Wednesday, March 21, 2012

PENGIKTIRAFAN KESATU OLEH PENGURUSAN UIAM

Assalamualaikum wrt wbt

Kepada ahli KESATU yang dihormati.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya KESATU akhirnya telah pun diiktirafkan penubuhannya oleh pengurusan UIAM melalui Executive Management Committee Meeting No. 3/2012 yang telah diadakan pada 7 Mac 2012 baru-baru ini (sila lihat lampiran). Isu pengiktirafan ini berlarutan sehingga hampir dua (2) tahun , kami Exco KESATU tetap meneruskan perjuangan bagi mendapatkan pengiktirafan serta meneruskan hal-hal aktiviti kesatuan walaupun mendapat pelbagai rintangan.

Pengiktirafan ini diperolehi setelah beberapa kali perjumpaan dan perbincangan bersama Pengurusan Tertinggi UIAM dan Exco-Exco KESATU , juga tindakan terakhir KESATU mendesak untuk menganjurkan PIKET SECARA AMAN bersama GAKUM/CUEPACS telah mendapat perhatian khusus oleh Pengurusan Tertinggi UIAM .

KESATU ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pengurusan Tertinggi UIAM yang telah berkerjasama dalam isu pengiktirafan ini. Kami mengharapkan ahli-ahli KESATU akan terus bersama-sama memberikan sokongan dalam memperjuangkan kebajikan Kakitangan Pelaksana Sokongan Satu (Gred 27-40).

Kami memohon ahli-ahli yang masih lagi belum menjelaskan yuran keahlian agar dapat menyelesaikan yuran tertunggak tersebut seberapa segera sebelum permohonan baru pemotongan yuran melalui potongan gaji diserahkan kepada Kewangan UIAM.
Sebarangan permasalahan mengenai penjelasan yuran, masalah kebajikan dan perjawatan sila hubungi Presiden, Setiausaha serta Exco-Exco KESATU di talian 019-3374271 ( Tn. Hj. Mohd Yazid ) atau emelkan kepada myazid@iium.edu.my , khalidm@iium.edu.my

Sekian terimakasih.
Khalid Muhammad
Setiausaha