Friday, October 29, 2010

REFERENDUM KESATU

Semua Kakitangan UIAM berjawatan Tetap (Warganegara Malaysia)
Kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, CFS Petaling Jaya dan Nilai

Oleh kerana tiada penerangan diadakan oleh mana-mana pihak mengenai opsyen menukar status UIAM kepada Badan Berkanun seperti IPTA lain, maka Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) telah mengambil inisiatif sendiri menganjurkan Taklimat Penerangan Mengenai Soal Selidik Opsyen Persaraan UIAM oleh Tn. Hj. Omar Osman, Presiden, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 21hb Oktober 2010 (Khamis) di Experimental Hall, Kampus Gombak. Taklimat ini telah dihadiri oleh kakitangan UIAM dari pelbagai jabatan dan jawatan bermula dari gred 1 hingga 54.

Rumusan dari Taklimat berkenaan, semua yang hadir bersetuju sebulat suara agar satu Memorandum menukar status UIAM kepada Badan Berkanun diserahkan oleh KESATU kepada pengurusan tertinggi UIAM dan seterusnya melalui CUEPACS kepada pihak kerajaan.

Melalui kesatuan sekerja (KESATU), usaha untuk mengumpul sokongan semua kakitangan UIAM berjawatan tetap dari semua gred jawatan (1 hingga 54/JUSA) sama ada setuju atau tidak setuju dengan opsyen tersebut akan dijalankan melalui borang pungutan suara secara bertulis yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi KESATU http://www.iium.edu.my/kesatu/downloads/suara.pdf
 atau  http://kesatuiium.blogspot.com/.

Borang pungutan suara hendaklah dikembalikan kepada KESATU secepat mungkin.

Harap maklum.

MOHD YAZID AHMAD
Presiden
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu
International Islamic University, Malaysia (KESATU)
( Ditubuhkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, No. Pendaftaran :1039)
Laman Web :  http://kesatuiium.blogspot.com