14 Julai 2026:
Timbalan Presiden I KESATU IIUM, Puan Aznita Ahmad Zaini telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Am dan Pelaksana Bil. 3 (Sesi 2024–2026) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Penyertaan KESATU IIUM dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan kesatuan dalam mengikuti perkembangan dasar serta memperkukuhkan jaringan kerjasama di peringkat kebangsaan demi memperjuangkan kebajikan dan kepentingan warga pekerja.
Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat memberi manfaat kepada seluruh penjawat awam.
#TRANFORMASI BERKEBAJIKAN#