Friday, October 21, 2011

Isu terkini di UIAM

Isu terkini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkaitan Prof.Abdul Aziz Bari yang diberi surat tunjuk sebab serta  pihak UIAM juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang di Universiti ini.
Manakala Rektor UIAM ,Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin dalam sidang akhbarnya telah menjelaskan tindakan menggantung tugas Prof.Dr Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan ke atasnya.  
 Beliau turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Prof.Dr Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan.Katanya UIAM tetap membayar gaji Prof.Abdul Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.
"Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar," katanya.
  Menurut Prof.Dr Zaleha,Dr Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lepas, dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor.
Beliau berkata jika Abdul Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.
Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin berkata kenyataan Abdul Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.
  Bagi kami ahli-ahli Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu UIAM (KESATU) berhubung isu ini tidak sedikit pun melunturkan semangat ahli-ahli KESATU dalam menjalankan tugas-tugas harian di UIAM.Kami Ahli-ahli KESATU komited menjalankan tugas-tugas harian dengan skop tugas yang berlainan bagi menjayakan Visi dan Misi UIAM.


Harap Maklum..