Friday, June 19, 2026

18 Jun 2026:
KESATU IIUM diwakili oleh Yusni Bin Yusop (Setiausaha) dan Ahmad Rahimie (Bendahari) telah menyantuni Konvensyen Perburuhan: "Pemerkasaan Undang-undang Perburuhan: Mengimbangi Kebajikan Pekerja dan Kepentingan Majikan".
Konvensyen sehari ini telah berlangsung di Wyndham Acmar Hotel, Klang, dan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh kefahaman serta pelaksanaan undang-undang perburuhan demi kesejahteraan pekerja dan kelangsungan organisasi.
Pihak KESATU IIUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) serta Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) atas penganjuran konvensyen yang berjaya dan bermanfaat ini.
Semoga program seumpama ini terus menjadi platform penting dalam memperkasakan hak pekerja serta mewujudkan hubungan perindustrian yang harmoni.