Friday, July 11, 2014

JEMPUTAN IFTAR ANJURAN KESATUAN SOKONGAN SATU INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY, MALAYSIA (KESATU)

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Dengan segala hormat dan sukacitanya pihak KESATU ingin menjemput semua ahli KESATU untuk hadir pada program IFTAR anjuran KESATU yang akan diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut :-

Tarikh : 22 Julai 2014 (Selasa)
Masa : 6.00 petang - 8.30 malam
Tempat : Dewan Banquet, Tingkat 5,
Bangunan Pentadbiran
UIAM, Kampus Gombak

Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli di atas sokongan dan sumbangan terhadap KESATU.

Besarlah harapan kami agar semua ahli dapat meluangkan masa untuk meraikan program IFTAR anjuran KESATU bersama keluarga seperti yang tersebut di atas bagi merapatkan ukhuwah sesama kita.

Mohon kerjasama semua ahli untuk memberikan kehadiran selewat-lewatnya pada Isnin, 14hb Julai 2014. (Program tentatif dan borang jawapan sila rujuk kepada e-mail yang di hantar)

Terima kasih. Wassalam.