Thursday, July 3, 2014

Najib Umum Bantuan RM500 Kepada Penjawat Awam Sempena Aidilfitri




KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib
Tun Razak pada Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas
 Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada
 penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan
 Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.
"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini,"
 katanya dalam kenyataan di sini.Bayaran Bantuan Khas
Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini
membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta,
 katanya.Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat
 meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara
bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya.




-- BERNAMA