Wednesday, November 4, 2026

3 - 5 November 2026:
Timbalan Presiden I KESATU - Puan Aznita menghadiri Bengkel RETREAT Ahli Jawatan Kuasa Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) bagi pekerja Am kumpulan Pelaksana di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands, Pahang.



3 - 5 November 2026:
Presiden KESATU-Tc. Suhairi bersama Timbalan Presiden II KESATU-Br. Tarmizi mewakili gred Kejuruteraan (JA) dalam pemerkasaan kertas kerja Majlis Bersama Kebangsaan Sains dan Teknologi di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands.



21 Oktober 2026: 9am to 1pm
Discussion on the J Scheme with Director MSD IIUM, Deputy Director KOE, KESATU. Perbincangan untuk menaikan penjumudan gred jawatan H1-H3 (sejumlah 31-orang pekerja - pekerja separuh mahir - Juruteknik) kepada JA5 - Penolong Jurutera di IIUM. Mohon doakan agar keputusan dapat dicapai demi kebajikan & hak pekerja terpelihara.
#TRANSFORMASI BERKEBAJIKAN



21 Oktober 2026: 3 - 5pm.
DISCUSSION ON THE ACT 800 AND PROPOSAL ON THE REINSTATEMENT OF 1% NRBF CONTRIBUTION bersama ASA, PMA, KESATU, KURNIA.



8 Oktober 2026:
Presiden KESATU - Tc. Ahmad Suhairi bersama SU KESATU - Br. Yusni menghadiri mesyuarat OBSHE di Senate Hall, MAR Building IIUM.



7 Oktober 2026
KESATU IIUM menerima kunjungan JHEKS Selangor/WPKL ke konti Radio IIUM.FM
Barisan Majlis Tertinggi (MT) KESATU IIUM yang terdiri daripada Tc. Ahmad Suhairi Mat Jebah – Presiden, Tarmizi Abdul Rani – Timbalan Presiden II dan Yusni Bin Yusop – Setiausaha, bersama Setiausaha KURNIA, telah menyambut kehadiran Puan Hafizah Nabilah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bersama Puan Roe Haiza, Penolong Pengarah JHEKS Selangor/WPKL, ke Konti Radio IIUM.FM, Kampus Gombak.
Dalam kunjungan tersebut, Puan Hafizah Nabilah telah menyampaikan ceramah bertajuk:
🎙️ “Membela Hak Pekerja: Peranan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja”
Sesi ini memberikan pendedahan dan pemahaman yang amat bermakna berkaitan hak pekerja, peranan kesatuan sekerja serta fungsi JHEKS dalam memastikan kebajikan dan kepentingan pekerja terus terbela.
KESATU IIUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak JHEKS Selangor/WPKL atas kesudian hadir serta berkongsi ilmu dan pengalaman bersama warga IIUM.
TRANSFORMASI BERKEBAJIKAN
KESATU IIUM | Sesi 2026–2028



6 Oktober 2026
Timbalan Presiden I KESATU IIUM, Puan Aznita Ahmad Zaini, bersama Timbalan Presiden II KESATU IIUM, Tarmizi Abdul Rani, telah menyantuni Program Sesi Santai Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Perkhidmatan Awam (Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur) yang berlangsung di INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Program ini menjadi platform yang bermakna untuk warga perkhidmatan awam berinteraksi, bertukar pandangan serta mendengar amanat dan perkongsian berkaitan perkhidmatan awam.
Semoga penyertaan ini terus memperkukuh hubungan serta jaringan kerjasama KESATU IIUM bersama warga perkhidmatan awam dalam memperjuangkan kebajikan dan kepentingan anggota perkhidmatan awam.
KESATU IIUM
TRANSFORMASI BERKEBAJIKAN