Assalamualaikum!!
Untuk pengetahuan semua ahli KESATU, Dimaklumkan bahawa Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin telah bersetuju untuk berjumpa dengan exco KESATU pada:
Tarikh : 6 September 2011 (Selasa)
Masa : 3.30 Petang
Tempat : Pejabat Rektor
Harap Maklum.
Thursday, August 25, 2011
Monday, August 22, 2011
Salam Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami ahli jawatankuasa kerja KESATU kepada semua ahli KESATU dan juga kepada Warga kerja UIAM khasnya,Semoga kita dirahmati dan diampuni segala dosa oleh Allah S.W.T, setelah beramal sebulan di bulan Ramadhan.Berbelanjalah dengan berhemah dan berhati-hatilah ketika memandu ketika pulang berhari raya.Semoga kita selamat pulang dan selamat kembali berbakti di UIAM yang kita sayangi.Kami memohom kemaafan jika ada salah dan silap dalam kami menjalankan Amanah yang diberi.Salam Aidilfitri.
Thursday, August 18, 2011
Kutipan Dana Somalia giat dijalankan oleh CENSERVE IIUM
Assalamualikum, Kepada ahli KESATU yang dihormati,
Dalam kita bersyukur dengan nikmat rezeki yang dilimpahkan baru-baru ini dengan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi tahun 2011- janglah kita lupa menderma sedikit untuk mendapat berkat dalam rezeki kita dengan menderma kepada saudara kita sesama islam yang menderita kerana kemarau yang berpanjanggan di Somalia.Sesuap nasi atau seringgit wang kita hulurkan sangat bererti bagi mereka untuk hidup terutama kanak-kanak yang setiap 6 minit meninggal dunia kerana kemarau dan krisis makanan di Somalia.Untuk menderma terdapat tabung-tabung derma di Masjid IIUM atau menghubungi terus Censerve IIUM di talian 03-81964085. atau sila klik link dibawah untuk maklumat lanjut.
http://www.iium.edu.my/censerve/news/somali-famine-donations-plea
Harap maklum.

Penerimaan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi
Allhamdulilah,Warga IIUM telah menerima pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi tahun 2011-Disini KESATU menyeru ahli KESATU agar mengambil langkah berbelanja secara berhemah dengan mementingkan barang keperluan sebagai persediaan menghadapi inflasi dan ekonomi yang tidak menentu.
Tuesday, August 16, 2011
Kelayakan Penerimaan Bonus
Assalammu ‘alaykum wrt wbh,
Kepada ahli KESATU agar menyemak syarat-syarat kelayakan menerima bonus yang di war-warkan baru ini.Sila klik link dibawah untuk semakan syarat-syarat tersebut.Jika anda bermasaalah bolehlah menghubungi kesatuan masing-masing,KESATU bagi gred 27 hingga 40 manakala KURNIA bagi gred 26 dan kebawah, dan pastikan juga anda seorang ahli berdaftar.
Sekian Terimakasih.
http://www.iium.edu.my/kesatu/downloads/PEK.pdf
Friday, August 12, 2011
Ucapan Tahniah kepada Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin
Warga Ahli KESATU mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin yang telah dilantik sebagai Rector baru University Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM).Semoga UIAM menjadi lebih baik dan terbaik didalam melaksanakan Visi dan Misinya.
Beliau bukanlah orang baru di UIAM kerana pernah berkhidmat sebagai Dekan di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL). Berkelulusan daripada Universiti London dalam Ijazah Kedoktoran Undang-undang, beliau pernah bertugas di Intitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama 2 tahun.
Anak kelahiran Raub, Pahang ini pernah memegang Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan Dekan Pusat Penyelidikan di UIAM. Kebanggaan Rektor baru ini juga tidak dapat dinafikan apabila mendapat Anugerah Tokoh Pendakwah peringkat negeri Selangor pada 2009.
Kami Warga ahli KESATU mengucapkan selamat bertugas .Tahniah..

Tuesday, August 9, 2011
Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Gaji
Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.
Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.
"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.
Posted by CUEPACS at 8:50 PM

Wednesday, August 3, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Ahli Majlis Jawatankuasa KESATU mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak,semoga sempena hari yang mulia ini marilah kita bersama-sama tingkatkan amal ibadat kita dan kami memohon agar semua warga UIAM terutama ahli KESATU agar BERDOA semoga perjuangan kesatu untuk mendapatkan Pencen Kerajaan Malaysia di redhai Allah S.W.T hendaknya. Amin!.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Alhamdulilah, Tuan Haji Omar Bin Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencaba...
-
ASLANI M | 02 Julai 2014. BACHOK: Seorang penggawa di Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai kakitangan awam kumpulan B yang ...
-
Alhamdulillah,Setelah pihak KESATU memohon pada pihak pengurusan UIAM agar melaksanakan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) No.11 Tah...