2 – 4 Oktober 2026
Tc. Ahmad Suhairi Mat Jebah, Presiden KESATU IIUM, bersama Yusni Bin Yusop, Setiausaha KESATU IIUM, menghadiri Mesyuarat GAKUM IPTA yang berlangsung di Dewan Senat, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pelbagai isu berkaitan kebajikan, kepentingan dan hak warga kerja telah dibincangkan secara menyeluruh. Beberapa perkara penting turut mencapai kata sepakat dan dimuktamadkan sepanjang mesyuarat ini.
Semoga hasil perbincangan ini terus memperkukuh perjuangan serta usaha GAKUM IPTA dalam membawa suara dan kepentingan warga kerja.