Tuesday, January 29, 2013

UIAM Dianugerahkan Autonomi Terbaru - Mohamed Khaled


PUTRAJAYA: Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi universiti awam terbaru dianugerahkan autonomi pada tahun ini.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia diberikan selepas selesai proses audit menggunakan instrumen 'Code of UniversityGood Governance' (CUGG) dan 'University Good Governance Index' (UCGI).
"Saya berharap dengan pemberian autonomi ini, Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mempunyai kesediaan melaksanakan tanggungjawab baharu selaras penurunankuasa kepada mereka demi kecemerlangan IPT," katanya ketika berucap sempenamajlis Amanat Tahun Baharu 2013 kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Selasa.
Dalam pada itu Mohamed Khaled berkata mulai 15 Feb ini, Education Malaysia Global Services (EMGS) yang ditubuhkan tahun lalu akan mula beroperasi dan berperanan sebagai pusat sehenti bagi memantau, menyelia dan menyelaras urusan berkaitan promosi, pemasaran dan perkhidmatan sokongan pelajarantarabangsa di negara ini.
"Pengantarabangsaan tidak lagi terhad kepada faktor jumlah pelajar antarabangsa atau bilangan kampus cawangan luar negara tetapi penekanan terhadap strategi pengintegrasian pengantarabangsaan dalam pelbagai perkhidmatan pengajian tinggi.
"Perkembangan ini menuntut kita untuk melakukan pemetaan baharu denganmemberi penekanan kepada kesepaduan kecemerlangan dalam semua aspek perkhidmatanpengajian tinggi," katanya. BERNAMA