Thursday, October 14, 2010

Semua Dijemput Hadir Taklimat Penerangan Mengenai Soal selidik Opsyen Persaraan UIAM

Semua Kakitangan UIAM berjawatan Tetap (Warganegara Malaysia)
Kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, CFS Petaling Jaya dan Nilai

Mesyuarat Agung Pertama Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University, Malaysia (KESATU) pada 12hb Oktober 2010 (Selasa) dengan sebulat suara telah meluluskan usul memilih Skim Pencen (Kerajaan). Ini adalah memandangkan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada Pesara Kerajaan adalah yang terbaik dan menjamin masa depan seperti kemudahan kad pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang merangkumi perubatan percuma kepada pesara dan pasangan serta anak-anak dibawah umur 18 tahun di semua Klinik dan Hospital Kerajaan seluruh negara, diskaun perjalanan dengan KTMB dan Penerbangan Malaysia, pencen bulanan seumur hidup, pencen terbitan kepada balu dan anak jika pesara meninggal dunia dan lain-lain kemudahan seperti yang tertera di laman web Bahagian Pencen JPA iaitu http://www.jpapencen.gov.my/. Perlu diingatkan juga pesara Kerajaan Malaysia menikmati bonus dan pelarasan pencen seperti yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dari semasa ke semasa.
Sehubungan ini, kami dengan berbesar hati telah menjemput Tn. Hj. Omar Osman Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.2 juta kakitangan awam seluruh negara untuk memberikan taklimat penerangan mengenai kemudahan Skim Pencen (Kerajaan) pada tarikh, waktu dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 21hb Oktober 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi- 12.00 tengahari
Tempat : Experimental Hall, Level 3, Rectory Building, Kampus UIAM, Gombak

Sesi soal jawab bersama Presiden CUEPACS dibuka jika ada pertanyaan dan kemusykilan.

Semua warga UIAM (Kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Petaling Jaya dan Nilai) yang berjawatan tetap dijemput hadir beramai-ramai.

Harap Maklum.

MOHD YAZID AHMAD
Presiden
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu
International Islamic University, Malaysia (KESATU)
( Ditubuhkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, No. Pendaftaran :1039)
Laman Web :http://kesatuiium.blogspot.com/