7 Mei 2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Presiden KESATU IIUM, Tc. Ahmad Suhairi bersama Br. Tarmizi dan Br. Rahimie telah menziarahi anak kepada salah seorang ahli KESATU di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Beliau ialah Br. Hairi, Penolong Jurutera Kanan di KOE.
Mohon jasa baik sahabat-sahabat semua untuk sama-sama mendoakan anak beliau, Naylee binti Mohd Hairi, yang telah selesai menjalani pembedahan scoliosis pagi semalam. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan para doktor dan petugas kesihatan yang merawat beliau, memberikan kelancaran sepanjang proses rawatan serta mengurniakan kesembuhan yang segera tanpa sebarang komplikasi.
Semoga Naylee diberikan kekuatan, ketabahan dan perlindungan daripada segala perkara yang tidak diingini, serta dikurniakan kesihatan yang baik dan pulih sepenuhnya seperti sediakala agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas ini.
Sama-sama kita titipkan doa:
“Allahumma رب الناس أذهب البأس واشفِ أنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاءً لا يغادر سقماً”