Sunday, October 4, 2026

📌 2-3 OKTOBER 2026 | KEMAMAN, TERENGGANU
Puan Aznita Ahmad Zaini, Timbalan Presiden I KESATU IIUM merangkap Ahli Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Kumpulan Am & Pelaksana, menghadiri Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Kumpulan Am & Pelaksana yang berlangsung di Kemaman, Terengganu.
Kehadiran beliau merupakan sebahagian daripada usaha membawa suara dan kepentingan warga Kumpulan Am & Pelaksana, khususnya dalam membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan, perkhidmatan dan kesejahteraan warga kerja.
Semoga segala perbincangan dan pandangan yang dibawa dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga KESATU IIUM dan warga Kumpulan Am & Pelaksana.
KESATU IIUM
TRANSFORMASI BERKEBAJIKAN