Wednesday, October 1, 2025

Pada 27-29 September 2025: Pihak KESATU telah menganjurkan Bengkel Kepimpinan Kesatuan Sekerja Berteraskan Malaysia Madani di The Imperial Hertage Hotel, Melaka.

Seramai 50 orang ahli KESATU telah menghadirinya. Syaban & Tahniah di atas penglibatan anda sepanjang program ini berlangsung. Insha Allah, kita berjumpa lagi pada program anjuran KESATU yang lain.
**Pihak KESATU, ingin ribuan terima kasih kepada Pengarah JHEKS Selangor/WPKL Selangor (Tuan Haji Azzal) kerana sudi hadir bagi merasmikan dan memberi sedikit ceramah dalam program ini.
Tidak lupa, kepada Timbalan Presiden MTUC yang sudi hadir untuk memberikan ceramah, Setiausaha Agung GAKUM dan juga terima kasih kepada tenaga pengajar dalam program ini: Cik Hidayah, Puan Rasidah, Puan Safura. Anda amat AWESOME!! dalam mengendalikan program kali ini serta yang terakhir kepada Pengurus Projek program ini, Puan Aznita dan juga kepada AJK yang terlibat bagi menjayakan program yang sangat manafaat dan berilmu. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas tenaga & masa anda semua.##.






Pada 26-27 September 2025: KESATU sebagai Pewakilan & Pemerhati telah dihadiri Presiden, 2-Timbalan Presiden & SU KESATU dalam TriTahunan Persidangan CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CNWPKL) di VIVATEL Hotel, Kuala Lumpur. Sepanjang program itu berlangsung, KESATU juga menghadiri Bengkel, Majlis Makan Malam Jasamu di Kenang dan mesyuarat AGM bagi sesi 2025-2028.





 Pada 18hb. September 2025: Delegasi Perjumpaan & Kunjungan hormat ke Pejabat Rektor IIUM oleh MJK KESATU IIUM yang diwakili oleh Tc. Ahamd Suhairi (Timbalan Presiden I), Puan Aznita Ahmad Zaini (Timbalan Presiden II), Yusni Yusop (Setiausaha), Puan Salmah Yahya (AJK), Puan Siti Roziah (Penolong Bendahari) dan Tarmizi Abdul Rani (AJK). Terima kasih kepada Prof. Emeritus Dato Dr Osman Bakar, Rektor, International Islamic University Malaysia (IIUM) yang sudi menerima delegasi KESATU ini.



Friday, September 5, 2025

Pada 3hb. September 2025: Mesyuarat MJK Bil. 3/2024-2026 telah berlangsung di ALUMNI Lounge MAR Building. Terima kasih kepada exco-exco Gombak & Kuantan. Banyak perkara telah dipersetujui dan dicapai demi sebuah perjuangan yang belum selesai.







Saturday, August 30, 2025

Pada 29hb. Ogos 2025 di pagi Jumaat yang mulia ini, KESATU bersama sebahagian warga UIAM Gombak menyambut ambang Hari Kemerdekaan ke 68-tahun dengan menunggang Basikal Klasik mengelilingi Kampus Gombak. Kenalah dengan tema slogan Kemerdekaan 2025: "MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI".








Tuesday, August 5, 2025

Pada malam: 5hb. Ogos 2025, Presiden KESATU: Ts. Haji Mohd. Yazid Ahmad, selaku Pegawai Pendidikan peringkat CNWPKL telah menghadiri mesyuarat Bil. 4/2023-2025 peringkat CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat kali tertumpu kepada pelbagai agenda sebelum mesyuarat Agung CNWPKL yang dijadualkan pada 26-27 September 2025. Perjuangan belum terhenti!...