tempat dari Banquet Hall

Tuesday, July 20, 2010
SEMINAR AUKU DAN MESYUARAT GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT UNIVERSITI MALAYSIA (GAKUM) KE 29 BIL. 2/2010
Seminar AUKU dan Mesyuarat GAKUM yang ke-29 akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 25-26hb Julai 2010
Hari : Ahad dan Isnin
Tempat : Hotel Sri Costa Rica, Melaka
Pengerusi : Tuan Hj. Omar Osman
KESATU menghantar dua orang wakil ke Seminar tersebut iaitu :
1. Khalid Bin Muhammad - ( Setiausaha Penaja ).
2. Zakaria Bin Mohd.Zain - ( Bendahari Penaja ).

Monday, June 28, 2010
Majlis Jawatankuasa Kerja Penaja
Presiden
Mohd Yazid Bin Ahmad
Pem. Teknik (J-29)
Kulliyyah Kejuruteraan
HP: 019-3374271
myazid@iium.edu.my
Naib Presiden
Fakhrurrazi Bin Danial
Pen.Pegawai Tadbir ( N-27 )
Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan
HP : 019 2177485
razi@iium.edu.my
Setiausaha
Khalid Bin Muhammad
Pem.Teknik ( J-29 )
Kulliyyah Kejuruteraan
HP : 013 3911554
khalidm@iium.edu.my

Wednesday, June 23, 2010
TG. BIDARA RESORT BAKAL DITUTUP
ALOR GAJAH - Ketika era 90-an dahulu, nama pusat peranginan Tanjung Bidara Beach Resort begitu sinonim dengan pelancong yang datang ke Melaka.
Taklimat Kesatuan Baru Berdaftar

Taklimat Kesatuan Baru Berdaftar telah diadakan pada :
Tarikh : 21hb Jun 2010
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam
Taklimat Oleh : Pn. Nurul Huda binti Rahim, Penolong Pengarah Kesatuan Sekerja
telah dihadiri oleh kesemua pegawai-pegawai kesatuan
Perlembagaan KESATU
KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN SATU INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY, MALAYSIA (KESATU)
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT PEJABAT BERDAFTAR
1. Nama Kesatuan Sekerja yang ditubuhkan menurut Peraturan-peraturan ini ialah KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN SATU INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY, MALAYSIA (KESATU) ( yang selepas ini disebut ‘Kesatuan’)
2. Pejabat berdaftar kesatuan ialah di No. 74, Jalan Marmar 1, Taman Melewar, 68100 Kuala Lumpur dan tempat mesyuaratnya ialah di pejabat berdaftar ini atau di mana-mana tempat lain yang ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.

Tuesday, June 22, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Alhamdulilah, Tuan Haji Omar Bin Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencaba...
-
ASLANI M | 02 Julai 2014. BACHOK: Seorang penggawa di Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai kakitangan awam kumpulan B yang ...
-
Alhamdulillah,Setelah pihak KESATU memohon pada pihak pengurusan UIAM agar melaksanakan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) No.11 Tah...