29 April 2026: Penyerahan Bendera IIUM.
Alhamdulillah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) akan menghantar satu kontinjen bagi menyertai Sambutan Hari Pekerja 2026 Peringkat Kebangsaan di Bukit Jalil pada 1 Mei 2026.
Dimaklumkan bahawa majlis penyerahan bendera IIUM telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif, MSD - Madam Wan Najihah Norashikin kepada Ketua Kontinjen, Puan Aznita Ahmad Zaini (Timbalan Presiden I, KESATU IIUM).