1 Mei 2026
SAMBUTAN HARI PEKERJA 2026 : PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA
Kakitangan International Islamic University Malaysia (IIUM) yang terdiri daripada KESATU, KURNIA, PMA dan ASA telah menghadiri serta menyantuni Majlis Sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur. Majlis ini dirasmikan oleh PMX.
Syabas, tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak UMC IIUM atas sokongan serta peruntukan bajet bagi menjayakan penglibatan kontinjen IIUM sempena sambutan Hari Pekerja pada tahun ini bersama-sama dengan kesatuan-kesatuan & persatuan-persatuan di Malaysia. Diangggarkan seramai sepuluh ribu orang kehadiran ahli-ahli di stadium ini.
Kontinjen IIUM seramai 43 orang kakitangan telah diketuai oleh Puan Aznita Ahmad Zaini, Timbalan Presiden I KESATU IIUM. Turut hadir bersama ialah wakil pegawai IIUM, Tuan Kamarudin Ali yang memberikan sokongan padu kepada pasukan ini.
Alhamdulillah, penyertaan ini mencerminkan semangat kebersamaan dan komitmen warga IIUM dalam menjayakan agenda kebajikan serta kesejahteraan pekerja.