Thursday, September 22, 2011

Elak 'Muflis' cepat

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mengkaji semula kepentingan  kebajikan lebih 100,000 pejawat awam yang berada dibawah tujuh agensi badan berkanun di negara ini.
 Presiden Datuk Haji Omar Bin Osman berkata,empat cadangan sudah dikemukakan kepada kerajaan yang diharapkan dapat membantu penjawat awam dalam soal kebajikan mereka.Katanya,Cuepacs mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan dana pencen berkala untuk memastikan mereka mempunyai wang selepas bersara.
 Kini, mereka menggunakan hasil daripada simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) yang tidak seberapa untuk menyara kehidupan selepas pencen dan ia tidak mampu bertahan lama,akhirnya terpaksa membuat kerja sampingan lain.Adanya pencen seperti pejawat awam lain,kehidupan hari tua mereka lebih terjamin.
 "Kini Cuepacs sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan mengenai cadangan itu dan sekiranya diluluskan semua atau sebahagian daripada cadangan,ia akan dijangka dikuat kuasa awal tahun depan" katanya. Tujuh agensi terbabit yang mengemukakan permohonan ialah,Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT),Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Lembaga Tabung Haji (LTH),Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat ).
Suntingan dari merto - khamis 22 sept. 2011 m/s 39A.