KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, pelantikan itu dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Rais dijadual mengadakan sesi khas dengan media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat.
Rais, bekas anggota Parlimen Jelebu memulakan kerjayanya dalam kerajaan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Inggeris Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 1961.
Beliau kemudian menceburi politik pada 1967 dengan menyertai cawangan Umno Triang di Jelebu dan sejak itu memegang pelbagai jawatan, termasuk menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno bagi penggal 2008/2011. - Bernama
-
9hb.Ogos 2019 :Bilik Mesyuarat IIUM Holding:,Kunjung Hormat dan Musyawarah KESATU bersama Y.Bhg.Dato” Naharudin Bin Ali (CEO IIUM Holding ) ...
-
ASLANI M | 02 Julai 2014. BACHOK: Seorang penggawa di Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai kakitangan awam kumpulan B yang ...
-
Alhamdulilah, Tuan Haji Omar Bin Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencaba...